Latihan Kata Kerja Edisi 2
1 Cikgu Mat______________slaid nota yang berwarna-warni ketika bersiaran langsung dalam laman Facebook.
A menyiarkan
B menyuakan
C memaparkan
D menonjolkan
2 Cik Kamsiah________para tamu yang hadir ke majlis pertunangan anak sulungnya dengan beberapa hidangan tradisi.
A menjamah
B menjamu
C mencekut
D mencecah
3 Pak Jiji __beberapa keping papan agar kelihatan licin sebelum membuat gerobok pakaian yang ditempah pelanggannya.
A menggergaji
B membanting
C menggeser
D mengetam
4 Abang Lee________buku sampel karangan itu
dengan rakan-rakannya di bilik bacaan.
A mengamati
B menukangi
C menekuni
D menuruti
5 Nakhoda kapal mengarahkan anak kapalnya supaya_______sauh kerana kapal itu akan memulakan perjalanan sebentar lagi.
A membongkar
B menyelongkar
C menyelinar
D melabuhkan
6 Peragut itu______rantai emas di leher wanita tua dalam sekelip mata.
A mengelar
B memangkas
C meretas
D merenggut
7 Ular sawa batik itu_______seorang penoreh getah yang pergi ke kebunnya pada awal pagi.
A mencium
B melapah
C menyiat
D melulur
disediakan oleh:
Cikgu Theeban