Pendidikan Seni Visual PSV 3102,

REFLEKSI

Alhamdullilah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya.  Sepanjang saya melakukan tugasan Pengenalan Pendidikan Seni Visual PSV 3102,  banyak perkara yang telah saya pelajari. Mengikut tajuk kursus yang lebih menekankan kepada sejarah serta teknik catan yang pelbagai. Antaranya dari Jepun, Barat, India, China, dan Islam. Saya dapat mendalami teknik catan yang berbeza mengikut negara yang berlainan dan juga mengetahui sejarah perkembangan catan tersebut serta tokoh-tokoh pada zaman tersebut.

Tugasan yang diberikan ini banyak memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam diri saya untuk menjadi seorang guru sekolah yang cemerlang pada masa hadapan. Hal ini kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan seperti terpaksa mencari rujukan yang sesuai mengenai teknik catan tersebut. Malahan, saya juga turut melakukan kajian mendalam untuk menaiktaraf dan menjadikan karya yang dihasilkan lebih berkualiti. Saya mengakaji dengan menggunakan kemudahan teknologi seperti komputer dengan menggunakan perisian photoscape dan picasa, malahan turut menjadikan Microsoft Power Point sebagai medium untuk mengolah sesuatu gambar. Kajian dengan menggunakan asas kemahiran seni iaitu dengan mengkaji dengan melukis lakaran secara manual menggunakan tangan.

Selain daripada itu, saya dapat mempelajari bagaimana untuk merancang pengurusan sumber, dan bahan yang sesuai dan berkesan mengikut kehendak tugasam pendidikan seni visual yang diberi. Disamping itu, saya juga  dapat pengetahuan dalam sejarah perkembangan seni dengan mendalami setiap tokoh-tokoh yang terlibat dalam dunia seni dengan lebih mendalam apabila dikehendaki untuk mencari maklumat setiap tamadun dengan pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber.

Didalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya perolehi. Namun,  dalam proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah dan halangan yang telah terpaksa hadapi. Namun dengan berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan berbincang bersama para rakan sekelas dan menemui pensyarah sebagai tempat rujukan. Terima kasih atas bantuan para pensyarah yang banyak membantu saya dalam pengumpulan maklumat serta dalam kajian ini dengan memberi kami maklumat tentang catan ini.

Selain itu dari segi pengurusan masa pula saya telah mengalami kebuntuan dimana pada masa yang sama saya perlu menyiapkan tugasan yang lain serta perlu menghadirkan diri dengan program lain iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Namun dengan jadual yang telah dibuat oleh saya akhirnya saya telah dapat menyiapkan dengan baik walaupun banyak pengorbanan dari segi masa dan kewangan yang dihabiskan. Namun tanggungjawab sebagai seorang pelajar telah dipikul oleh saya dengan menerimanya sebagai satu cabaran yang positif kepada diri sendiri. Hal ini kerana selagi bergelar sebagai seorang pelajar tidak dapat tidak lari daripada tugasan. Kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat isi sagunya, berakit- rakit kehulu, berenang- renang ke muara, bersakit- sakit dahulu, bersenang- senang kemudian.

Dengan adanya tugasan seperti ini pada semester ini, ia telah dapat membantu saya dalam menambahkan pengetahuan baru dan berguna kepada saya untuk menjadikan panduan sebagai seorang guru seni yang mempunyai tinggi ilmunya. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan apabila menjadi seorang guru kelak. Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat menguasai dan memahami isi.

Akhir kata, banyak pengetahuan yang dapat saya timba melalui tugasan ini. Sebagai bakal pendidik dan juga bakal guru Pendidikan Seni Visual, banyak  yang perlu saya pelajari dalam subjek ini kerana ia merupakan major saya dan juga banyak ilmu yang berguna yang dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya nanti akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan. Akhir kalam, saya berharap, pihak tuan dan puan dapat menerima tugasan yang telah disiapkan oleh saya ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat dalam tugasan ini saya dahului ribuan kemaafan.


Sekian, terima kasih.



                                                                         RUJUKAN

Chee, K. (t.t). Seni Visual Tingkatan 2. Pelangi Publishing Group Bhd.
Exist, C. (2010, March 6). Art is Pleasant. Didapatkan Februari 2013, 15, daripada Tokoh-tokoh dan Aliran Seni Barat: http://colourexist.blogspot.com/2010/03/catan-aliran-seni-catan-barat-definisi_06.html
(1996). Philosophy of Art Education. Dalam E. Feldman. New Jersey: Prentice Hall.
Hamid, M. J. (2006). Metolodololgi Pendidikan Seni Visual. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Indris.
Jamal, S. A. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad, M. (1930-1990). Seni Lukis Moden Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman, S. (2012, April). Luahan Seni. Didapatkan Februari 15, 2013, daripada Pendapat Tokoh Islam Kuo- Shi Tentang Seni: http://ellasitusanasini.blogspot.com/2012/04/pendapat-tokoh-islam-kuo-shi-tentang.html
Samat, M. H. (2009, Mac 30). Slideshare. Didapatkan Mac 2013, 18, daripada Konsep Seni Islam, Seni China dan Seni India: http://www.slideshare.net/artventure/konsep-seni-islam-seni-cina-dan-seni
Sidi Gazalba, D. (1997). Pandangan Islam tentang Kesenian.
Wahid, W. A. (2000). Sejarah Seni Lukis & Seni Reka. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.
Waley, A. (1981). oriental art and culture : A study of Indian, Chinese and Japanese art. Cosmo Publications.
Yatim, D. O. (1989). Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zul. (2011, September). Seni dalam Pendidikan. Didapatkan Februari 2013, 15, daripada Pandangan tokoh barat, timur, dan Islam: http://zul9990.blogspot.com/2011/09/pandangan-tokoh-barat-timur-dan-islam.html


Terbaru Lebih lama