Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas pada mulanya dikenali sebagai Specialist
Teachers’ Training Institute (STTI). STTI memulakan pengambilan seramai 40
orang pelajar dan menjalankan kursusnya pada bulan Ogos 1959.
Pada
tahun 1960, STTI mengambil seramai 150 orang pelatih bagi mengikuti kursus
mata-mata pelajaran sekolah rendah dan menengah. Antara mata pelajaran yang
ditawarkan termasuklah Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Sains Rumahtangga,
Pertukangan Kayu, Pertukangan Logam,dan Pendidikan Pandang Dengar. Ilmu
Pendidikan juga ditawarkan khusus untuk guru-guru sekolah Cina. Pada tahun
1961, Kursus Sains Am dan Kursus Pengajian Perdagangan ditawarkan. Tahun 1962,
Kursus Sains Perpustakaan dan Kursus Pendidikan Kanak-kanak Buta dijalankan.
Pada tahun 1963, Kursus Pendidikan Kanak-kanak Pekak dan Kursus Bimbingan
Vokasional pula dimulakan. Mulai tahun 1976, STTI mula dikenali sebagai Maktab
Perguruan Ilmu Khas (MPIK) dengan menawarkan Kursus Perguruan Asas Dua Tahun (Praperkhidmatan)
. Antara kursus yang ditawarkan ialah Pendidikan Pemulihan (1977), Pendidikan
Peringkat Awal Kanak-kanak (Muzik) (1979).
Tahun 80-an menampakkan perkembangan pesat maktab cemerlang ini. Mulai Julai 1982, MPIK melaksanakan Kursus Bimbingan dan Kaunseling untuk para guru dalam masa cuti (KDC-Bimbingan dan Kaunseling). Pada tahun 1985 pula, MPIK memulakan pengambilan pelatih dua kali setahun dengan terlaksananya Kursus Perguruan Asas Enam Semester. Pelatih-pelatih Kursus Pendidikan Kanak-kanak Cacat Pendengaran mula mendaftar di MPIK pada tahun 1986. Pada bulan Ogos 1988, Kursus Kepemimpinan Pengajaran dan Pembelajaran untuk Guru Besar Sekolah Rendah dilaksanakan di MPIK. Ini diikuti dengan Kursus Peningkatan Keilmuan Profesional Keguruan pada tahun 1989 dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah(KPLI). Pada bulan Disember 1989, Jabatan Bahasa Inggeris dari Maktab Perguruan Lembah Pantai, KL telah berpindah ke MPIK.
Pada tahun 1990 pula, untuk pertama kalinya MPIK menerima satu kumpulan pelajar pengkhususan Pengajian Cina bagi Kursus Perguruan Asas dan pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Teaching English as Second Language (TESL) mula mendaftar.Kemudian diikuti oleh pelatih KPLI Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Menjelang 1991, program KPLI di MPIK melibatkan pelatih Kursus Pendidikan Seni, dan tahun berikutnya ialah Kursus Pendidikan Muzik. Keunggulan IPIK sebagai maktab cemerlang mula mencapai taraf antarabangsa apabila satu kumpulan seramai 10 orang pegawai pendidikan dari negara Maldives mula ditempatkan di MPIK untuk mengikuti kursus selama 3 tahun di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia-Maldives.

Tahun
1990-an merupakan tahun MPIK berkembang dengan hebat dan pesat dengan memulakan
Kursus Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran untuk peserta Kursus Sijil Perguruan
Khas pengkhususan Pendidikan Khas. Bermula tahun 1992, MPIK meneruskan rekod
cemerlangnya dengan melaksanakan Program Kembar MPIK dengan beberapa buah
universiti dan kolej universiti di United Kingdom. Kumpulan pertama peserta program
ini terdiri daripada 160 orang guru dalam perkhidmatan. Mereka mengikuti kursus
prasesi dua bulan sebelum melanjutkan pelajaran mereka ke United Kingdom.
Kumpulan kedua (1993) dan ketiga (1994) berjumlah 160 orang guru dalam
perkhidmatan bagi setiap pengambilan.
Perkembangan MPIK sebagai sebuah institusi pendidikan yang ulung semakin terserlah apabila guru-guru dalam perkhidmatan telah mendaftar untuk mengikuti Program Kembar MPIK dengan University Otago, New Zealand sebanyak 3 kohort. Peserta-peserta kursus ini telah memilih kursus Pendidikan Muzik dan selebihnya mengikuti kursus TESL. Mereka berada di New Zealand selama dua tahun dan kembali dengan Ijazah Sarjana Muda TESL dan Ijazah Sarjana Muda Muzik. Program Kembar MPIK-United Kingdom dan MPIK - New Zealand juga terbuka luas kepada peserta praperkhidmatan iaitu pelajar-pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Mereka mengikuti tahun pertama pengajian di MPIK dan melanjutkan tahun 2 dan tahun 3 di United Kingdom. Pada 22 Jun 1992, kumpulan pertama peserta lulusan STPM telah mendaftar di MPIK untuk mengikuti program kembar MPIK-United Kingdom. Pelajar-pelajar ini kembali ke MPIK di tahun 4 untuk menamatkan pengajian mereka. Pada akhir pengajian, mereka menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang TESL dari universiti masing-masing. Program kembar MPIK-New Zealand (praperkhidmatan) mengambil pelajar pertamanya seramai 20 orang pada bulan Julai 1996.

tahun 1996, MPIK telah menerima seramai 109 peserta Kursus Dalam Cuti (KDC).
Mereka mengikuti opsyen Pengajian Melayu-Pendidikan Khas. Tahun 1996 merupakan
tahun kejayaan dan kegemilangan profesion pendidikan di negara ini apabila
Sijil Perguruan Malaysia telah dinaik taraf ke DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA
(DPM). Kumpulan pertama pelatih kursus DPM seramai 203 orang mula mendaftar di
MPIK pada Jun 1996. Mereka mengikuti opsyen Pengajian Inggeris-Pendidikan Seni,
Pengajian Inggeris-Pendidikan Jasmani, Pengajian Inggeris-Kajian Tempatan dan
Pendidikan Khas-Prasekolah. Di samping menjalankan kursus-kursus KDPM, KPLI ,
KDC dan Program Kembar , MPIK juga menawarkan kursus khas dalam perkhidmatan
satu tahun, iaitu Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK). Pada tahun 1996,
bidang-bidang yang ditawarkan ialah TESL dan Pendidikan Khas. Pada tahun 1997,
KDPK merangkumi bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan
Pendidikan Seni. Pada tahun 1997 juga, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memutuskan Program Kembar MPIK-United Kingdom dilanjutkan pengambilannya hingga
tahun 2000.
Kehebatan
MPIK tidak hanya menyerlah melalui kepelbagaian program yang dikendalikannya
bahkan perkhidmatan dan prasarana yang disediakan juga menampilkan komitmen dan
kesungguhan pemimpinnya dalam usaha menjadikan MPIK sebuah institusi keguruan
yang ulung. Di Unit Pendidikan Seni, terdapat studio catan dan cetak, studio
tembikar, studio tekstil , studio arca dan studio grafik. Untuk keperluan
kursus Pendidikan Khas, telah siap sedia bilik audiologi, bilik Braille dan
bilik Kemahiran Hidup. Unit Pendidikan Muzik mempunyai bangunan empat
tingkatnya sendiri dengan kemudahan mengendalikan program peringkat ijazah.
Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mempunyai kompleks sukan tersendiri. MPIK
ialah satu-satunya maktab perguruan di negara ini yang mempunyai kolam renang
berukuran 50 meter.
Pada tahun 1995, MPIK adalah antara dua maktab perguruan yang dipilih untuk projek perintis Pusat Sumber Elektronik. Ini bermakna semua urusan pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan di Pusat Sumber MPIK diautomasikan sepenuhnya. Projek perintis ini juga membuka jalan bagi warga MPIK mengakses internet dan berpeluang menyusuri ruang siber yang tidak bertepi dan bersempadan untuk mendapatkan maklumat dan ilmu. Selain Pusat Sumber Elektronik , MPIK juga mempunyai 4 buah makmal komputer , sebuah kelas bestari, dan sebuah kelas simulasi.
Pada bulan Ogos 1999 , bangunan lima tingkat yang tersergam indah ini telah dapat diduduki oleh semua warga Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris . Bangunan lima tingkat ini dikenali dengan nama ‘BLOK TESL'. Bangunan ini mempunyai kemudahan terkini sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara lain, blok ini dilengkapi dengan teater mini, auditorium,dan bilik mesyuarat yang dapat menampung 35 ahli majlis, makmal komputer serta ruang rehat pensyarah yang luas, selesa, dan berhawa dingin.

Dalam
tahun 1999, pelaksanaan PKPG, MPIK berkesempatan berkembar dengan UPSI dan UKM.
Kohort pertama (kemasukan 1999/2000), berjumlah 248 peserta siswazah, terdiri
daripada pengkhususan TESL (MPIK-UKM), Pengajian Muzik (MPIK-UPSI) Seni
(MPIK-UPSI), Sains Sukan (MPIK-UiTM) dan Pendidikan Khas (MPIK-UKM). Seramai
238 peserta siswazah telah mendaftar pada kohort kedua (kemasukan 2000/2001)
bagi mengikuti pengkhususan Seni Visual (MPIK-UPSI), Pengajian Muzik
(MPIK-UPSI), Sains Sukan (MPIK-UiTM) dan Pendidikan Khas (MPIK-UKM). Manakala
seramai 249 peserta siswazah telah mendaftar pada kohort ketiga (kemasukan
2001/2002) bagi mengikuti pengkhususan Seni Visual (MPIK-UPSI), Pengajian Muzik
(MPIK-UPSI), Sains Sukan (MPIK-UiTM) dan Pendidikan Khas (MPIK-UKM).
Pada
tahun 2000, bersesuaian dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
menjadikan MPIK Institut Perguruan Pendidikan Jasmani (IPPJ) bertujuan
menghasilkan pelajar pengkhususan Sukan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan telah dibahagikan kepada 3 jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan, Jabatan Sains Sukan dan Jabatan Pengurusan Sukan dan Rekreasi.
Oleh itu, fokus dan tumpuan MPIK kini tertumpu kepada bidang sukan dan
olahraga.
Mulai tahun 2001, MPIK giat melaksanakan Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). KPKM mendapat sambutan yang amat baik daripada Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri. Seramai 2000 guru di sekolah rendah dan menengah didedahkan dengan pelbagai kursus pengkhususan setiap tahun. Menjelang penaiktarafan maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru, MPIK telah menerima 5 kumpulan pelajar untuk mengikuti kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) pada Julai 2004. Para pelajar ini berada selama 18 bulan untuk mengikuti program persediaan dalam bidang Pendidikan Khas, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Bahasa Melayu dan Kajian Sosial. Mulai Januari 2006 para pelajar ini mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan MPIK-OUM dalam pengkhususan Pendidikan Khas, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Pendidikan Muzik.
Program latihan keguruan untuk guru-guru tidak terlatih dijalankan pada masa cuti di MPIK. Program tersebut ialah Kursus LPBS JQAF, LPBS SAR dan Program Latihan Pendidikan Swasta (PLPS). Mulai 1 November 2006 pula MPIK menerima 50 orang pelajar di bawah Program Latihan Khas Sijil Perguruan (PLKSP): Pendidikan Khas selama 3 bulan. Dalam perspektif dan senario yang lain pula, warga MPIK di bawah kepemimpinan yang berwibawa meneliti dan mengkaji semula visi, misi dan hala tuju MPIK. Penyelidikan dan Pembangunan merupakan fokus MPIK. Penulisan akademik, penyelidikan, perkhidmatan komuniti dan perkhidmatan perundingan (consultancy service) menjadi tumpuan di samping pengajaran dan pembelajaran yang merupakan ‘core bussiness'. Program-program berterusan perkembangan professional (‘continuous professional development') diatur melalui Latihan Kemajuan Staf, Kursus Jangka Pendek, Projek Peningkatan Institut dan Kursus Dalam Perkhidmatan. Yang pasti, warga MPIK telah mula berfikir secara serius, menyediakan dan melengkapkan mekanisme dan kemudahan untuk menangani kehendak dan tuntutan pendidikan di alaf baharu.
Pada 13 Julai 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya maktab-maktab perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua IPG mula melaksanakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sepenuhnya, disamping meneruskan program yang ada pada peringkat sijil dan diploma. Mulai 1 April 2006 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3, 2006 Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) nama semua maktab perguruan ditukar kepada Institut Perguruan. Seterusnya, pada 25 Ogos 2008 Dewan Rakyat dan pada 4 Disember 2008 Dewan Negara, telah meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996, Pindaan akta ini telah memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran Malaysia untuk menganugerahkan sijil, diploma, dan ijazah kepada graduan Institut Pendidikan Guru. Selaras dengan perkembangan inilah, Institut Perguruan Ilmu Khas telah bertukar nama kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Bagi menjamin kecemerlangan ini, IPGKIK akan memenuhi piawaian kualiti guru seperti terkandung dalam Standard Guru Malaysia (SGM) dan keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency).