Tajuk:Kuiz Tatabahasa
Sasaran:Tahun 5 & 6
SP: 5.1.5
Objektif: Memahami dan menggunakan kata adjektif yang betul.
10 soalan kata adjektif diberikan di bawah ini.
1 Puan Hasnah membuang pinggan seramik yang________itu kerana dapat mengakibatkan kecederaan.
A tajam
B tumpul
C rapuh
D rompes
2 Nasi yang ditanak kakak menjadi ___kerana kelebihan air.
A hangit
B tengik
C lembap
D benyek
3 Buah pisang yang masih dalam keadaan ___tidak enak dibuat pisang rendang.
A ranum
B mengkal
C kelat
D kontot
4 Bunga raya yang______pada waktu pagi mampu menenangkan emosi seseorang.
A tegar
B tegap
C kekar
D kuncup
5 Wajahnya kelihatan_________selepas dimarahi ibu kerana gagal memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
A kuyu
B masyghul
C gusar
D terang
6 Badan Haznin kelihatan______kerana dia kurang bersenam sejak bekerja di syarikat itu.
A tambun
B bulat
C ramping
D kurus
7 Berat badan Aini semakin_______setelah menjalani pembedahan itu.
A surut
B susut
C singkat
D kurang
8 Kemarahan terhadap anak tunggalnya semakin ____ setelah Pak Atan mengetahui perkara sebenar.
A suram
B surut
C suam
D susut
9 Air Sungai Klang kelihatan _akibat hujan lebat beberapa hari yang lalu.
A pekat
B likat
C cetek
D dangkal
10 Ubi kayu itu masih_____walaupun telah direbus selama 30 minit.
A empuk
B liat
C mangkar
D lembut
Soalan kata bantu akan saya muat naik pada petang nanti.
disediakan oleh:
Cikgu Theeban Anbalagan