Pengalaman Daniel Sufi masuk wad

17 Oktober 2018. Nampak tak muka excited sufi check in hospital. Punya seronok jumpa nurse cantik-cantik dalam wad kanak-kanak

 Ibu dengan papa duk pusing-pusing area wad sufi. Lapang sebab xada patient sangat. Pagi tu ada tiga orang je termasuk sufi.

Bergolek-golek pusing sana sini sampai penat. Katil dia tinggi betul. Susah nak ambil sufi.

Makanan orang yang jaga orang sakit. Special sangat. Macam2 menu dia bagi. Nanti petang siap bagi dua bungkus roti lagi. Lagi gemuk duk hospital ni.

Macam2 gaya nak tido.

Malam pukul dua sufi dah start berpuasa dari susu sebab sufi minum susu formula. Kalau susu badan boleh mula dari pukul empat. Tapi doktor still bagi minum air kosong sampai pukul 6 xsilap. Tapi sebab xbiasa minum air kosong sufi tak berapa nak minum. Merengek sikit sementara nak tunggu.

Gembira sufi ramai abang-abang layan dia. Tengok lah ni.

Hai tengoklah kawan baru sufi ni

Nurse bagi baju biru suruh tukar. Dah siap ibu bawa sufi pergi operation room bahagian ortho. Masa ni pampers xtanggal lagi. Takut keciciran 😂

Sufi dah lamding atas katil siap buat tangan 🤘. Anak ohh anak. Masa masuk sini banyak sangat pintu2. Doktor suruh ibu pakai baju putih dgn cap. Beg sufi isi dalam plastik. Kasut pon tukar. Time ni ibu dah start rasa cuak gila. Sufi duduk atas katil xlama. Lepas tu mintak pangku sampai tertidur sebab orang first yang sampai. Doktor dah mula panggil untuk bius. First time masuk bilik Operation Room dengan lampu2. Alat2 mesin2 yang mcam2 tu buat ibu ketar lutut dik.  Elok je doktor nak letak alat kat mulut untuk bius. Sufi pon terjaga. Ha elok sedut sekali terus pengsan. Time tu doktor dah minta ibu tunggu dekat luar.


Sementara nak menunggu sufi. Dengan keadaan hujan. Menangis juga ibu tinggalkan sufi dekat dalam walaupun operation kecil je pon. Tp preparation dia buat ibu nervous dik.

Muka lepas sedar. Haus satu botol susu tak sampai 5 minit.

Kesiannya tangan comel cam ni dah kena cucuk. Ibu yang besar dabak ni pon menangis..


Keluar operation dengan kaki simen.

Keadaan wad kanak-kanak 2C Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Tak payah pasang kipas dah sejuk macam pasang aircond.



Sebab asyik garu2 je nak tonyoh muka. Doktor bagi tips guna lampin balut tangan adik.

Tandas depan wad je memandangkan sufi betul2 dapat katil depan pintu masuk


Semua makanan, operation, penginapan semua percuma.

Tunggu no.untuk ambil ubat sebelum keluar.


Sufi masuk 17 Oktober 2018. 18 Oktober petang dah boleh keluar. Pagi tu adik sufi buat operation kecil yang dipanggil tenatomy. Selagi ibu dan papa masih sihat insyaAllah ibu akan hantar adik berubat semampu kami nak. Kepada ibu bapa di luar sana dapatkan rawatan awal sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda CTEV @ clubfoot. Ini bukanlah kecacatan kekal. Ia boleh diubati sehingga normal.
Terbaru Lebih lama