Perkembangan Kanak-kanak

SOALAN STRUKTUR PKK :
1.     Terangkan maksud kualitatif dan kuantitatif beserta contoh
·         Kualitatif
o    Perubahan dalam saiz dan kematangan
o    Boleh dilihat dengan nyata mengikut peringkat perkembangan
o    Perubahan fizikal yang berlaku pada manusia
o    Cth: saiz badan, tinggi
Kualitatif
·         Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga akhir hayat
·         Contoh: kemahiran KBKK, kemahiran menjalin hubungan, kemahiran mengurus dan mengawal emosi

2.     Faktor persekitaran yang menyebabkan perbezaan individu
3.      
4.      
1)     Aspek motivasi dan perbezaan individu ?
Jawapan :
-   meransang PnP kanak-kanak disekolah
-   guru haruslah kukuhkan kekuatan dalaman murid-murid seperti dorongan & ransangan  kerana manusia suka kepada pujian contohnya : sentiasa memantau tugasan yang diberikan
( memberi gred –bentuk bintang –beri hadiah  jika murid itu memenuhi kerja yang diberikan

2)     Bagaimana guru dapat membantu  kanak-kanak perkembangkan potensi diri mengikut peringkat (7-10tahun) ? ( aspek kognitif,emosi,social )
·         Guru perlu ambil kira aspek perkembangan kognitif dalam mengembangkan potensi kanak2.
·         Guru perlu perkembangkan daya pemikiran kanak-kanak dengan menggunakan soalan yang membuka minda murid untun berfikir.
·         Memberi tugasan dan memastikan persekitaran sekeliling ceria supaya murid seronok untuk belajar.

3)     Nyatakan aktiviti yang berlaku pada peringkat social kanak-kanak ?
Japawan :
-          Mereka cenderung meneroka perkara-perkara baru
-          Menguasai kemahiran melalui akal yang seimbang.kanak-kanak juga belajar untuk mengurus diri sendiri.
-          Perlu belajar untuk berdikari secara positif
-          Berusaha membina hubungan social diantara masyarakat

4)      Teori sosioemosi dan social (Erikson)
*jelaskan perkembangan tersebut terhadap individu

5)     Teori kognitif  (Vigotsky)
*jelaskan perkembangan terhadap individu, murid & guru

6)     Huraikan masalah pertuturan kepada kanak-kanak

·   Peringkat perkembangan kanak-kanak prenatal (dalam kandungan)
·   Perkembangan fizikal kanak-kanak sudah stabil pada peringkat umur 11 tahun.
·   Ajar kanak-kanak bermain muzik
·   Permainan sukan yang sesuai
·   Perbezaan saiz dan gerak badan
·   * peranan guru ( merancang pengajaran awal, merancang teknik yang bersesuaian)
·   * Peranan ICT
·   Pada Peringkat bayi, perkembangan fizikal semakin banyak dan cepat .
·   Perkembangan bayi pada peringkat ini seperti :
·   Berat bayi akan bertambah
·   Saiz dan komplek otak akan bertambah
·   Pertumbuhan dipengaruhi oleh kesihatan  bayi
·   Gigi bawah dahulu akan tumbuh
·   Bayi memulakan autonomi seperti pergerakan merangkak.
·   Perkembangan otot-otot yang halus.

ESEI
1)     Bincangkan bagaimana seorang guru dapat menyelesaikan masalah berdasarkan teori Lev Vygotsky.

Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu.
Vygotsky sebagai seorang penulis telah mengarang banyak buku dalam tempoh usia yang singkat,termasuklah buku Pyscology of Arts (1925) dan thinking of speech (1934).Sumbangan beliau yang terkemuka ialah teori proksimiti yang menyokong perkembangan pembelajaran kanak-kanak.Kini,teori perkembangan proksimal beliau menjadi asas untuk perkembangan teori konstruktivisme.
Beliau telah mengemukakan empat konsep atau tema utama untuk menerangkan teorinya.Antaranya ialah pendekatan sosio-budaya,zon perkembangan proksimal,bantuan perancah(scaffolding) dan perkembangan bahasa.Dalam pendekatan sosio-budaya,Vygotsky telah memerhati dan mengkaji peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.Beliau berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial,iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka sejak dilahirkan.
Teori Proksimiti  Vygotsky menawarkan suatu potret perkembangan manusia sebagai sesuatu yang tidak terpisahkan dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya. Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan, perhatian, dan penalaran melibatkan pembelajaran menggunakan temuan-temuan masyarakat seperti bahasa, sistem matematik, dan alat-alat ingatan. Ia juga menekankan bagaimana anak-anak dibantu berkembang dengan bimbingan dari orang-orang yang sudah terampil di dalam bidang-bidang tersebut. Vygotsky lebih banyak menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak lain dalam memudahkan perkembangan si anak.
 Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah. Fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi ini dianggap sebagai ”alat kebudayaan” tempat individu hidup dan  alat-alat itu berasal dari budaya. Alat-alat itu diwariskan pada anak-anak oleh anggota-anggota kebudayaan yang lebih tua  selama pengalaman pembelajaran yang dipandu. Pengalaman dengan orang lain secara berangsur menjadi semakin mendalam dan membentuk gambaran batin anak tentang dunia. Karena itulah berpikir setiap anak dengan cara yang sama dengan anggota lain dalam kebudayaannya.
Menurut vygotsky (1962), keterampilan-keterampilan dalam keberfungsian mental berkembang melalui interaksi sosial langsung. Informasi tentang alat-alat, keterampilan-keterampilan dan hubungan-hubungan interpersonal kognitif dipancarkan melalui interaksi langsung dengan manusia. Melalui pengorganisasian pengalaman-pengalaman interaksi sosial yang berada di dalam suatu latar belakang kebudayaan ini, perkembangan mental anak-anak menjadi lebih matang.
Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.
Menurut teori Vygotsky, Zone of Proximal Developmnet(ZPD) merupakan celah antara ‘actual development’ dan ‘potential development’, dimana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya. Maksud dari ZPD adalah menitikberatkan ZPD pada interaksi sosial akan dapat memudahkan perkembangan anak.Menurut Vygotsky,pembelajaran aktif berlaku dalam zon ini.Vygotsky telah memfokus kepada hubungan sosial kanak-kanak dalam konteks sosio-budaya dan mendapati bahawa mereka menggunakan alat-alat kebudayaan iaitu bertutur dan menulis untuk memahami lingkungan sosial mereka.Beliau juga percaya bahawa proses internalisasi melalui alat-alat kebudayaan ini yang menyebabkan kemampuan berfikir kanak-kanak maju ke aras kognitif yang lebih tinggi.
Sementara itu, konsep ‘scaffolding’ ataupun bantuan perancah membawa maksud suatu bantuan atau bimbingan kepada murid bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang tidak dapat diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada guru. Menurut Vygotsky (1978), guru dapat merangsang zon ini dengan memberikan peluang yang banyak kepada murid bergerak balas yang mencakupi kemahiran dan kebolehan yang boleh dilakukan oleh murid secara bersendirian serta lain-lain kemahiran yang memerlukan bantuan guru (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007).
‘Scaffolding’  juga dikatakan sebagai ‘ was developed as a metaphor to describe the type of assistance offered by a teacher or peer to support learning. In the process of scaffolding, the teacher helps the student master a task or concept that the student is initially unable to grasp independently. The teacher offers assistance with only those skills that are beyond the student’s capabality’.
 ‘Scaffolding’  dapat membantu murid bergerak melalui zon perkembangan proksimal (Zon of Proximal Development)  dengan membolehkan pelajar menyelesaikan sesuatu tugasan tanpa bantuan orang lain. Jadi, melaluinya tindak balas dan keperluan pelajar akan dapat dipenuhi dengan cara mengubahsuaikannya kepada tahap pencapaian yang boleh dicapai oleh pelajar. Guru perlu memberikan bantuan atau bimbingan apabila diperlukan dan berhenti membantu setelah murid mula menunjukkan kemampuan dalam menyelesaikan tugasan.
‘Scaffolding’ berinstruksional akan memberikan sokongan kepada murid misalnya di dalam bilik darjah, guru menyediakan ‘scaffolding’ dengan menghuraikan dan membahagikan isi sesuatu petikan kepada perenggan-perenggan yang dapat diselesaikan, menunjukkan kemahiran ‘modelling’ dengan membenarkan murid menyelesaikan tugasan secara bersendirian apabila guru berasa yakin murid-muridnya sudah bersedia (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007).
Di samping itu,Vygotsky juga lebih menitikberatkan bahasa dalam pemerolehan pengetahuan dan perkembangan kognitif.Munurut beliau,proses penguasaan bahasa berkembang dengan kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial dengan orang lain.Bahasa dan pemikiran berkembang secara tersendiri dan meningkat dalam tahap kesukaran.Mereka juga belajar menggunakannya sebagai alat komunikasi untuk menyelesaikan masalah seperti meminta  untuk susu apabila mereka lapar.

Dengan itu,terdapat beberapa implikasi utama teori Vygotsky dalam bilik darjah. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.

Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.Pada pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana anak-anak berkembang dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang, tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi pada anak. Perkembangan sebenar ditentukan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan potensi membezakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu, menyelesaikankan masalah dengan bantuan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

2)     Perkembangan fizikal kanak-kanak menurut kurikulum pra-sekolah.

3)     Perkembangan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada kualitatif dan kuantitatif.
-          Huraikan kepentingan kepada kanak-kanak dan peranan guru …




Terbaru Lebih lama