KARYA SENI DIGITAL

KARYA SENI DIGITAL


Menurut Wikipedia seni digital bermaksud  seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk digital. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal, atau daripada sumber lain, seperti gambar diimbas, atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau papan grafik. Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting melalui komputer

Definisi Seni Digital adalah istilah umum untuk berbagai karya seni  yang menggunakan teknologi digital sebagai bagian penting dari kreatif dan / atau proses presentasi (Eizzatiey Hassim, t.t). Seni digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk digital. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti gambar diimbas atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau papan grafik. Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting melalui komputer.

            Seni Digital merupakan sebuah karya seni digital yang banyak di pertunjukan kepada penonton. Banyak disiplin ilmu lama yang sekarang telah menggunakan teknologi digital dan komputer sehingga garis batas antara karya seni tradisional dan karya seni hasil olahan media komputer menjadi sukar untuk dikenal pasti. Terdapat ramai pengkarya yang telah menggabungkan cara melukis tradisional dengan menggunakan pemprosesan gambar digital atau penyuntingan gambar digital.

Kekuatan dalam seni digital ini adalah melalui cetusan idea dan rekaan adalah melalui pengumpulan maklumat serta perkongsian rakan dan juga para pensyarah yang banyak memberi cadangan dan penambahbaikan. Selain itu, penerokaan dan kajian yang dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik dan lebih berkualiti. Mural di bawah hampir menepati reka bentuk yang dikehendaki. Ciri-ciri tambahan daripada segi warna, pemilihan jenis tulisan dan saiz, serta grafik yang berkaitan. Ia lebih menjurus kepada pergerakan yang menunjukkan berlakunya peredaran masa.

Rajah 1 menunjukkan sumber idea yang menjadi inspirasi


Rajah 2 poster mural yang telah disiapkan

Manakala dalam prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton. Skrin yang diletakkan dengan media tanpa dirancang menyebabkan persembahan yang dihasilkan kurang menarik. Prinsip reka letak CASPER adalah berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti berikut:

Perbezaan ketara (contrast) diaplikasikan dengan menggunakan dua warna yang kontra. Selain itu, salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk. Malahan kontra dapat juga dilihat melalui pemilihan saiz dan warna teks.

Dalam prinsip susunan lurus (alignment), gambar dan teks diletakkan dalam muka perisian seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik dan tidak janggal. Bantuan kotak dimasukkan supaya gambar dapat disusun dengan tersusun dan kemas. Hal ini item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

Grafik dan animasi perlu ringkas dan mudah (simplicity) dapat merangsang pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Pengguna akan terus dapat menangkap, memudahkan penerokaan dan merangsang pemikiran apa yang cuba disampaikan oleh pengkarya. Bahkan visual yang dipilih adalah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.

Item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan gambar membuatkan pengguna merasa selesa kerana gambar yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah dan diletakkan secara berhampiran (Proximity). Ini dapat dilihat daripada penyusunan gambar dan tahun yang diletakkan secara berhampiran supaya kelihatan bersinambungan.

Penekanan (Emphasis) terhadap perkara yang dirasakan penting seperti gambar dan maklumat yang berkaitan. Hanya penekanan terhadap teks dan gambar supaya lebihan tidak menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan tersebut.

Dalam prinsip pengulangan (repitition) terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Dapat dilihat melalui pengulangan gambar-gambar dan teks yang berbeza-beza yang bertujuan untuk menyampaikan mesej.

KARYA SENI MULTIMEDIA


Seni multimedia adalah satu disiplin yang inovatif yang bertujuan untuk menyatukan berbagai macam bentuk seni. Ini kreatif dicapai dengan menggabungkan pelbagai wawasan seni dan kraf seperti filem, sastera, prestasi, muzik dan bunyi, drama, seni visual, atau reka bentuk. Ini gabungan idea dan bentuk memperkenalkan dimensi kontemporari atau entiti yang cuba untuk melibatkan diri penonton dengan cara yang baru dan unik.Rasional pemilihan reka bentuk projek digital dan multimedia ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mendekatkan diri kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Di samping direka untuk bersifat mesra pengguna ia juga adalah bertujuan untuk menimbulkan kesan yang dramatik seolah-olah di dalam teknik penceritaan.

Perihal projek ini pula menggunakan perisian Microsoft Power Point 2013, cyberlink power director dan perisian Movie Maker dalam mengolah manakala bunyi di muat turun pada laman web youtube. Elemen multimedia yang menjadi penekanan kepada saya ialah teks, grafik, audio, video dan animasi. Pelbagai jenis teks yang digunakan oleh saya. Hal ini kerana teks merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Bahkan saya juga memberi penekanan kepada isi kandungan yang menjurus kepada sejarah IPG Kampus Khas.

Grafik juga merupakan elemen terpenting. Ini kerana ia memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat. Penggunaan warna yang menarik membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengguna. Menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik. Manakala audio yang dipilih dapat membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan. Berupaya meningkatkan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

Video merupakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik dan hidup. Merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan. Justeru video yang dihasilkan adalah untuk menceritakan serba sedikit tentang sejarah IPG Kampus Ilmu Khas.

Manakala animasi berperanan menceriakan persembahan sesuatu maklumat. Membantu menerangkan satu konsep yang kompleks dengan lebih mudah dan berupaya menarik perhatian pengguna kepada sesuatu persembahan. Oleh yang demikian saya banyak menggunakan transitions dan animations yang pelbagai serta menggunakan aplikasi yang berbeza-beza


RUJUKAN



 Ahmad, S. (2012, Julai 28). Pendidikan Seni Visual. Retrieved Ogos 2013, 13, from Pengurusan Aktiviti Dalam Dan Luar Bilik Darjah: http://cikgusalmahahmad.blogspot.com/2012/09/pendidikan-seni-visual.html
Eizzatiey Hassim. (t.t). Seni Digital. Didapatkan dari Behance: https://www.behance.net/gallery/6542951/SENI-DIGITAL
Kerry Freedman (2001) Pennyslvania Art Education Association Conference. Teaching Visual Culture: Understanding Art Inside and Outside of School.
Mok Soon Sang , Teks Komprehensif PTK Bahagian II : Khusus/Fungsional Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. 2009, Selangor Darul Ehsan.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Razak, M. A., & Dolah, M. S. (2014). Seni Visual Penggal 1,2 & 3. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Visual. Mohamad Johari. (2008). Apresiasi dan Kritikan Seni Visual. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Wikipedia. (2013, Ogos 16). Seni Digital. Didapatkan dari ensiklopedia bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_digital




Terbaru Lebih lama