FALSAFAH TIMUR DAN ISLAM

IBNU RUSHD (520-595 HIJRAH)

Ibnu Rusyd atau nama sebenar adalah Mohammad ibn Ahmad ibn Mohammad ibn Rusyd.  Ibnu Rusyd dilahirkan di Cordoba,Sepanyol  dalam keluarga ahli hukum di dan wafat di Maghribi. Beliau begitu berpengaruh luas bukan sahaja dalam ketamadunan Islam, tetapi tersebar luas hingga ke dunia Barat. Ketika itu dunia barat mengalami zaman kegelapan. Ibnu Rusyd juga diagung-agungkan oleh para orientalis Barat sebagai Bapa kepada fahaman Sekularisme. Ibnu Rusyd juga lebih dikenali sebagai Averroes oleh masyarakat Barat. Falsafah Ibn Rusyd jauh lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah seangkatannya mahupun selepas kematiannya.

Dalam sejarah riwayat Ibnu Rusyd, beliau merupakan seorang ahli falsafah, pakar perubatan, matematik, sains, teknologi, ahli fekah mazhab Maliki, serta dianggap sebagai ahli falsafah yang paling hebat pernah muncul dalam sejarah Islam. Selain itu, beliau mendapat pendidikan hukum hakam daripada bapa dan datuknya yang juga merupakan pegawai hakim atau kadi. Ibnu Rusyd yang berkerjaya sebagai hakim tidak berpanjangan dan beralih kepada bidang dunia kedoktoran dan menuntut ilmu dengan Ibn Zuhr. Ibnu Rusyd jaga menjadi  menjadi sahabat karib kepada gurunya iaitu Ibnu Zuhr. Ibnu Zuhr terkenal  dalam dunia kedoktoran dengan nama Avenzoar .

Sumbangan-sumbangan Ibnu Rusyd yang dapat kami simpulkan bahawa beliau merupakan orang yang bertanggungjawab keatas penterjemahan hasil-hasil karya tulisan Aristotle yang semakin luntur di Barat. Hasil terjemahan Ibnu Rusyd,  ilmu pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotle mula diketahui oleh masyarakat barat pada awal abad ke-12. Ibnu Rusyd beranggapan bahawa Aristotles adalah ahli falsafah agung dengan mengatakan bahawa dunia melahirkan Aristotles sebagai sebuah model yang sempurna. Beberapa kajian Ibnu Rusyd telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan Hebrew(Yahudi) dan menjadi sumber kajian penting bagi kajian Aritotelian Latin di Barat pada abad pertengahan. Oleh yang demikian dalam tempoh tiga abad, para intelektual Barat dapat memahami Aristotle melalui hujah-hujah Ibnu Rusyd.

Selain itu, Ibnu Rusyd juaga menulis falsafah pemikirannya dengan menyatakan bahawa “mereka tidak mudah menjadi kafir semata-mata kerana membaca karya falsafah, kerana mereka dibentuk oleh sistem pendidikan yang semakin maju serta demokratik, dan ilmu pengetahuan semakin mudah didapati dan banyak lagi kelainan lain yang mencirikan sifat khalayak ini” ( Ibnu Rusyd ). Hasil falsafah Ibnu Rusyd telah dinukilkan ke dalam bentuk senafkah buku yang bertajuk, Fasl al-Maqal.

Ibnu Rusyd juga menyatakan bahawa tidak ada perbezaan yang nampak antara esensi yang menekankan perkara asas sahaja iaitu praktikal + prakmatik dan eksistensi iaitu aliran atau gerakan falsafah moden yang menegaskan pentingnya pengalaman dan tanggungjawab seseorang indivudu dan tekanan-tekanan daripadanya ke atas induvidu berkenaan yang dianggap dapat bertindak dengan bebas. Selain itu, Ibnu Rusyd bersependapat dengan pandangan Ibnu Sina yang membezakan antara akal mungkin dan akal aktif, kerana yang ada hanyalah perbandingan logika untuk tujuan analisis.

Sumbangan Ibnu Rusyd berpendapat, bahawa jiwa itu bersifat kebendaan,sehingga tidak mengalami kematian. Oleh yang demikian,beliau mengkhususkan status khas manusia adalah dari perspektif penguasaan ilmu pengetahuan dengan ketinggian akalnya. Kami juga mengambil contoh golongan kristian menolak ideanya disebabkan pentafsiran beliau mengisyaratkan bahawa akal aktif dan akal pasif adalah berbeza. Sudah tentu konsep yang cuba disampaikan Ibnu Rusyd menimbulkan masalah bagi golongan kristian, kerana pendapatnya yang mengatakan bahawa tidak ada satu akal individu pun yang luput daripada kematian.

Ibnu Rusyd merupakan tokoh falsafah yang hebat dan mahsyur namanya hingga merentasi dunia Barat dan beliau jaga lebih dikenali sebagai Averroes dalam ketamadunan Eropah. Beliau juga merupakan antara salah seorang tokoh falsafah teragung yang pernah dilahirkan dalam sejarah Islam dan naskah-naskah karyanya masih relevan diguna pakai hingga ke hari ini,sebagai rujukan ilmiah.Buktinya,hasil karya beliau telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.


CONFUCIUS

Confucius adalah tokoh falsafah yang amat terkenal di seluruh dunia yang berasal dari Cina. Beliau dilahirkan pada tahun 551 SM, iaitu  pada hari ke-27 bulan lunar ke-8. Confucius dilahirkan diwilayah Chang Ping. Beliau juga terkenal dengan gelaran Khung Chiu atau Zhong Ni pada ketika dahulu oleh masyarakat Cina. Di Asia Timur dan di Taiwan tarikh kelahiran Confucius iaitu pada 28 September, diperingati sebagai hari guru dan disambut oleh penganut yang berpegang kepada ajaran serta fahaman beliau.

Semasa beliau berusia 3 tahun, ayah beliau telah meninggal dunia dan pada saat beliau berumur 17 tahun, beliau terpaksa menerima takdir kematian ibunya pula. Setelah pemergian ayahnya, Confucius dibesarkan oleh ibunya dan kehidupan mereka sangat daif dan serba kekurangan. Setelah 2 tahun kematian ibunya, beliau telah mengahwini seorang gadis dari wilayah Song yang bernama Yuan Guan pada usianya 19 tahun.

Pada usia 67 tahun beliau kembali ke tempat kelahirannya untuk mengabadikan karya-karya klasik dengan cara menggubah bentuk karya tersebut. Dalam usianya yang ke 73 tahun Confucius meninggal dunia, pada tahun 472 SM, bulan ke-4 tahun ke-16 dalam masa pemerintahan bangsawan Ai.

Manakala sejarah pendidikan beliau pula ialah bermula pada usianya 15 tahun ,Confucius telah mempelajari banyak buku yang dikarang oleh falsafah Cina terdahulu. Confucius juga merupakan seorang yang bijaksana, berakhlak mulia serta disanjung oleh masyarakat dengan perwatakannya dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh beliau. Beliau mempunyai sifat tekun dan bekerja keras dalam menuntut ilmu. Confucius juga pernah bekerja di sawah padi, pengembala serta ketua kepada buruk pembinaan.

Confucius dikenal sebagai orang yang bijaksana dan berilmu tinggi dalam bidang pendidikan. Seluruh hidupnya didedikasikan untuk meningkatkan ketamadunan masyarakat Cina yang mundur pada ketika itu. Selain pernah menjadi panasihat negara, Confucius juga merupakan guru yang tekun mengajar tentang kesempurnaan dalam kehidupan individu dan masyarakat, iaitu dengan menekankan konsep berdasarkan pada keteguhan, kejujuran, dan  sikap bertanggungjawab.

Minat yang mendalam dalam menuntut ilmu dibuktikan dengan pengembaraannya ke daerah Lu untuk menimba ilmu. Beliau juga pernah belajar di Ibu Kota Negara, Zhou, dimana beliau bertemu dan berguru dengan Lau Zi. Confucius menguasai enam seni, yaitu tata-krama, musik, memanah, menunggang kuda, menulis huruf indah (kaligrafi) dan matematik. Confucius juga banyak meluangkan diri untuk mengajar tiap murinya tanpa memandang kaya atau miskin.

Sumbangan beliau amatlah besar kerana telah mengasaskan ajaran Confucius yang ramai dianuti oleh masyarakat Cina dan Asia Tenggara. Dalam falsafah pendidikan Timur, aspek emosi , intelek dan jasmani diberikan keutamaan. Kesemua aspek tersebut dimiliki oleh sejarawan Cina ini. Beliau memiliki ilmu dalam pelbagai bidang. Falsafah pendidikan Confucius mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status sosioemosi atau kedudukan sosial. Jelaslah pandangan beliau itu benar kenana Malaysia juga turut memberikan pendidikan kepada semua pelajar tidak kira latarbelakang mereka tidak kira berkemampuan ataupun sebaliknya. Confucius juga telah memberi sumbangan besar kerana membuka mata kepada semua pihak bahawa pendidikan bukannya sahaja kepada individu yang berkemampuan dan bertaraf tinggi semata-mata, namun pendidikan adalah kepada semua pihak tidak kira muda atau tua, kaya atau miskin, bedarjat atau tidak dan sebaginya.

Falsafah Pendidikan Malaysia juga turut memggunakan fahaman beliau, dimana melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat serta pendidikan untuk semua. Confucius merupakan pencetus kepada idea ini. Maka jelaslah bahawa sumbangan dan fahaman beliau sedikit sebanyak mempengaruhi sistem pendidikan di seluruh dunia termasuklah Malaysia.






RUJUKAN





Terbaru Lebih lama