Tiada tajuk

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR TAHUN 1

Mata Pelajaran
Pendidikan Moral
Tahun
1 Bestari
Tarikh
27 Ogos 2014
Masa
9.00-10.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid
25 Orang
Tajuk Pelajaran
Langkah cermat jiwa selamat
Standard Kandungan
7. Kasih sayang
Standard Pembelajaran
Utama:
7.1.1 Menyatakan cara menjaga keselamatan diri
Sampingan:
7.1.5 Menjaga keselamatan diri
Pengetahuan Sedia Ada
Murid pernah melintas jalan
Hasil Pembelajaran
Kognitif:
1.    Menyatakan secara lisan sekurang-kurangnya tiga (2) contoh cara menjaga keselamatan diri.
2.    Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) kepentingan menjaga keselamatan diri
Afektif:
1.    Sayang akan diri sendiri.
Tingkah Laku:
1.    Mengamalkan sikap sayang akan diri sendiri pada setiap masa dengan menjaga keselamatan diri.
Gabungjalin
Muzik
Penyerapan
-
KB
Menganalisis
Mengenalpasti sebab dan kesan
Memberi pendapat
EMK
Teknologi maklumat
Sumber PdP (BBM)
Kad bergambar, permainan susunan gambar, Video lagu Video lagu “ 10 Budak Hitam”, Video cara menjaga keselamatan diri dan Video Lagu “lagu cermat tiba selamat”
Teknik
Teknik Nyanyian
Teknik Menyoal
Teknik Permainan
Kaedah
Kaedah Perbincangan dan kaedah permainan
Pendekatan
i.              Analisis Nilai
ii.             ii.    Penjelasan Nilai
Strategi
Pembelajaran Konstektualisme
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 minit)





1.  Guru menayangkan slaid video lagu
2.  Guru mengaitkan lagu itu dengan isi pelajaran iaitu keselamatan diri.
3.  Murid mendengar lagu tersebut dan menyanyi bersama
· BBM: Video lagu Video lagu “ 10 Budak Hitam”

Langkah 1
(10 minit)



Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

1.  Guru mengaitkan lirik lagu dengan tajuk yang dipelajari
2.  Guru menayangkan video cara menjaga keselamatan diri
3.  Guru menerangkan maksud kasih sayang dan mengaitkan dengan menjaga keselamatan diri diri
4.  Murid dan guru bersoal jawab tentang video tersebut


· Kaedah: Pembelajaran Koperatif

Langkah 2
(10 minit)



Kad bergambar berkaitan dengan situasi menjaga keselamatan diri
(Rujuk Lampiran)

1.  Guru menunjukkan kad bergambar kepada murid
2.  Guru bersoal jawab dengan murid tentang kad bergambar tersebut
3.  Murid memberikan jawapan berdasarkan gambar
4.  Guru menyatakan cara menjaga keselamatan diri mengikut situasi

· BBM/ABM: Kad bergambar

Langkah 3
(15 minit)


Permainan susunan gambar (puzzle)
Peraturan
i.   Edarkan kepingan set susunan gambar di dalam sampul surat
ii.   setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil untuk mencabut salah satu daripada lima sampul yang berbeza.
iii.   Dalam tempoh 5 minit kumpulan yang terawal menyiapkan susunan gambar dikira sebagai pemenang.
1.  Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan
2.  Guru mengedarkan susunan gambar yang berbeza diletakkan di dalam sampul surat bagi setiap kumpulan
3.  Murid dikehendaki untuk menyiapkan susunan dalam tempoh masa yang ditetapkan
4.  Guru membimbing murid melakukan dengan betul
5.  Bagi kumpulan yang berjaya melaksanakan susunan gambar terawal, guru memberikan ganjaran.
BBM : Set permainan susunan bergambar
ü Situasi melintas jalan
ü Situasi bermain di luar rumah
ü Situasi di sekolah
ü Situasi di dapur
ü Situasi di dalam bilik air
· KBF : menyelesaikan masalah
· Kaedah : Permainan
Langkah 4
( 15 Minit)
Kepentingan menjaga keselamatan diri
·      elak daripada kemalangan
·      memastikan keselamatan diri
1.  Guru meminta murid untuk menyatakan kepentingan menjaga keselamatan diri
2.  Guru menerangkan kepentingan menjaga keselamatan diri

· Teknik : menyoal

Penutup
(5 minit)


· Guru dan murid merumus bersama konsep “menjaga keselamatan diri”
1.  Guru membuat rumusan tentang perlunya menjaga keselamatan diri dalam kehidupan harian.
2.  Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu tersebut

· BBM/ABM: Video Lagu “lagu cermat tiba selamat”
· KBKK: menghubung kait.
· Teknik : Nyanyian


Terbaru Lebih lama