| 
Deskripsi 
Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan
  memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang
  dilihat  Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori
  seperti warna , garisan ,bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan
  diberikan kepada unsur seni. 
·     Penekanan diberikan kepada asas seni reka 
·     Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya
  seperti imej dan bentuk pada karya seni    tampak 
·     Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas 
·     Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan
  unsur-unsur seni dinilai      dengan mendalam
        
·     Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan
  serta membantu pengkarya. 
·     Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistik, surelistik
  dan lain-lain. | 
Analisis 
Penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan
  untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci
  dan mendalam 
·  Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan
  dalam sesebuah karya, 
·  Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana
  prinsip-prinsip seni digunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej
  atau bentuk, isi dan makna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian
  persoalan idea dan perasaan mendalam sesebuah karya. 
·  Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan antaranya ruang
  dan warna 
·  Kesesuaian objek dalam objek 
·  Kontra dan imej | 
| 
Interpretasi 
Tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan ,
  implikasi bagi sesuatu perkara. 
·     Mengkaji kualiti ekspresif seniman 
·     Mengkaji makna yang disampaikan melalui karya 
·     Merujuk kepada penyataan perasaan  
·     Melibatkan mood dan idea dalaman 
·     Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud
  dan makna karya seni  | 
Pertimbangan 
Renungan tentang kebaikkan atau masalah bagi sesuatu
  perkara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan
  pemerhatian. 
·  Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat
  keputusan terhadap sesuatu karya. 
·  Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang
  mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan terperinci. 
·  Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi 
·  Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea. 
·  Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan
  keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi ,
  masyarakat dan negara,  | 
Tags:
Nota
Nota Pendidikan Seni
Pendidikan Seni Visual
TEORI PENGALAMAN PELBAGAI EDMUND BURKE FELDMAN