IBNU
RUSHD (520-595 HIJRAH)
Ibnu
Rusyd atau nama sebenar adalah Mohammad ibn Ahmad ibn Mohammad ibn Rusyd. Ibnu Rusyd dilahirkan di Cordoba,Sepanyol
dalam keluarga ahli hukum di dan wafat di Maghribi. Beliau begitu berpengaruh luas
bukan sahaja dalam ketamadunan Islam, tetapi tersebar luas hingga ke dunia
Barat. Ketika itu dunia barat mengalami zaman kegelapan. Ibnu Rusyd juga diagung-agungkan
oleh para orientalis Barat sebagai Bapa kepada fahaman Sekularisme. Ibnu
Rusyd juga lebih dikenali sebagai Averroes oleh masyarakat Barat. Falsafah Ibn
Rusyd jauh lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah
seangkatannya mahupun selepas kematiannya.
Dalam
sejarah riwayat Ibnu Rusyd, beliau merupakan seorang ahli falsafah, pakar
perubatan, matematik, sains, teknologi, ahli fekah mazhab Maliki, serta
dianggap sebagai ahli falsafah yang paling hebat pernah muncul dalam
sejarah Islam. Selain itu, beliau mendapat pendidikan hukum hakam daripada
bapa dan datuknya yang juga merupakan pegawai hakim atau kadi. Ibnu Rusyd yang
berkerjaya sebagai hakim tidak berpanjangan dan beralih kepada bidang dunia
kedoktoran dan menuntut ilmu dengan Ibn Zuhr. Ibnu Rusyd jaga menjadi menjadi sahabat karib kepada gurunya iaitu
Ibnu Zuhr. Ibnu Zuhr terkenal dalam
dunia kedoktoran dengan nama Avenzoar .
Sumbangan-sumbangan Ibnu
Rusyd yang dapat kami simpulkan bahawa beliau merupakan orang yang
bertanggungjawab keatas penterjemahan hasil-hasil karya tulisan Aristotle
yang semakin luntur di Barat. Hasil terjemahan Ibnu Rusyd, ilmu pengetahuan yang ditinggalkan
oleh Aristotle mula diketahui oleh masyarakat barat pada awal abad ke-12.
Ibnu Rusyd beranggapan bahawa Aristotles adalah ahli falsafah agung dengan
mengatakan bahawa dunia melahirkan Aristotles sebagai sebuah model yang sempurna.
Beberapa kajian Ibnu Rusyd telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan
Hebrew(Yahudi) dan menjadi sumber kajian penting bagi kajian Aritotelian Latin
di Barat pada abad pertengahan. Oleh yang demikian dalam tempoh tiga abad,
para intelektual Barat dapat memahami Aristotle melalui hujah-hujah Ibnu
Rusyd.
Selain
itu, Ibnu Rusyd juaga menulis falsafah pemikirannya dengan menyatakan bahawa “mereka
tidak mudah menjadi kafir semata-mata kerana membaca karya falsafah, kerana
mereka dibentuk oleh sistem pendidikan yang semakin maju serta demokratik,
dan ilmu pengetahuan semakin mudah didapati dan banyak lagi kelainan lain
yang mencirikan sifat khalayak ini” ( Ibnu Rusyd ). Hasil falsafah Ibnu Rusyd
telah dinukilkan ke dalam bentuk senafkah buku yang bertajuk, Fasl al-Maqal.
Ibnu
Rusyd juga menyatakan bahawa tidak ada perbezaan yang nampak antara esensi yang
menekankan perkara asas sahaja
iaitu praktikal + prakmatik dan eksistensi iaitu aliran
atau gerakan falsafah moden yang menegaskan pentingnya pengalaman dan
tanggungjawab seseorang indivudu dan tekanan-tekanan daripadanya ke atas
induvidu berkenaan yang dianggap dapat bertindak dengan bebas. Selain itu, Ibnu
Rusyd bersependapat dengan pandangan Ibnu Sina yang membezakan antara akal
mungkin dan akal aktif, kerana yang ada hanyalah perbandingan logika untuk
tujuan analisis.
Sumbangan
Ibnu Rusyd berpendapat, bahawa jiwa itu bersifat kebendaan,sehingga tidak
mengalami kematian. Oleh yang demikian,beliau mengkhususkan status khas
manusia adalah dari perspektif penguasaan ilmu pengetahuan dengan
ketinggian akalnya. Kami juga mengambil contoh golongan kristian menolak
ideanya disebabkan pentafsiran beliau mengisyaratkan bahawa akal aktif dan
akal pasif adalah berbeza. Sudah tentu konsep yang cuba disampaikan Ibnu Rusyd
menimbulkan masalah bagi golongan kristian, kerana pendapatnya yang
mengatakan bahawa tidak ada satu akal individu pun yang luput daripada
kematian.
Ibnu
Rusyd merupakan tokoh falsafah yang hebat dan mahsyur namanya
hingga merentasi dunia Barat dan beliau jaga lebih dikenali sebagai
Averroes dalam ketamadunan Eropah. Beliau juga merupakan antara salah
seorang tokoh falsafah teragung yang pernah dilahirkan dalam sejarah Islam
dan naskah-naskah karyanya masih relevan diguna pakai hingga ke hari
ini,sebagai rujukan ilmiah.Buktinya,hasil karya beliau telah
diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa untuk disampaikan kepada seluruh
umat manusia.
CONFUCIUS
Confucius
adalah tokoh falsafah yang amat terkenal di seluruh dunia yang berasal dari
Cina. Beliau dilahirkan pada tahun 551 SM, iaitu pada hari ke-27 bulan lunar ke-8. Confucius
dilahirkan diwilayah Chang Ping. Beliau juga terkenal dengan gelaran Khung Chiu
atau Zhong Ni pada ketika dahulu oleh masyarakat Cina. Di Asia Timur dan di
Taiwan tarikh kelahiran Confucius iaitu pada 28 September, diperingati sebagai
hari guru dan disambut oleh penganut yang berpegang kepada ajaran serta fahaman
beliau.
Semasa
beliau berusia 3 tahun, ayah beliau telah meninggal dunia dan pada saat beliau
berumur 17 tahun, beliau terpaksa menerima takdir kematian ibunya pula. Setelah
pemergian ayahnya, Confucius dibesarkan oleh ibunya dan kehidupan mereka sangat
daif dan serba kekurangan. Setelah 2 tahun kematian ibunya, beliau telah
mengahwini seorang gadis dari wilayah Song yang bernama Yuan Guan pada usianya
19 tahun.
Pada
usia 67 tahun beliau kembali ke tempat kelahirannya untuk mengabadikan
karya-karya klasik dengan cara menggubah bentuk karya tersebut. Dalam usianya
yang ke 73 tahun Confucius meninggal dunia, pada tahun 472 SM, bulan ke-4 tahun
ke-16 dalam masa pemerintahan bangsawan Ai.
Manakala
sejarah pendidikan beliau pula ialah bermula pada usianya 15 tahun ,Confucius
telah mempelajari banyak buku yang dikarang oleh falsafah Cina terdahulu.
Confucius juga merupakan seorang yang bijaksana, berakhlak mulia serta
disanjung oleh masyarakat dengan perwatakannya dan kebijaksanaan yang dimiliki
oleh beliau. Beliau mempunyai sifat tekun dan bekerja keras dalam menuntut
ilmu. Confucius juga pernah bekerja di sawah padi, pengembala serta ketua
kepada buruk pembinaan.
Confucius
dikenal sebagai orang yang bijaksana dan berilmu tinggi dalam bidang
pendidikan. Seluruh hidupnya didedikasikan untuk meningkatkan ketamadunan
masyarakat Cina yang mundur pada ketika itu. Selain pernah menjadi panasihat
negara, Confucius juga merupakan guru yang tekun mengajar tentang kesempurnaan
dalam kehidupan individu dan masyarakat, iaitu dengan menekankan konsep
berdasarkan pada keteguhan, kejujuran, dan
sikap bertanggungjawab.
Minat
yang mendalam dalam menuntut ilmu dibuktikan dengan pengembaraannya ke daerah
Lu untuk menimba ilmu. Beliau juga pernah belajar di Ibu Kota Negara, Zhou,
dimana beliau bertemu dan berguru dengan Lau Zi. Confucius menguasai enam seni,
yaitu tata-krama, musik, memanah, menunggang kuda, menulis huruf indah
(kaligrafi) dan matematik. Confucius juga banyak meluangkan diri untuk mengajar
tiap murinya tanpa memandang kaya atau miskin.
Sumbangan
beliau amatlah besar kerana telah mengasaskan ajaran Confucius yang ramai
dianuti oleh masyarakat Cina dan Asia Tenggara. Dalam falsafah pendidikan
Timur, aspek emosi , intelek dan jasmani diberikan keutamaan. Kesemua aspek
tersebut dimiliki oleh sejarawan Cina ini. Beliau memiliki ilmu dalam pelbagai
bidang. Falsafah pendidikan Confucius mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk
semua, tanpa mengira status sosioemosi atau kedudukan sosial. Jelaslah
pandangan beliau itu benar kenana Malaysia juga turut memberikan pendidikan
kepada semua pelajar tidak kira latarbelakang mereka tidak kira berkemampuan
ataupun sebaliknya. Confucius juga telah memberi sumbangan besar kerana membuka
mata kepada semua pihak bahawa pendidikan bukannya sahaja kepada individu yang
berkemampuan dan bertaraf tinggi semata-mata, namun pendidikan adalah kepada
semua pihak tidak kira muda atau tua, kaya atau miskin, bedarjat atau tidak dan
sebaginya.
Falsafah
Pendidikan Malaysia juga turut memggunakan fahaman beliau, dimana melaksanakan
pembelajaran sepanjang hayat serta pendidikan untuk semua. Confucius merupakan
pencetus kepada idea ini. Maka
jelaslah bahawa sumbangan dan fahaman beliau sedikit sebanyak mempengaruhi
sistem pendidikan di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
RUJUKAN