SENI DALAM PENDIDIKAN

KESIMPULAN


Melalui persembahan kreatif bertema dapat yang mempamerkan semua bidang Seni Dalam Pendidikan, dapat saya rumuskan bahawa projek ini mampu meninggalkan kesan sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.

Dengan mempelajari Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasikan disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

            Manakala asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respons secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Bidang ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik dalam seni muzik. Sesuai dengan statusnya dalam struktur KBSR, mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan domain efektif murid khususnya dalam bidang kesenian.

            Seni Pergerakan pula adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat bidang seni pergerakan. Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan teori dan praktikal pergerakan bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup.

PENULISAN REFLEKTIF


            Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya ingin merakamkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah diberi peluang untuk melaksanakan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberi. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing Puan Nor Azizah Binti Atan kerana telah memberi panduan yang sangat berguna dalam menyiapkan tugasan ini agar ia menjadi tugasan yang baik dan bermutu.

            Melalui tugasan ini saya perlu membuat pengurusan grafik dan membuat pengolahan maklumat tentang pentaksiran, membuat pembentangan secara kumpulan dan kemudian menghantar tugasan pembentangan secara atas talian melalui Schoology. Bahkan saya perlu membina dua instrumen dalam dua bidang dan membuat penilaian hasil kerja murid berdasarkan instrumen penilaian.

Ketika mendapat tugasan ini saya agak buntu kerana kurang memahami dalam memahami pentaksiran. Kekangan masa di sekolah juga menyebabkan agak sukar bagi saya untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing. Ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan kerana sebenarnya saya diberi pendedahan kepada dunia sebenar iaitu berhadapan dengan situasi di sekolah dan membina sendiri rancangan pengajaran harian mengikut rancangan pengajaran tahunan.

Namun setelah mendapat beberapa panduan daripada pensyarah pembimbing serta guru pembimbing saya dapat memahaminya sedikit demi sedikit. Dengan rujukan kepada sumber internet khususnya saya telah mendapat idea untuk mendalami pentaksiran.

            Selain daripada itu dengan rujukan dan perbincangan dengan ahli praktikum telah mendapat idea untuk melaksanakan tugasan ini. Sesungguhnya, pada pandangan saya, tugasan seperti ini mampu melatih guru untuk menjadi lebih kreatif pada masa akan datang. Guru juga mampu melakukan inovasi terhadap bahan bantu mengajar mereka agar ia lebih canggih dan mengikut perkembangan zaman.

Sebagai bakal guru, saya perlu tahu bahawa para pelajar saya mudah mengenali dunia luar melalui hujung jari mereka. Hal ini kerana pengeluaran gajet yang terlalu banyak dan setiap keluaran sesuatu gajet itu mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza. Maka sebagai bakal guru saya haruslah mempunyai kepelbagaian pengetahuan agar sesuatu yang diajar menjadi sesuatu yang baru bagi mereka selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 seperti yang dinyatakan dalam sebelas anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara iaitu melalui anjakan 1 di mana menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

Pelajar akan menjadi lebih terhibur dengan adanya tayangan video nyanyian yang memerlukan kepada gerak laku yang menarik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Saya juga perlu menerapkan dalam diri pelajar bahawa belajar itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. Atas sebab itu, saya berasa pengajaran didik hibur amat sesuai untuk diajar kerana pelajar dapat merasai sendiri pengalaman yang seronok ketika belajar dan memupuk nilai selaras dengan anjakan 3 PPPM iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, peningkatan dalam aktiviti secara sukarela dan sebagainya.

            Di samping itu, ketika saya melaksanakan tugasan ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan yang sukar untuk diatasi. Sebagai contoh, saya mengalami masalah dalam mendapatkan bahan rujukan yang bersesuaian. Saya juga mengalami masalah apabila ingin mencipta bahan bantu mengajar yang menarik. Namun setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah dan hasil perbincangan bersama rakan-rakan saya telah mendapat idea bagaimana untuk mengaplikasikan teknik-teknik yang terdapat dalam seni dalam penghasilan bahan bantu mengajar. Selain itu, saya juga menjadi lebih komited dalam pelaksanaan tugasan ini agar ia dapat dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan kerana dalam masa yang sama tugasan lain juga perlu disiapkan juga. Untuk menghasilkan tugasan yang baik ia memerlukan komitmen yang tinggi dan tahap kesungguhan yang tinggi.

            Sebagai penambahbaikan, saya sedar bahawa tugasan seperti ini memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan tugasan yang baik dan berkualiti tinggi. Tugasan ini juga melatih saya untuk menjadi lebih kreatif dan berfikir di luar kotak fikiran agar bahan yang dihasilkan adalah menarik dan pelajar lebih terhibur untuk belajar. Saya juga perlu membiasakan diri untuk berbincang mengenai tugasan agar kita tahu bagaimana untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Berdasarkan bab 6 Transformasi Kementerian di gelombang 1 PPPM (2013-2015) iaitu memperkenalkan asas ICT dapat saya rumuskan bahawa setiap guru pelatih sewajarnya untuk melengkapkan ilmu di dada sebelum mengajar di sekolah kelas hal ini kerana guru yang celik ICT mampu mencetus inspirasi pembelajaran dan kreativiti murid.

            “Bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang semakin berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukan transformasi sistem pendidikan yang menyeluruh”                                    
                                       YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (2012)

          Bagi pemimpin yang akan menerajui sebuah organisasi, sewajarnya petikan kata-kata dari Perdana Menteri dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dihayati dengan kefahaman yang jelas. Transformasi dalam pendidikan perlu dilakukan demi untuk kita bersaing dalam peringkat global. Untuk ke arah itu, satu perubahan yang besar perlu dilakukan dalam sekolah.

Kesimpulannya, saya haruslah menepati masa yang diberikan agar tugasan yang dihasilkan adalah menarik dan bermutu tinggi. Sebagai bakal guru saya harus mendidik dan memupuk ciri-ciri keguruan dalam diri saya. Seperti kata pepatah jadilah guru yang berjiwa guru, bukan guru yang berkerjaya guru. Kata-kata ini mempunyai maksud yang mendalam jika kita renungkan. Oleh itu, sebagai bakal guru saya seharusnya menghayati elemen-elemen yang terkandung dalam FPK dan FPG kerana ia mampu menjadikan saya guru yang berjiwa guru.

RUJUKAN


Adenan a\Ayob & Khairiddin Muhmmad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Afifah Azizan. (2013). Dicapai pada 31 Julai 2014 daripada http://noorafifahazizan.blogspot.com/2013/10/kepentingan-pendidikan-seni-visual.html
Ismail Bin Saiman et.al. (2014). Seni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd
Malaysia, K. P. (2013). Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia 2013-2005 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni I, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
        Md. Nasir Hj. Ibrahim.  (2003). Pengurusan Seni.  Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual.  (2000). Kuala Lumpur: AG Grafik.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur:  Kementerian Pendidikan Malaysia.


Terbaru Lebih lama