LAPORAN PROGRAM
GOTONG-ROYONG BILIK SENI SEKOLAH
KEBANGSAAN TANJUNG SEPAT BILANGAN 2/2019
Tarikh :
20 September 2019
Hari :
Jumaat
Masa
: 7.30 pagi
hingga 10.00 pagi
Tempat :
Bilik Seni SK Tanjung Sepat
Guru yang
hadir
1.
Anisah Bt Marlan
2.
Azlina Binti Jamal
3.
Noor Afifah Binti
Azizan
4.
Noor Haini Anak
Leman
5.
Nor Azneza Binti
Tashiron
6.
Norhafidzah Bt
Sibadar
7.
Nurulaatikah Binti
Mohamed Hasbullah
8.
Rafeah Binti Subari
Penyediaan persekitaran sekolah yang kondusif, selesa dan selamat
merupakan amalan yang perlu dititik beratkan oleh sesebuah institusi
pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menggalakkan semua sekolah
di Malaysia mengadakan program keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah
melalui program 3K.
Sehubungan itu, Panitia Kesenian SK Tanjung Sepat telah mengadakan program gotong-royong yang bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan dan keindahan bilik seni sekolah supaya ia lebih kondusif dan selesa bagi murid-murid menjalankan pelbagai
Antara objektif-objektif program ini ialah :
1. Mewujudkan bilik seni yang harmonis, ceria, kondusif dan selamat.
2. Meningkatkan kerjasama yang padu di antara murid serta para guru.
3. Meningkatkan kesedaran terhadap kebersihan dan keceriaan bilik seni sekolah
4. meningkatkan motivasi mereka dalam memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria.
Program ini telah diadakan pada 20 September 2019 bersamaan hari Jumaat bertempat di bilik seni sekolah. Program ini dihadiri oleh seramai 8 orang guru. Jamuan ringan turut diadakan dengan makanan yang dibawa oleh para guru.
Kesimpulannya, program ini telah mencapai objektif-objektif yang ditetapkan. Akhir kata, diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa hadapan bagi menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang selamat, ceria dan harmoni.