PERTIMBANGAN DAN
PENGAMATAN ASAS DALAM LUKISAN, TEKNIK MENGHASILKAN
LUKISAN, DAN PENDEKATANDAN KAEDAH LUKISAN
Pertimbangan dan
Pengamatan Asas Dalam Lukisan
· Hal benda
Mengenal pasti pelbagai hal benda (figura, objek alam,
objek buatan manusia dll) yang digunakan dalam karya seni visual. Memahami
penampilan imej dalam karya seni visual dalam konteks aliran dan stail yang
berbeza. Memahami dan membezakan imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam
karya seni visual.
· Ruang (hadapan, tengah,
belakang)
Kaedah memilih ruang
dengan tetingkap fokus. Pemahaman
tentang perspektif amat penting bagi menentukan kedudukan objek yang kita
lukis.
Kedudukan pelukis akan menentukan objek yang dilukis. Perspektif berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza
Kedudukan pelukis akan menentukan objek yang dilukis. Perspektif berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza
· Rupa bentuk, bentuk & proposi
- Mengenal pasti objek yang hendak dilukis.
- Bentuk dan struktur
- Jalinan pada
permukaan objek tersebut
- Warna -
sekiranya menggunakan warna
· Kedudukan objek, Skala dan Kadar banding
- Teknik
mengukur objek mengikut kadar banding &
kedudukan yang betul.
Perhatikan bagaimana komposisi (gubahan)
imej itu dibentuk. Lihat susunan garisan struktur pada hasil karya tersebut.
Garisan-garisan itu dikenali sebagai ”implied
lines” atau garisan saranan. Analisa garisan-garisan tersebut dan
perhatikan bagaimana komposisi dalam hasil karya tersebut dihasilkan secara
menyeluruh.
· Pencahayaan, Isipadu
- Apabila melukis sesuatu objek, aspek bentuk, cahaya dan bayang
adalah penting.
- Kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan bentuk objek yang
dilukis.
- Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan
unsur cahaya dan bayang
- Kesan
cahaya pada objek tepat. Pembentukan
& kedudukan bayang-bayang.
- Kesan dan kajian cahaya pada objek yang hendak dilukis
- Kesan arah cahaya
- Kesan bayang objek
- Kualiti ton yang wujud
- Kesan Pantulan cahaya
Untuk
menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek
seperti berikut:
·
Asas
Seni Reka (Unsur Seni dan Prinsip Rekaan)
·
Perspektif
(1, 2 dan 3 titik lenyap)
·
Tetingkap
fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
·
Kesan
cahaya pada imej
·
Pembentukan
bayang-bayang
·
Teknik
(garisan selari, silang pangkah, conteng, titik, teknik campuran dan lain-lain
·
Jenis
alat, media dan bahan yang hendak digunakan
·
Teknik
mengukur objek mengikut kadar bandingTeknik
Menghasilkan Lukisan
Lukisan merupakan
kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha
untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah
( bukan sapuan ).
Penekanan
kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang berterusan.
Antara teknik yang paling popular ialah teknik ‘Gesture’ yang menjadi satu
identiti dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik boleh diterokai
untuk mendapatkan mutu karya yang baik. Aplikasi
teknik garisan selari, teknik contengan, teknik titik, teknik,Teknik pangkah
silang, teknik campuran.
Hatching (Teknik Garisan Selari)
Teknik ini biasanya dilukis menggunakan pen
teknikal, pensel, warna pensel dan krayon. Konsep utama teknik hatching
adalah menggunakan kepadatan, jumlah, dan ketebalan garis untuk mempengaruhi
kesan bayangan yang dihasilkan. Dengan meningkatkan kepadatan, jumlah, dan
jarak antara garis, maka bayangan yang dihasilkan semakin gelap, begitu pula
sebaliknya.
Cross-hatching (Silang
Pangkah)
Merupakan teknik dalam
lukisan yang digunakan untuk memberikan
kesan warna ataupun bayangan dengan membuat garis-garis paralel. Jika
garis-garis paralel ini dilapiskan dengan garis-garis paralel lain yang saling
menyilang, maka teknik ini menjadi cross
hatching.
Sgraffito (Gurisan)
Garisan atau menggunakan objek keras
atau tajam seperti “pallete knife” untuk mendedahkan warna dibawahnya. Boleh
digunakan dalam lukisan pastel minyak (oil pastel/krayon) dan pastel lembut
(soft pastel)
Frottage (Gosokan)
§ Teknik gosokan di atas sesuatu permukaan yang mempunyai
jalinan. Ia akan menampakkan kesan pada permukaan yang digosok. Sesuai untuk
media pastel dan pensel.
·
Satu
proses menggosok dan merekod corak atau imej yang terdapat pada permukaan yang
berjalinan
· Satu proses awal
penerokaan murid melalui deria sentuh terhadap jalinan yang terdapat di
sekeliling mereka
· Gosokan adalah satu cara
paling mudah dan terbaik untuk merakamkan pelbagai jalinan pada sesuatu
permukaan
· Hasil cetakan dibuat
dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan
di atas suatu permukaan yang berjalinan.
· Satu representasi
salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan
dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.
· Gosokan dianggap satu
eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan
jalinan dan ton.
Dalam
Kamus Dewan, gosokan bermaksud bergesel iaitu menggosok dengan (jari, barang
atau lain-lain alat) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni
Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu
permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan
yang hendak dipindahkan. Dalam Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi
salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar dan salah
satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni.
Banyak
manfaat boleh didapati apabila kita mempelajari bidang kegiatan ini. Di antaranya ialah kita dapat
memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh mengekspresi
pelbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila
kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, secara tidak
langsung kita akan peka terhadap jalinan yang terdapat di persekitaran dan
menyedarkan kita bahawa setiap permukaan yang berjalinan boleh menghasilkan
pelbagai corak yang menarik.
Meneroka Pelbagai Teknik
Gosokan
Secara
sepintas lalu apabila kita memperkatakan tentang teknik untuk mendapatkan
jalinan akan terbayang bahawa proses itu dihasilkan dengan menggosok di atas
permukaan kertas yang terdapat bahan berjalinan di bawahnya. Sebenarnya jika
diteliti dengan lebih lanjut lagi teknik-teknik gosokan boleh dipelbagaikan
seperti:
· Gosokan satu lapis dan
satu arah sahaja
· Gosokan beberapa lapisan
di atas tempat yang sama secara berulang kali
· Gosokan beberapa kali
dari arah dan sudut yang berlainan
· Gosokan secara pusingan
· Gosokan menggunakan
pelbagai jenis warna
· Gosokan monokrom (satu
warna sahaja)
· Gosokan potongan kertas
Alat dan Bahan
Lazimnya
alat dan bahan yang digunakan dalam kegiatan gosokan adalah mudah didapati dan
terpulang kepada pengkarya itu sendiri. Walaubagaimanapun diperingkat sekolah
rendah, peralatan, bahan dan jenis media adalah terhad kepada kemampuan dan
keupayaan tahap murid itu sendiri. Guru harus berperanan sebagai
motivator/penggerak dalam pemilihan dan penyediaan bahan. Berikut ialah senarai
alatan dan media yang boleh digunakan dalam aktiviti gosokan:
· Pelbagai jenis pensil
(jenis lembut dan keras), pensel yang berasaskan lilin dan pelbagai jenis
pensel warna yang terdapat di pasaran. Pensel dan pensel warna akan memberikan
kesan yang halus. Kesan ‘graphite’
pada mata pensel jenis lembut adalah paling sesuai tetapi cepat rosak.
· Kapur dan pastel yang
pelbagai warna. Jalinan yang dihasilkan tidak akan kekal lama kerana kapur dan
pastel adalah bahan kering dan rapuh. Penyembur pemati warna atau fixatif perlu
digunakan untuk melindungi kesan jalinan daripada rosak.
· Pelbagai jenis warna
krayon. Memberikan kesan gosokkan yang tebal dan nyata. Penggunaan krayon
digosok secara sisi atau dibaringkan akan menghasilkan kesan jalinan yang lebih
baik daripada menggunakan mata krayon.
· Arang atau pensil arang.
Gosokan yang dihasilkan oleh arang mudah rosak kerana sifatnya yang berhabuk
dan rapuh. ‘Fixative’ atau pemati
warna digunakan ke atas permukaan berjalinan untuk mengukuhkan kesan
jalinannya daripada mudah rosak.
· Kertas surat khabar yang
belum bercetak, kertas pengalas rak-rak dapur yang jenis nipis, kertas kartrij,
kertas taip dan lain-lain kertas yang bersesuaian. Penggunaan pelbagai jenis
kertas yang tidak terlalu tebal adalah penting untuk memperoleh kesan jalinan
yang menarik.
Teknik Campuran
Penggunaan campuran media seperti pensel, pen, pastel dan
warna air
Contengan
Jenis-Jenis Garisan (types
of line)
·
Garisan
Nyata ( Physical line )
·
Garisan
Tidak Nyata ( Implied Line )
·
Garisan
Organik (Curvilinear Line)
·
Garisan
Geometrik ( Rectilinear Line )
Sifat-sifat Garisan
(qualities of line)
·
Conteng
(scribbles)
·
Silang
pangkah (cross hatching)
·
Kontor
(contour)
·
Beralun
(wavy)
·
Titik
(stippling)
·
Selari
(parallel)
·
Berbulu,
berserabut, berduri
·
Tebal,
Nipis, Terang, Gelap
·
Berbintik,
berputar
Pendekatan dan Kaedah
Lukisan
Tema Dalam Lukisan
Alam semulajadi dan objek
di persekitaran
• Menggunakan alam dan persekitaran sebagai sumber idea/ilham
• Mengesan dinamik fom, kualiti organik, keunikan
• Intergrasi alam & kehidupan
• Kewujudan unsur-unsur seni dalam persekitaran
• Mentafsir alam dengan pengamatan yang jujur
• Berupaya mencari /mencipta nilai dan makna di persekitaran
Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi
• Pengalaman hidup memberi banyak kesan dan pengaruh terhadap minda
• Sosio-emosi dan sebagainya menjadi sumber penting melahirkan
idea/inspirasi
• Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi merupakan daya penggerak
idea/ilham
Aliran dan tema sejagat
• Pemikiran berupaya menjelaskan konsep mengenai sesuatu tema / agenda
kehidupan
• Sifat keunikan pemikiran menyebakan berkembangnya idea dalam pelbagai
aliran dan tema
• Akibat daripada pemikiran dan keupayaan menyebabkan manusia sentiasa
mempunyai idea /inspirasi
• Perkembangan aliran seni satu bukti menjelaskan keadaan.
• Keinginan untuk menjelaskan konsep & agenda seni, maka lahirlah
idea-idea dan pemikiran tentang seni
Keperluan dan Pengalaman
Hidup Harian
• Desakan dan keperluan dalam kehidupan harian seperti keperluan untuk
hidup, keselamatan, keselesaan dan sebagainya membuka ruang untuk manusia
berfikir, mendapatkan idea & mencipta sesuatu
• Masalah adalah peluang yang terbaik untuk manusia berfikir dan bertindak
secara lebih kreatif
Kaedah Dalam Lukisan
Kaedah Tetingkap
Langkah-langkah
· Menyediakan tetingkap.
· Fokus pada sesuatu objek
tertentu sahaja
· Lebih tertumpu pada
sesuatu objek tersebut.
· Lukis imej yang berada
dalam tetingkap sahaja.
· Membuat kemasan pada
lukisan yang telah dibuat.
Kaedah Tenang
Langkah-langkah
· Menyediakan bahan yang perlu
lukis.
· Kaedah ini menggunakan pensel sebagai ukuran dan
ibu jari sebagai penanda ukuran
· Memfokuskan bahan yang
kena lukis dengan menggunakan pensel, pembaris atau ranting kayu.
· Menentukan arah dan
jarak benda itu.
· Gandakan ukuran tersebut
dengan skala yang betul.
·
Melukis
gambar dan membuat kemasan.
Kaedah Grid
Langkah-langkah
· Memilih gambar yang
hendak dilukis.
· Membuat grid mengikut
ukuran yang betul di atas gambar yang di pilih.
· Melukis gambar tersebut
mengikut skala yang di pilih.
· Membuat lakaran mengikut
grid.
· Membuat kemasan.
Kaedah Peniruan
Langkah-langkah
· Memilih gambar.
· Mengetahui bentuk asas
yang hendak dilukis.
· Buat lakarkan sebenar
berdasarkan bentuk asas
· Lukis gambar tersebut.
· Membuat kemasan.
Kaedah Tekapan
Langkah-langkah
· Memilih gambar.
· Meletakkan ‘tracing
paper’ di atas gambar.
· Tekap gambar tersebut.
· Melukis gambar tersebut
mengikut bentuk.
·
Membuat
kemasan.
PROSES
KREATIVITI, ARTISTIK DAN LUKISAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Proses kreativiti dan artistik
Melaksanakan Proses Kreativiti dan Artistik
·
Pengwujudan
idea
·
Pengumpulan
maklumat
·
Memproses
maklumat
·
Penjanaan
idea
·
Perkembangan
idea
·
Lakaran
idea
·
Transformasi
idea
·
Aplikasi
asas seni reka
·
Bentuk
dan makna
·
Prosedur,
tata cara dan tertib kerja
·
Penilaian
·
Sesi
tindak balas dan apresiasi
Pengenalan Asas Seni
Reka
·
Unsur seni dan prinsip
rekaan adalah elemen paling asas bagi menciptakan gubahan bagi karya seni
visual.
·
Setiap karya
mengaplikasikan unsur-unsur seni dalam proses ciptaan.
·
Prinsip rekaan adalah
pengolahan unsur seni bagi menghasilkan karya yang dikehendaki.
·
Struktur rekaan sebagai
panduan dan kemasan pada hasil karya.
Unsur-unsur Seni
·
Garisan
Cantuman satu siri titik-titik yang bersambung
atau yang mempunyai jarak tertentu.
- Tebal- pagar kayu papan
- Nipis – ira kain
- putus-putus
- beralun – keratan kobis
- berlingkar – ubat nyamuk
- Berbulu – paku-pakis
- berpancar – daun palma
·
Rupa
Kawasan rata yang dilingkari oleh garisan luar
dan tidak mempunyai jisim
·
Rupa geometri
·
Rupa organik
·
Pengolahan rupa positif dan rupa negatif
·
Bentuk
Mempunyai keluasan, ketinggian, dan jisim
serta lebih daripada satu permukaan
-
Bentuk konkrit
-
Bentuk ilusi
Kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu
benda
- Jalinan sentuh
- Jalinan tampak
·
Ruang
Kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek,
jarak di antara dua objek, atau pun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek
- Ruang nyata
- Ruang tampak
·
Warna
Unsur penting yang menjadikan dunia kita
menarik dan berwarna-warni
·
warna asas
·
warna sekunder
·
warna tertier
·
nilai warna
·
ton warna
·
warna kroma
·
warna neutral
Warna Asas
Warna Skunder
Prinsip Rekaan
·
Harmoni
Susunan atau ulangan unsur- unsur seni mengikut cara yang tertentu
·
Kontra
Unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan antara satu sama
lain
·
Imbangan
Keadaan berpadanan dari segi berat, tarik, dan tumpuan
perhatian
·
Pergerakan / Irama
Keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, memancar, bersinar-sinar, dan
sebagainya
Mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam
sesuatu gubahan
·
Kesatuan
Mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh
Struktur Rekaan
·
Garisan Grid
·
Garisan Perspektif
Aplikasi Asas Seni Reka
• Susun Atur - Berdasarkan daripada tanggapan dan pengamatan
yang mendalam berlakulah pengurusan susun atur dengan kombinasi beberapa elemen
yang berhubungan untuk mencipta satu komposisi.
• menyusun motif/subjek (’subject matter’) kepada reka letak
tertentu mengambilkira unsur seni ruang, prinsip rekaan imbangan, kontra,
penegasan dan lain-lain.
• aspek komposisi dan uniti (’unity’).
• aplikasi unsur-unsur seni.
• ~garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang.
• aplikasi prinsip-prnsip rekaan.
• ~harmoni, imbangan, penegasan, kontra, kepelbagaian, kesatuan, pergerakan.
• Hubungan antara asas-asas seni yang diaplikasikan dalam hasil karya.
• Mengambilkira aspek-aspek formalistik.
• Memperlihatkan aplikasi asas senireka melalui aplikasi bahan, proses dan
teknik penghasilan karya
Bentuk Dan Makna
• Imejan / bentuk yang terhimpun dalam sesebuah karya.
• Kadang-kadang ia juga disebut subjek
atau motif.
• Ikonografi ialah satu istilah yang terbit dan digunakan secara meluas oleh
pengkritik seni untuk menjelaskan kesenian pada zaman Renaissance (abad
ke-14 hingga ke-17) di Itali melalui lukisan atau arca bagi menggambarkan
aktiviti keagamaan dalam kebaktian gereja Kristian Ortodoks.
• Juga disebut ikonologi yang membawa maksud “ menganalisa imej”.
• Dasar katanya ialah mengenalpasti
motif dan imej di dalam sesuatu karya,
• membuat interpretasi dan penyiasatan
yang mendalam untuk mendapatkan
• makna daripada paparan motif dan
simbol yang boleh dikaitkan dengan latar budaya
dan sosial sesuatu masyarakat.
Iconography is the study of the theme
and symbols in the visual arts the
figures and images that lend works their underlying meanings
(Rathus, 1992:70).
• Semiotik juga boleh dikaitkan dengan ikonografi. Semiotik ialah ‘theory
of sign’ iaitu tanda yang mewakili makna yang lain. Peirce (1931:58)
menjelaskan,
A sign….is something which stands
to somebody for something in some respect
or capacity. It addresses somebody, that is, creates in the mind of that person an equivalent
sign, or perhaps a more developed sign. That sign which it creates I call the interpretant of the first sign (dlm. D’Alleva, 2005:33).
• Simbol dalam sesebuah karya boleh disamakan dengan imejan atau ‘form’
yang memberi petunjuk kepada pemerhati
untuk menjelaskan ikon. Ia juga membawa makna yang sama dengan ‘form and
content’. Ocvirk, et al , (1998:12) menjelaskan,
The term form is used in various
ways when referring to art objects, and content is the emotional, intellectual message and a statement
of an artwork.
Untuk mendapatkan makna sesebuah karya, haruslah melalui pemerhatian
dan sensitiviti yang tinggi,
ianya melalui sensasi dan persepsi visual iaitu dua perkara yang harus dilalui
sebelum membuat sesuatu tanggapan pada sesebuah karya.
Penilaian
• Proses Pemantapan - proses pengukuhan di mana pelukis harus melihat
kembali setiap aspek pada peringkat tanggapan, pengamatan, susun atur secara
menyeluruh untuk menghasilkan satu konsep yang signifikan.
• satu proses pemerhatian yang terancang disebut ‘The Critical Performance.’
• Proses pemerhatian ini
mengelaskan pemerhatian imej kepada
empat tahap iaitu tahap deskripsi, tahap
analisis formal, tahap interpretasi dan tahap penilaian.
• Hipotesis yang berjaya pada sesebuah karya ialah apabila adanya satu interpretasi
yang berkesan hasil daripada indeks yang didapati daripada paparan imejan,
simbol dan bentuk dalam karya tersebut.
• satu rumusan yang secara langsung melibatkan pengetahuan tata bahasa
visual dilakukan.
• Tugas pemerhatian karya seni pada peringkat ini harus pada yang
mempunyai ‘authority ‘bagi mengelakkan pemesongan fakta.
Semasa membuat lukisan terdapat beberapa amalan
biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap
lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah:-
Ketepatan
Setiap lukisan hendaklah dibuat dengan mengikut
ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan
jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah
ditentukan. Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan
menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat
diterima.
Teknik melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut
teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara
membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini
memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol tertentu
yang boleh digunakan bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih baik. Suatu
lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan
menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan
kerana garisan-garisan nampak kabur.
Kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan
untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih
berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah
tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan
pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang
yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak
menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan
dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.
Masa menyiapkan lukisan
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu
lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila
pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri
lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Lukisan
Berbantukan Komputer
Jenis-jenis menggambar di atas selain lukisan,
ilustrasi dan catan merupakan jenis yang memerlukan kemahiran teknikal untuk
mengendalikannya, khususnya bidang
animasi yang banyak memerlukan pengetahuan tentang perisian komputer seperti ‘adobe photoshop’, ‘publisher’, ‘painter’
dan lain-lain lagi. Bidang fotografi lebih kepada penguasaan pengetahuan
mengendalikan kamera untuk mengambil gambar dari sudut-sudut yang menarik yang
merangkumi elemen-elemen Asas Seni Reka serta mempunyai nilai-nilai artistik.
Kita kurang didedahkan
tentang jenis Gambar 3D. Gambar ini seolah-olah mempunyai lapisan-lapisan atau
‘layer’ yang menimbulkan ‘effect’ apabila dilihat dari sudut-sudut
yang berbeza. Menggambar jenis ilusi visual adalah paling mencabar. Satu gambar
yang merangkumi beberapa imej atau kesan pada pandangan mata. Penghasilannya
memerlukan daya kreativiti yang tinggi serta kajian yang mendalam.
Lukisan seni digital merupakan sejenis bentuk seni baru yang
mempergunakan teknik lukisan tradisional, seperti cat air, cat minyak, impasto, dan sebagainya untuk pelukisan digital
melalui komputer,
perisian, serta tablet pendigitan, dan stilus. Lukisan digital berbeza
daripada seni digital yang lain
serta seni komputer terjana, khususnya
kerana ia tidak memerlukan paparan komputer untuk mendapat lukisan realistik
daripada suatu model. Seorang artis digital hanya perlu
menggunakan teknik lukisan untuk mencipta lukisan digital secara langsung dalam
komputer.
Perbezaan
utama antara lukisan digital dan lukisan tradisional adalah prosesnya yang
tidak linear. Seorang artis sering boleh menyusun lukisannya dalam bentuk
lapisan yang dapat disunting secara berasingan. Keupayaan untuk menghapuskan
coretan dan memberus semula juga membebaskan artis daripada proses linear.
Bagaimanapun, seorang pelukis digital harus menggunakan banyak atau kesemua
teknik dan kajian pelukis tradisional.
Artis digital
mempunyai banyak alat yang tidak boleh didapati oleh pelukis tradisional.
Sesetengah daripada ini termasuk:
- palet maya yang mengandungi
berjuta-juta warna;
- kanvas atau media hampir semua saiz;
- keupayaan mengembalikan kesilapan
yang telah dibuat;
- pemadaman; dan
- pelbagai alat kesan 2D dan 3D.
Tablet grafik membenarkan
artis membuat gerakan tangan yang amat tepat seolah-olah pen yang benar pada
permukaan lukisan.
Lukisan
digital berkembang maju khususnya dalam seni pengeluaran, dan banyaknya telah
digunakan dalam reka bentuk konsepsi untuk filem,
televisyen, dan permainan
video. Terdapat juga pelbagai jenis lukisan digital,
termasuk impresionisme, realisme,
dan cat air.
Perisian
pelukisan digital seperti Corel Painter,
Studio Artist,
Adobe
Photoshop, Jasc Paint Shop Pro,
ArtRage, dan Open Canvas memberikan artis-artis digital suatu
persekitaran yang sama dengan pelukis fizikal: kanvas, alat-alat lukisan, palet
untuk mencampurkan warna, dan pilihan warna yang banyak
Menghasilkan
karya Lukisan untuk penyuburan diri
Melaksanakan Proses Kreativiti dan Artistik
·
Pengwujudan
idea
·
Pengumpulan
maklumat
·
Memproses
maklumat
·
Penjanaan
idea
·
Perkembangan
idea
·
Lakaran
idea
·
Transformasi
idea
·
Aplikasi
asas seni reka
·
Bentuk
dan makna
·
Prosedur,
tata cara dan tertib kerja
·
Penilaian
·
Sesi
tindak balas dan apresiasi
Pengumpulan maklumat
• mengumpul semua data/dapatan maklumat berupa imej-imej visual, bahan
bercetak, penulisan-penulisan berkaitan
sejarah, budaya, hasil-hasil karya yang berkaitan dari pelbagai sumber.
contoh : media elektronik, kajian
perpustakaan, kajian lapangan,risalah, iklan, media massa,rakaman video/audio
visual, layari internet dan sebagainya.
•
berdasarkan permasalahan / tema/ tajuk yang
hendak dikaji.
•
berdasarkan pengalaman
dan pengetahuan.
•
membuat rujukan utama (’primary’).
•
rujukan perpustakaan
•
Iayari internet
•
penerbitan buku dan bahan bercetak
•
fotografi, rakaman video/audio visual
•
membuat rujukan tambahan (’secondory’).
•
pemerhatian-merakam, menulis, melihat,
menguji.
•
temubual
•
kajiselidik
•
Merupakan proses awal yang penting
bagi medapatkan maklumat untuk menghasilkan karya yang tepat, benar, jitu,
intelek, boleh dipercayai dan bermaklumat.
•
Menyimpan dalam portfolio.
Memproses maklumat
• Tanggapan - Membuat
tanggapan adalah hasil daripada persepsi, imaginasi dan aksi spontan yang berterusan pada sesuatu subjek yang
dijadikan sumber idea.
• menyaring maklumat, melihat,membaca, meneliti.
• memilih,menyusun mengikut urutan (sequence) peradaban, sejarah, tarikh,
masa, tempat, suasana, kategori, kumpulan, jenis, tema,tajuk dan sebagainya.
• Menganalisa, merekod maklumat kajian.
•
Menterjemah sumber maklumat.
Penjanaan idea
• Proses pengamatan dilaksanakan selepas adanya petunjuk hasil daripada
tanggapan yang dibuat.
• rancang gerak kerja untuk merealisasikan konsep dan idea.
• melalui proses perbincangan/’brainstoming’.
• menggarap idea-idea baru yang berhubungkait dengan isu-isu semasa/
sejarah/dimensi baru/ warisan budaya dan dalam konteks tertentu/ pilihan.
Perkembangan idea
•
proses mencanai idea melalui peta
minda/ ’origram’.
•
mengolah sumber idea dari cetusan
idea-idea baru untuk meneruskan langkah/proses penghasilan karya.
•
percernaan idea iaitu satu proses
kajian dibuat secara analitis.
•
menekankan pelbagai aspek.
•
Proses ini dibuat secara objektif dengan membuat beberapa lakaran secara terus.
•
Lakaran idea
• menterjemah idea dalam bentuk lakaran visual
• melakar olahan idea melalui beberapa proses peluakan, penambahan, keratan
rentas, pembesaran, mengecutan secara kreatif untuk mendapatkan motif/hasil
karya.
• mengolah lakaran berdasarkan elemen-elemen asas senireka.
• Mengaplikasikan teknik-teknik pelukisan tertentu
Transformasi idea
• peringkat / proses berlakunya suatu lakaran hasil daripada sintisis
diperingkatpengwujudan idea, penjanaan idea, perkembangan idea dan lakaran
idea.
• lakaran-lakaran kenit (’thumnail’)yang diolah dijadikan motif/imej
visual yang diinginkan.
• Kaedah konstruktif yang melihatkan proses kreatif menekankan kepada
pembaikan dan membina sesuatu idea yang telah ada dan diperbaharui.
• mengubah darpada sifat asal kepada imej-imej/bentuk-bentuk baru.
• Lakaran yang menekankan aspek simbol, fungsi dan makna.
• peringkat implementasi dan aplikasi.
• peringkat ini menyaksikan hasilan sesuatu produk atau karya.
Aplikasi asas seni reka
• Susun Atur -
Berdasarkan daripada tanggapan dan pengamatan yang mendalam berlakulah
pengurusan susun atur dengan kombinasi beberapa elemen yang berhubungan untuk
mencipta satu komposisi.
• menyusun motif/subjek (’subject matter’) kepada reka letak
tertentu mengambilkira unsur seni ruang, prinsip rekaan imbangan, kontra,
penegasan dan lain-lain.
• aspek komposisi dan uniti (’unity’).
• aplikasi unsur-unsur seni.
• garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang.
• aplikasi prinsip-prinsip rekaan.
• harmoni, imbangan, penegasan, kontra, kepelbagaian, kesatuan, pergerakan.
• Hubungan antara asas-asas seni yang diaplikasikan dalam hasil karya.
• Mengambilkira aspek-aspek formalistik.
• Memperlihatkan aplikasi asas senireka melalui aplikasi bahan, proses dan
teknik penghasilan karya
Bentuk dan makna
• Imejan / bentuk yang terhimpun dalam sesebuah karya.
• Kadang-kadang ia juga disebut subjek
atau motif.
• Ikonografi ialah satu istilah yang terbit dan digunakan secara meluas oleh
pengkritik seni untuk menjelaskan kesenian pada zaman Renaissance (abad
ke-14 hingga ke-17) di Itali melalui lukisan atau arca bagi menggambarkan
aktivitikeagamaan dalam kebaktian gereja Kristian Ortodoks.
• Juga disebut ikonologi yang membawa maksud “ menganalisa imej”.
• Dasar katanya ialah mengenalpasti
motif dan imej di dalam sesuatu karya,
• membuat interpretasi dan penyiasatan
yang mendalam untuk mendapatkan
• makna daripada paparan motif dan
simbol yang boleh dikaitkan dengan latar budaya
dan sosial sesuatu masyarakat.
Penilaian
• Proses Pemantapan - proses pengukuhan di mana pelukis harus melihat
kembali setiap aspek pada peringkat tanggapan, pengamatan, susun atur secara
menyeluruh untuk menghasilkan satu konsep yang signifikan.
• satu proses pemerhatian yang terancang disebut ‘The
Critical Performance.’
• Proses pemerhatian ini
mengelaskan pemerhatian imej kepada
empat tahap iaitu tahap deskripsi, tahap
analisis formal, tahap interpretasi dan tahap penilaian.
• Hipotesis yang berjaya pada sesebuah karya ialah apabila adanya satu interpretasi
yang berkesan hasil daripada indeks yang didapati daripada paparan imejan,
simbol dan bentuk dalam karya tersebut.
• satu rumusan yang secara langsung melibatkan pengetahuan tata bahasa
visual dilakukan.
• Tugas pemerhatian karya seni pada peringkat ini harus pada yang
mempunyai ‘authority ‘bagi
mengelakkan pemesongan fakta.
MENGHASILKAN KARYA
Menggunakan
alat dan bahan
Alatan asas yang digunakan
ialah:
·
Pensil, pen, dakwat dan sebagainya.
·
Pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk
·
Pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan / lorekan bagi
memperlihatkan struktur objek yang dilukis.
·
Pen pelbagai saiz mata digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang
digunakan
Mengolah
alat bahan
·
apabila membuat garisan /lorekan, pen hendaklah dikawal sebaik-sebaiknya
untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
·
garisan / lorekan perlu dibuat dengan konsisten
·
jika perlu, kertas lukisan hendaklah dipusing-pusingkan untuk mendapatkan
kesan yang dikehendaki.
Teknik Asas
“strokes”(Lorekan)
1. Lukisan
Garisan “Line Drawing”
·
Bentuk,rupa dan “ton cerah” disarankan dengan penggunaan garisan
“outline” / garisan tepi.
·
Jalinan tidak ditonjolkan.
2. Garisan
Kontur “Contour Lines”
·
Garisan-garisan lembut seolah-olah melingkari permukaan objek.
3. Garisan
Selari “Parallel Lines”
·
Garisan-garisan perlu lurus dan dilorek pada arah dan sudut yang sama
sahaja.
4. Garisan
Bersilang/ “Silang-Pangkah” “Crosshatching”
·
Dua atau lebih set garisan kontur atau selari(contour/parallel) yang
dilorek pada arah yang berbeza dan bersilang.
5. titik
“stippling”
·
satu siri titik yang di hasilkan dengan menggunakan pen dipegang secara menegak.
6. garisan
berserabut “scribble lines”
·
Garisan –garisan berputar dan berpintal yang bebas tetapi dikawal.
·
Ia samada panjang atau pendek sebagaimana dikehendaki
7. Garisan
Beralun “Wavy Lines”
·
Garisan-garisan yang dilukis sebelah menyebelah/ beriring dan
menghasilkan seakan-akan jalinan urat kayu
8. Garisan
Berbulu “Crisscross Lines
·
Garisan-garisan berbulu sebelah menyebelah dan mengikuti rupabentuk objek
sepertimana garisan kontur tetapi bertindih pada keadaan tertentu.
1. Garisan Kontur:-
·
Jelas untuk memperlihatkan objek bulat yang rata dan memberi unsur aliran
untuk subjek yang bergerak.Ini termasuklah permukaan yang kilat, ‘logam’, gelas
dan aliran air.
·
Kesan dibuat samada lurus, panjang atau pendek dan disusun sebelah
menyebelah mengikuti bentuk objek
·
Elakkan menyusun garisan kontur dalam deretan yang sama. kesan dibuat bagi menampakkan
pergerakan aliran air.
·
permukaan kilat mempunyai “ton cerah”/penegasan cahaya.
·
objek yang dilihat melalui gelas kelihatanseperti herot.
·
bahagian “ton cerah, garisan-garisan dibuat jarang-jarang, putus-putus
atau dihilangkan.
·
bahagian ton gelap, garisan-garisan dirapat-rapatkan atau bertindih.
2. Garisan selari “parallel lines”
·
garisan-garisan yang lurus dan selari
·
dilukis samada menegak,melintang atau condong
·
garisan selari memberi subjek unsur rata,rupabentuk
yang licin,dan subjek latarbelakang.
·
apabila digunakan tanpa garisan tepi “outline”,
garisan menyarankan rupabentuk kusam “faded”,samar atau jarak jauh.
·
panduan dengan pembaris menolong mengekalkan sudut yang sama. nilai jauh yang ditonjolkan
·
nilai yang berbeza menyarankan bayang dan bentuk
yang bulat.
3. Garisan
bersilang/silang pangkah / “crosshatching”
·
garisan ini menghasilkan pelbagai kesan jalinan dari yang separa licin
kepada yang kasar bergantung kepada sudut di mana garisan menyilang, saiz mata
pen dan keperincian lorekan
·
guna untuk menambahkan jalinan yang kasar dan menggelapkan bayang
·
“crosshatching” berbentuk garisan
selari menghasilkan kesan kasar yang rata.
·
apabila 3 atau lebih set garisan yang menyilang digunakan, ia menyarankan
bayang yang digelapkan dan menutup kesalahan yang dilakukan.
·
lorekan “crosshatching” yang menyarankan jalinan
yang kasar
·
carta nilai / “value-chart”
4. Titik / “stippling”
·
titik hendaklah dibuat dan disusun dalam bentuk formasi yang rapat atau
rambang berdasarkan saiz mata pen
·
-titik biasa digunakan untuk pasir,tanah, karat,langit, kabus,semburan
air, subjek yang lutsinar, subjek lama dan bentuk-bentuk samar.
·
-titik dirapatkan atau guna mata saiz pen yang besar untuk digelapkan.
teknik titik membenarkan lukisan dibuat dengan nilai halus dan terperinci
·
nilai separa licin tempurung siput dengan titik kasar pasir.
·
titik hendaklah dibuat dan disusun dalam formasi atau secara rambang.
·
carta nilai/ “value-chart”
5. Garisan berserabut/ “scribble lines”
·
garisan ini dapat menimbulkan jalinan
·
ia ideal untuk membuat lakaran kajian.
·
garisan serabut boleh panjang atau pendek dan berpintal.
·
carta nilai / “value-chart”
·
garisan serabut secara cepat tidak dimaksudkan untuk mendapatkan
kesempurnaan, tetapi menyarankan rupa, “shading”, dan jalinan yang merakam
intipati subjek yang dilukis.
·
-garisan serabut berbentuk gumpalan
·
-garisan serabut seperti lingkaran dawai
·
-garisan serabut yang diolah membentuk corak
6. Garisan beralun “wavy lines”
·
garisan beralun adalah panjang, dilukis sebelah menyebelah yang membentuk
corak beralun
·
garisan beralun digunakan untuk ira kayu, corak galian pada marmar,
pokok, bulu ayam, corak pada dedaun atau rambut panjang.
·
garisan beralun boleh diisikan dengan teknik-teknik lain yang padu.
·
apabila menyarankan corak ira, bayang di tambah dengan menggunakan
garisan kontur atau selari.
7.Garisan bersilang/silang pangkah/ “crisscross
·
guna untuk bulu binatang, rumput atau tompokan tumbuhan
·
bulu pada badan burung.
·
arah bulu disusun dengan garisan ini.
·
garisan “crisscross” adalah samada pendek atau panjang dan dibengkokkan.
·
garisan “crisscross” disusun, setiap satu pada sudut yang agak berbeza
dan kelihatan tidak sama.
·
elakkan
susunan dalam bentuk deretan
Langkah
Membuat Lukisan
Langkah 1
·
Kaji
subjek yang hendak dilukis dan bahagikan subjek kepada bentuk-bentuk mudah.
Langkah 2
·
Mulakan
dengan membuat bentuk-bentuk geometrik mudah.
·
Gunakan
pensil dahulu.
Langkah
3
·
Gunakan garisan bandingan menegak dan melintang untuk membetulkan subjek
pada kertas lukisan.
·
Betulkan dengan menggunakan pensil
Langkah
4
·
Buatkan perincian dengan pensil pada subjek yang dilukis.
·
Perincikan bahagian ton cerah dan juga ton gelap.
Langkah
5
·
Dengan menggunakan pen, lukis kembali ke atas lakaran pensil yang dibuat.
·
Dengan pelbagai teknik garisan, perincikan subjek
·
Utamakan nilai ton cerah dan gelap dalam subjek . Lakaran secara pantas
dibuat apabila masa adalah terhad.
·
Teruskan melakar dengan pen, tetapi, kesilapan yang dibuat diperbetulkan
kemudian.
Membuat komposisi
·
sekiranya objek/subjek yang hendak dilukis kelihatan mendatar, ia
hendaklah dilukis secara “landscape”. Kertas yang digunakan hendaklah
melintang.
·
sekiranya objek/subjek kelihatan menegak, ia dilukis secara “potrait”.
Kertas lukisan hendaklah menegak. apabila melukis, objek/subjek yang dilukis
hendaklah mengisi ruang kertas lukisan dengan sebaik-sebaiknya.
·
Elakkan ruang kosong yang terlalu banyak atau ruang kosong yang terlalu
sempit. susunan objek/subjek perlu bersifat “natural”.
·
elakkan susunan objek/subjek yang membahagikan kepada 2 bahagian
komposisi.
·
objek /subjek utama hendaklah dielakkan ke tengah.
·
elakkan membahagikan komposisi kepada dua. Letakkan garisan horizon
samada di bahagian atas atau bawah garisan tengah.
·
“focal-point” boleh di buat dengan membahagikan kertas lukisan kepada 3 x
3 bahagian. “focal-point” ditentukan pada titik pertemuan garisan menegak dan
melintang. komposisi yang baik bersifat imbangan yang “natural” dan
“imperfect”.
·
rumlah yang tak sama,saiz dan bentuk adalah yang terbaik
·
imbangan yang sempurna, dan membosankan.
·
tidak seimbang dan berat sebelah.
·
Apabila membuat komposisi fikirkan 3 tumpuan ton
gelap atau jalinan padat atau ton cerah. Boleh juga membuat tumpuan lebih
tetapi kekalkan imbangan yang tak sekata dalam komposisi