DANIEL SUFI

Alhamdullilah pada 20 Jun 2018 ibu dan papa dikurniakan anak yang kedua yang bernama Daniel Sufi bin Nor Azmin. Sepanjang mengandungkan sufi ibu tiada alahan bahkan tidak sedar ada nyawa lain di dalam rahim ibu ini.  Ibu lompat dari lori, minum air tebu makan rebung, memang sedap sangat. Tak tahulah kenapa nak sangat. Pantang nampak orang jual air tebu mesti singgah. Rupanya orang dalam perut teringin.

 
Kacak tak saya? Kacak sangat.  Pada malam 19 Jun 2018 ibu memang tak dapat nak lelapkan mata. Pusing sana pusing sini. Pagi dalam anggaran pukul lapan ibu ajak papa pergi hospital sebab rasa macam contraction yang datang sakit kejap2 tapi tak ada tanda keluar darah atau air ketuban lagi. Memandangkan belum sarapan lagi. Papa ajak sarapan dulu. Hei! Nak terberanak dah ni. Xpikir makan dah. Cepat pergi hospital. Pergi hospital terus pergi wad bersalin. Daftar apa semua doktor panggil masuk bilik. Bila masuk bilik doktor bising kenapa xdatang hospital dari malam tadi? Hehehehe. Sebab dah ada pengalaman anak first check in hospital. Jadi ibu xberapa sanggup. Doktor cek2 rupanya dah bukak 5cm. Terus tolak naik kerusi masuk labour room.

Bila dah masuk labour room. Air ketuban tak pecah lagi. Apa lagi kena pecahkanlah. Tuhan saja tahu azab sakitnya contraction lepas tu. Alhamduliah semua urusan dipermudahkan. Kalini papa dapat teman ibu bersalin.

waktu sufi keluar hospital doktor datang cek mata  perut apa semua, semua nampak ok. lepas tu doktor lepaskan balik. tapi bila dah dekat rumah masa mandikan dan pakai baju mula nampak kenapa kaki sufi macam ke dalam sikit. sedapkan hati. insyaAllah xada apa-apa. seperti biasa bila dah balik rumah nurse akan datang rumah lihat keadaan ibu dan anak. nurse pon nampak kaki sufi ke dalam macam mak mertua cakap. nurse terus suruh refer klinik Tanjung Sepat sekali dengan ambil darah untuk kuning. Nurse cakap macam kaki sufi ni "talipes". ok fine. bila dah sampai klinik yang tak sampai lima minit tu sister yang tolong ambilkan darah dekat kaki sufi cakap benda yang sama. dalam hati rasa dah xsedap hati. hmmm.. alhamdulilah kuning sufi xtinggi. tapi doktor sahkan sufi ada masalah CTEV iaitu 

"Congenital Talipes Equino Varus (CTEV) for short is commonly known as clubfoot. This is a condition where a child presents with either one or both feet pointing downwards and turns inwards. There are two types of CTEV: postural and structural."

dapat surat terus bawa pergi hospital semula untuk dapatkan tarikh temu janji. genap umur sufi sebulan baru dapat tarikh temujanji dengan doktor bahagian orthopedik. doktor terus suruh pergi bilik plaster untuk simenkan kaki sufi.




Terbaru Lebih lama