MAKRO

DEFINASI MAKRO                                        


Makro bermaksud awalan yang banyak. Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran, sekurang-kurangnya satu unit kemahiran, dalam sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat permulaan pengajaran, perkembangan dan penutup. Ia merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa. Simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah, makmal atau bilik tayangan. Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari.
Perkataan Mikro diambil dari bahasa ‘Greek’ yang bermakna kecil. Ini bererti pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan.
Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap akan menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan.

PENGENALAN


Pada 22 hingga 26 yang lalu saya telah menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut Pahang.  Walaupun saya telah mendapat cuti sakit selama seminggu namun demi menyiapkan tugasan ini saya gigih kan diri untuk masuk ke dalam kelas untuk merakam video pengajaran dan pembelajaran.
Alhamdulillah dapat saya laksanakan pengajaran dan pembelajaran yang  dibuat dalam masa lebih daripada 60 minit yang mana saya telah memilih kelas Tahun 3 Transformasi sebagai kelas pengajaran dan pembelajaran saya dan mata pelajaran yang hendak di ajar ialah Dunia Seni Visual Tahun 3 . Kelas ini mempunyai 27 orang murid dan merupakan sebuah kelas yang diklasifikasikan sebagai kelas hujung.

Pada awal pengajaran dan pengajaran iaitu langkah menjana atau mencungkil idea atau pun dikenali sebagai set induksi, saya cuba memancing minat dan perhatian murid dengan bercerita dan bersoal jawab dengan murid tentang binatang dengan mengaitkan pembelajaran kontekstual dengan menghubungkaitkan dengan pengalaman dalam kehidupan. Di samping itu, saya juga memberi pujian setiap kali mereka berjaya menjawab soalan yang dikemukan.

Pada langkah pertama pengajaran yang dikenali sebagai persepsi estetik, saya menunjukkan bahan bantu mengajar iaitu contoh hasil kerja kolaj yang telah saya sediakan. Bahkan saya juga menerangkan kepada murid tentang unsur-unsur seni dengan menggunakan kemahiran papan putih. Di sini dapat dilihat kemahiran berfikir iaitu membanding dan membezakan antara rupa dan bentuk. Bahkan kemahiran bernilai tambah juga turut diselitkan dengan menggunakan kemahiran kecerdasan pelbagai iaitu visual ruang.

Pada langkah yang kedua iaitu aplikasi seni, saya menunjukkan hasil yang telah disiapkan kemudian meminta murid untuk menyatakan bahan yang diperlukan untuk membuat kolaj. Kemahiran berfikir iaitu menaakul, berfikir secara kritis alat dan bahan yang boleh menggantikan bahan membuat kolaj selain kertas warna. Saya juga menunjukkan demonstrasi membuat kolaj di hadapan murid-murid.

Manakala pada langkah ketiga ekspresi kreatif saya meminta murid untuk membuat aktiviti kolaj dengan pemantauan. Di sini dapat dilihat nilai kerjasama antara murid-murid apabila membuat aktiviti berkumpulan. Nilai interpersonal dan intrapersonal juga diselitkan semasa melaksanakan aktiviti ini. Sewaktu menjalankan aktiviti kolaboratif dan konstruktif berlaku apabila berlaku interaksi antara murid dan murid serta guru dan murid.

Langkah keempat, apresiasi seni saya memilih beberapa orang murid secara rawak dan memilih beberapa orang murid untuk membuat apresiasi seni terhadap karya yang telah disiapkan. Murid menggunakan kemahiran merumus terhadap karya yang telah disediakan. Di sini dapat saya konklusikan murid menghargai karya mereka dan meningkatkan keyakinan diri dan menilai karya sendiri dan murid-murid lain.

 Di akhir pengajaran, saya meminta murid-murid untuk membuat refleksi dengan menggunakan laras bahasa seni visual serta merumuskan pelajaran pada hari ini iaitu membuat aktiviti kolaj dengan mengaitkan unsur keusahawanan.
Saya telah menetapkan 3 objektif di dalam rancangan pelajaran harian saya iaitu:   Di akhir pengajaran ini murid-murid akan dapat:
1.    Menyatakan maksud atau definisi kolaj dan jenis-jenis kolaj
2.    Menggunakan kemahiran menggunting dan menampal dalam karya kolaj secara kreatif dan selamat.
3.    Dapat menghasilkan karya kolaj mengikut prosedur dan bimbingan guru
Bermula dengan set induksi sehinggalah ke kemahiran penutup saya dapat mengikuti langkah demi langkah namun terpaksa mengubah perancangan yang telah disediakan.  Sebelum memulakan pengajaran saya telah membuat persediaan terlebih dahulu.  Di samping itu saya cuba mengingati setiap langkah yang telah dirancang agar penyampaian saya tidak menjadi kucar kacir.  Semasa kemahiran penutup, saya telah merumus kembali apa yang telah di ajar dan menyoal murid-murid beberapa soalan untuk menguji kefahaman mereka. Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu berjalan lancar walaupun ada sedikit kelemahan namun dapat diatasi.

Bahan – bahan pelajaran yang saya gunakan dalam pengajaran ini ialah kertas warna, gam, dan gunting. .Oleh kerana, tajuk ini berkait dengan kehidupan seharian murid-murid bersemangat dan aktif mengambil bahagian terutamanya murid-murid yang pandai dan minat akan seni.

Pengajaran saya, pada hari ini dapat dijalankan seperti mana yang telah dirancang namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Saya seharusnya merancang set induksi lebih menarik di mana merakam video dan menayangkan melalui komputer dengan menggunakan kemudahan LCD.Ini akan menarik minat para murid dan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih seronok. Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah bercerita dengan menggunakan  bahan bantu seperti patung boneka, alat permainan dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik.  


KESIMPULAN                        
                                                                               
Refleksi makro pengajaran yang di buat ini membolehkan saya menilai semula pengajaran yang dilakukan selama 60 minit.  Bermula dari set induksi sehinggalah ke bahagian penutup, saya dapat menilai sama ada pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu tercapai objektif seperti yang tertulis di dalam rancangan pengajaran harian.  Sekiranya tidak tercapai saya akan mengubah teknik dan aktiviti pengajaran yang lebih menarik. Di samping itu, saya dapat menilai di manakah kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat. Maka dengan ini, dapatlah saya melambaikan apa kekurangan atau kelemahan dalam pengajaran saya.

 

 









KEKUATAN


Saya menggunakan teknik penyoalan iaitu mengukur tahap kefahaman mereka dan pengalaman mereka apabila mempelajari Dunia Seni Visual dalam bidang menggambar iaitu kolaj. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid ke arah tajuk yang akan dipelajari iaitu membuat kolaj. Nampaknya murid-murid begitu berminat sekali meneka dan mempelajari apa yang dipelajari sebelum ini iaitu semasa di prasekolah.
Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Saya juga menggunakan kemahiran papan putih agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Selain itu, suara guru yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang ingin disampai oleh guru.
Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu.
            Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.


KELEMAHAN –KELEMAHAN DALAM PENGAJARAN MAKRO


Setiap kekuatan pasti ada kekurangan yang dan tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran makro ini mempunyai kelemahan yang tersendiri. Setelah habis sesi pengajaran saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan murid. Kelemahan ini memberi sedikit cacat celanya kepada kekuatan pengajaran makro ini. Antara kelemahan yang dikenal pasti semasa menjalankan makro ini ialah tidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid.
Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Ketepatan masa adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berjalan dengan lancar.
 Hasil pemerhatian saya ke atas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil pembelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Sewaktu sesi membuat ayat secara lisan, kebanyakan murid boleh membuat ayat dengan baik tetapi jika di nilai pada tahap penguasaan murid-murid tahun 3, ayat tersebut masih tergolong dalam kategori ayat terlalu mudah atau perlu diperkembangkan lagi kerana mereka jarang menggunakan laras bahasa seni visual.
Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan di dalam kelas juga agak lemah. Guru Hanya berada dihadapkan kelas dan tidak memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Dengan melakukan pemantauan secara tidak langsung guru akan dapat mengawal keadaan dan disiplin murid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga guru dapat mengesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan lebih dekat. 

CABARAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambaikan. Penambaikan adalah perlu bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Jika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda yang akan diubahsuai mengikut tahap penguasaan murid. Penambahbaikan yang akan dibuat adalah:
Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri di hadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam kelas samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ke tidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih menguja kan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid.

Pada akhir langkah pengajaran atau semasa membuat rumusan, saya rasa pertandingan kuiz mengenai apa yang diajar adalah sangat sesuai bagi menguji tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah dipelajari sama ada mereka dapat mengingati dengan baik atau tidak. Jika mereka masih belum dapat menjawap soalan kuiz yang dikemukakan bermakna objektif pengajaran pada hari itu tidak dapat di capai dengan sepenuhnya.
Terbaru Lebih lama