RPH ASEMBLAJ TAHUN 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran           : Dunia Seni Visual.
Kelas                          : 5 Ibnu Khaldun
Tarikh                         :      September 2015.
Bilangan  murid        : __ / 35 orang
Masa                           : 60 minit                                                                                
Bidang                        : menggambar.
Aktiviti                        : Asemblaj
Tema                          : objek buatan manusia.
Tajuk                          : Merdeka
Media                          : Alat     :  gunting dan alatan lain yang sesuai
Bahan   : gam, bahan kutipan, dan bahan lain

Pengetahuan sedia ada       : Murid pernah mengetahui asas seni bina
BBM/ ABM                             :  contoh gambar asemblaj, lembaran kerja, hasil karya murid dan video bangunan tertinggi, pembesar suara.
EMK                                        : keusahawanan, kreativiti dan inovasi
Kaedah                                   : demonstrasi secara kelas, penutup, soal jawab dan penerangan menggunakan sumber PdP
KBT                                       : Intrapersonal, verbal-linguistik,
Kecerdasan pelbagai           : logik- matematik
Kemahiran berfikir               : membanding beza, menganalisis, menilai dan merumus
Nilai                                        bekerjasama, kesungguhan, menghargai, dan patriotisme
Penggabungjalinan              : pendidikan jasmani ( motor tangan), sains
Strategi                                  : pemerhatian

Standard Kandungan

1.    Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan,ruang, imbangan dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan asemblaj.
2.    Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi  penentuan media dan teknik dalam penghasilan asemblaj.
3.    Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan asemblaj.
4.    Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.  

Standard Pembelajaran

3.1 Persepsi Estetik            Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni                                                 visual yang ada pada asemblaj.
      3.1.1            Unsur seni
                          3.1.1.1             Bentuk -konkrit
                          3.1.1.2             Jalinan - sentuh
                          3.1.1.3             Ruang - ruang nyata
        3.1.2          Prinsip  rekaan
                          3.1.2.1             Imbangan - tidak simetri
                          3.1.2.2              Kepelbagaian - bentuk dan bahan

 3.2  Aplikasi Seni                Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual,                                          media, serta proses dan teknik dalam  penghasilan asemblaj.
         3.2.1         Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media                                                             
                          3.2.1.1              Alat - gunting dan alatan lain yang sesuai
                          3.2.1.2              Bahan - gam, bahan kutipan, dan bahan lain yang sesuai
          3.2.2  Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya                        3.2.2.1   Teknik - binaan

   3.3 Ekspresi Kreatif         Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa                                             seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan                              asemblaj secara kreatif.
              3.3.1   Memilih dan memanipulasi media secara kreatif
               3.3.2   Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya                          
                3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
                       
     3.4 Apresiasi Seni          Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan                                      dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.                      
             3.4.1  Mempamerkan karya yang dihasilkan
             3.4.2  Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
             3.4.3   Memberikan ulasan karya sendiri dan rakan secara lisan
Objektif: pada akhir pengajaran murid akan dapat:
1.    Mengenal dan menyatakan maksud asemblaj.
2.    Menyenaraikan alat dan bahan yang digunakan dalam proses membuat asemblaj.
3.    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan asemblaj.
4.    Menyatakan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik menghasilkan asemblaj.
Langkah / masa
Standard Pembelajaran
Aktiviti PdP/ ilustrasi
Catatan
Set induksi
(5 minit)
1.   Guru memaparkan video bangunan tertinggi di dunia.
2.   Guru bersoal jawab dengan murid.
Contoh soalan guru:
 i.   Cuba beri satu contoh bangunan yang terhebat pernah kamu tahu?
ii.   Nyatakan berapa lama tempoh yang diambil untuk membina menara berkembar Petronas kuala lumpur?
Jangkaan jawapan:
 i.   Bangunan Woolworth, Burj Khalifa, Dubai, Shanghai Tower, Shanghai, Makkah Clock Royal Tower Hotel, Mekah, Dunia Pusat Dagangan, Guangzhou, China, Pusat Kewangan, Hong Kong, Taipei 101, Taipei, Taiwan, Petronas Towers, Kuala Lumpur, Willis Tower, Zifeng Tower, KK100, Princess Tower, Al Hamra Tower, Kuwait City,
ii.   Tujuh tahun

3.   Guru berinteraksi dengan murid tentang  pengetahuan sedia ada murid.
Pengetahuan Sedia Ada
·         Bentuk bangunan yang mempunyai tapak yang luas untuk menampung kestabilan.
·         Bahan binaan yang kuat.
Mengaitkan dengan isi pelajaran
·         Guru menerapkan nilai semangat berusaha untuk mencipta sesuatu (inovasi)
·         Membanggakan negara.
4.   Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini.
1.    Murid paparan video.
2.    Murid bangun di tempat masing-masing.
3.    Murid bersoal jawab dengan guru.
4.    Murid mendengar perkaitan isi pelajaran yang dinyatakan oleh guru.
BBM/ ABM : Video bangunan tertinggi di dunia, LCD, Pembesar Suara

Kaedah dan teknik : soal jawab

Kecerdasan pelbagai : logik-matematik

Nilai : kesungguhan
Pengetahuan Sedia
Ada :  asas seni bina.

Penggabungjalinan ; Sains
Persepsi estetik
Langkah 1
(5 Minit)



1.   Guru berinteraksi dengan menggunakan contoh gambar bangunan bagi mengaitkan dengan isi pelajaran iaitu binaan asemblaj.
2.   Guru menyatakan maksud asemblaj– himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna.
3.   Guru bersoal jawab tentang asas seni reka yang ada pada karya.
      i.        Bentuk -konkrit
     ii.        Jalinan - sentuh
    iii.        Ruang - ruang nyata
   iv.        Imbangan - tidak simetri
    v.        Kepelbagaian - bentuk dan bahan
4.   Guru menerangkan persamaan dan perbezaan bagi binaan asemblaj dan stabail dalam peta buih berganda.

1.   Murid melihat  contoh gambar asemblaj yang ditunjukkan oleh guru.
2.   Murid  mendengar penerangan guru tentang teknik asemblaj.
3.   Murid bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada hasil karya


Peta  Buih Berganda menunjukkan persamaan dan berbezaan binaan satabail dan asemblaj
BBM/ ABM :
Contoh gambar asemblaj, peta buih berganda

Kaedah dan teknik: penerangan menggunakan sumber PdP

Kecerdasan pelbagai : visual ruang

Kemahiran berfikir :menilai

Nilai : kesungguhan
Aplikasi seni
Langkah 2
(15 minit)
1.   Guru memperkenalkan media yang digunakan.
2.   Guru mencadangkan teknik asemblaj yang sesuai digunakan.
3.   Guru menunjuk cara menggunakan teknik asemblaj dengan betul.
4.   Guru meminta murid untuk menghasilkan karya yang kemas dan cantik mengikut kreativiti masing-masing.
1.   Murid melihat contoh asemblaj
2.   Murid melihat dan mendengar penerangan guru tentang bahan yang diperlukan:
- gunting
- gam
- bahan kutipan
- bahan dan alatan lain yang sesuai
3.   Murid menumpukan perhatian ketika guru sedang melakukan demonstrasi cara penghasilan.
4.   Murid diberi peluang untuk meneroka bahan dan alatan dengan menggunakan teknik asemblaj yang betul untuk menghasilkan binaan.
BBM/ ABM : contoh asemblaj

Kecerdasan pelbagai   : visual ruang

Kaedah : demonstrasi secara kelas
Ekspresif kreatif
Langkah 3
(25 minit)
1.   Guru meminta murid duduk dalam kumpulan.
2.   Guru mengedarkan alat dan bahan kepada murid.
3.   Guru memantau dan membantu sekiranya murid memerlukan bantuan.
4.   Guru memberitahu kepada murid tempoh masa yang tinggal.
Langkah 1
  i.   Murid duduk dalam kumpulan yang telah dibahagikan.
Langkah 2
  i.   Murid memotong dan menggunting bahan dengan bantuan guru untuk memastikan keselamatan murid.
 ii.   Murid menyusun dan menampal kepingan kertas warna mengikut kreativiti masing-masing menggunakan gam.
iii.   Murid dibimbing oleh guru semasa menjalankan aktiviti dengan memberi penekanan kepada kekemasan hasil kerja.

Langkah 3
  i.   Murid membuat kemasan mengikut kreativiti masing-masing.
EMK : kreativiti dan inovasi

KBT : Intrapersonal, verbal-linguistik

Nilai : bekerjasama

Penggabungjalinan :   pendidikan jasmani ( motor tangan)
Apresiasi seni
Langkah 4
(5 minit)
 i.   Guru meminta murid untuk mempamerkan karya di hadapan kelas. 
ii.   Guru memilih beberapa orang murid secara rawak murid untuk menceritakan pengalaman sepanjang penghasilan karya serta membuat apresiasi seni
 i.   Rupa- geometri
ii.   Warna- asas (primer); merah, biru kuning
iii.   Harmoni - rupa dan bentuk garisan
iv.   Guru bertanya kepada murid lain berkaitan hasil seni rakan mereka ; cantik, menarik, corak pelbagai.
v.   Guru memberikan peneguhan dan pujian terhadap karya yang dihasilkan.



Penggayaan
-  guru menyuruh murid untuk menghias dan membuat kemasan pada karya masing-masing.
1.   Murid mempamerkan karya seni yang telah mereka hasilkan di hadapan kelas. 
2.   Murid menjelaskan karya sendiri dan rakan-rakan dengan menggunakan bahasa seni visual dengan bimbingan guru.
3.   Beberapa orang murid memberi pandangan mereka terhadap hasil karya rakan mereka.
4.   Murid menghargai karya sendiri dan rakan.

BBM/ ABM : hasil karya murid

KBT : Intrapersonal, verbal-linguistik

Kemahiran berfikir : membanding beza, menganalisis

Kemahiran berfikir : menganalisis, menilai

Nilai : menghargai

Strategi : pemerhatian

Penutup
(5 minit)
1.   Guru dan murid merumuskan mengaitkan aktiviti yang dibuat tentang hari kemerdekaan yang bakal menjelang tiba.
2.   Guru memberitahu kepada murid bahawa karya yang dihasilkan secara bermutu dan kemas akan dapat dipasarkan secara komersial dan mampu meningkatkan kadar ekonomi negara.
1.   murid mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran hari ini.

2.   Murid memahami dan mendalami maksud yang dinyatakan oleh guru.
EMK : keusahawanan

Kaedah dan teknik :   penutup

Kemahiran berfikir : merumus

Nilai: patriotisme

Ulasan guru pembimbing : 
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
Ulasan pensyarah pembimbing:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Terbaru Lebih lama