APRESIASI SENI BERDASARKAN PENGALAMAN PELBAGAI EDMUND BURKE FELDMAN


Berdasarkan kajian yang dilakukan, saya telah mengkaji lukisan kanak-kanak dengan memberi tugasan kepada murid tahun dua yang bertajuk Rumahku, Syurgaku. Saya dikhendaki untuk membuat apresiasi berdasarkan teori Feldman kepada empat cabang.

Pada cabang yang pertama, iaitu deskripsi iaitu murid-murid banyak menggunakan unsur seni  seperti rupa.  Terdapat banyak rupa geometri seperti  segi empat sama sisi, segi empat tepat, segi tiga dan bulatan. Manakala, murid menggunakan warna-warna asas seperti warna primer, iaitu, merah biru dan kuning. Terdapat juga penggunaan warna skunder iaitu menggunakan asas campuran warna kuning dan biru untuk menhasilkan daun-daun pada pokok. Rumah dijadikan subjek utama bagi kedua-dua murid ini, subjek utama diletakkan di tengah-tengah kerana ingin ditunjulkan dengan  latar belakang yang terdiri daripada awan, pokok, jalan-raya, burung-burung berterbangan dan juga rumput. Manakala, latar belakang kedua-dua karya ini berwarna putih.

`           Manakala dari segi analis pula, objek rumah dipilih sebagai subjek utama oleh kedua-dua murid bertepatan dengan soalan yang diberikan oleh saya kepada mereka.kedua-dua lukisan ini menggunakan media pensil serta pensil warna untuk menaikkan seri karya ini walaupun hanya warna sekata dan tiada ton warna. Penerapan warna yang terang dan kontra ini menjadikan karya ini menunjukkan unsur harmoni. Dalam penataan komposisi, objek utama, iaitu rumah dilukis dengan baik walaupun komposisi kedudukan pintu dan tingkap berbeza. Manakala dari segi penggunaan ruang pula, Fasha  dan Sahara hampir  menggunakan keseluruhan ruang yang menunjukkan bahawa mereka sudah bijak untuk memanfaatkan ruang yang ada dengan menyelitkan alam semulajadi dan alam benda.

Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah bersifat spontan, bebas dan berskala besar. Lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Pada peringkat ini juga penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya.. Oleh itu, pada keseluruhannya peringkat ini kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka tahu melalui pengalaman. Sebagai contoh, kanak-kanak pada usia ini jika mereka melukis lukisan sebuah kotak dan mereka juga akan melukis isi di dalam kotak itu. Kanak-kanak ini akan melukis objek yang jauh dengan saiz yang kecil dan objek yang dekat dengan saiz yang lebih besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif.

Seterusnya ialah interpretasi, reka bentuk rumah mengandungi konsep asas yang nyata bagi ciri sebuah rumah akan kehidupan yang nyata. Kedua-dua murid ini cuba menyampaikan apa yang difahami dan dilihat melalui lukisan yang dihasilkan. Bagi mereka, sebuah rumah mempunyai dua tingkap dan sebuah pintu. Struktur bumbung yang menggunakan rupa segi empat tepat dan segi tiga juga menunjukkan rupa bentuk bumbung di Malaysia. Yang berbentuk sederhana berbanding di luar negarayang lebih berbentuk tirus. Terdapat juga nilai yang  ingin disampaikan melalui kedua-dua karya ini merupakan kehidupan yang berlaku di sekeliling murid-murid ini. Paling jelas yang ingin ditonjolkan ialah burung-burung berkicauan di udara di atas awan yang biru, pokok-pokok tumbuh subur dengan daun yang kehijauan. Justeru, sebagai kanak-kanak,kesedaran perlu dipupuk dari awal lagi supaya alam kita terjaga oleh generasi yang akan datang. Bahkan, struktur kereta juga menunjukan perkembangan teknologi yang menjadi simbol kepada kecanggihan teknologi.

Namun kebanyakan lukisan pada peringkat ini dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Berdasarkan lukisan yang dilukis oleh kedua-dua murid ini didapati fokus yang diberi tumpuan ialah pada bahagian rumah. Lukisan yang dihasilkan lebih bersifat hiasan atau dekoratif. Ini menunjukkan bahawa mereka sukakan kecantikan dan baginya untuk nampak cantik hiasan di kawasan rumah adalah sangat penting. Pada peringkat ini sebenarnya kanak-kanak telah mula mengaitkan imej yang dilukis dengan warna.

Walaupun karya ini sederhana, iaitu hanya menggunakan objek-objek asas tetapi dengan komposisi dan pemilihan objek yang tepat memberikan kesan yang menarik untuk kanak-kanak seusia ini. Oleh itu, sebagai generasi muda yang bakal memipin negara kita kelak, kesedaran daripada peringkat awal perlu diambil.
5 – 6 tahun

Berdasarkan kajian yang dilakukan, saya telah mengkaji lukisan kanak-kanak dengan memberi tugasan kepada murid prasekolah yang bertajuk keluargaku. Saya dikhendaki untuk membuat apresiasi berdasarkan teori Feldman kepada empat cabang.

Pada cabang yang pertama, iaitu deskripsi iaitu kedua-dua murid banyak menggunakan unsur seni  seperti rupa.  Terdapat banyak rupa geometri seperti  segi empat sama sisi,  dan bulatan. Manakala, murid menggunakan warna-warna asas seperti warna primer, iaitu, merah biru dan kuning. Latar belakang kedua-dua karya ini berwarna putih. Walaupun mempunyai masalah, Zhahin Nabhkhan yang mempunyai penyakit autism juga mampu melakukan lukisan seperti kanak-kanak normal. Unsur garisan juga banyak diaplikasikan dalam karya ini dan rupa yang terkawal.

Manakala dari segi analis pula, objek rumah dipilih sebagai subjek utama oleh kedua-dua murid bertepatan dengan soalan yang diberikan oleh saya kepada mereka.kedua-dua lukisan ini menggunakan media pensil serta pensil warna untuk menaikkan seri karya ini walaupun hanya warna sekata dan tiada ton warna. Warna-warna terang seperi merah, kuning digunakan untuk menggambarkan kecerian. tahun kanak-kanak telah dapat melukis gambar manusia dengan rupa bentuk yang boleh difahami terutama oleh orang dewasa yang melihatnya. Merujuk kepada gambar ini bentuk kepala masih lagi tidak dapat dalam bentuk yang sepatutnya kerana mereka masih dalam kategori menghasilkan contengan secara tidak terkawal. Walau bagaimanapun , kanak-kanak ini dapat melukis tangan dan kaki dalam kedudukan yang betul walau hanya sekadar bentuk garisan tetapi tetap masih difahami oleh sesiapa yang melihatnya

Kanak-kanak ini telah mula melukis rambut pada figura manusia mereka. Ini menunjukkan satu perkembangan artistik kanak-kanak telah berlaku. Terdapat juga penambahbaikan dalam lukisan leher, kaki dan tangan figura jika dibuat perbandingan dengan figura kanak-kanak yang sebelumnya. Lukisan pada kanak-kanak berusia 6 tahun selalunya telah kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Oleh itu, kita dapati gambar yang dilukis oleh murid-murid ini menampakkan gambaran bahagian kepala dengan rambutnya dan pakaian. Walaupun demikian mereka masih tidak dapat membuat keseimbangan antara bahagian kepala dan badan

Seterusnya ialah interpretasi,  wajah-wajah ahli keluarga yang gembira dapat dilihat melalui gambaran lukisan yang dihasilkan.  Selain itu juga, komposisi lukisan ini dilukis mengikut ketinggian bertujuan untuk memaparkan setiap ahli keluarga mengikut umur masing-masing. Dapat dilihat bahawa kedua, dua murid ini menggambarkan ibu bapa mereka lebih tinggi daripada mereka. Mereka menghasilkan lukisan dengan jujur apa yang dilihat oleh mereka sendri. Terdapat juga nilai kasih sayang yang  ingin disampaikan melalui kedua-dua karya ini merupakan kehidupan yang dialami bagi insan yang begelar anak.   Mereka sering melukis imej orang, kerana ia merupakan imej terpenting bagi mereka. Malah kaki dan tangan juga merupakan imej yang penting kerana bagi mereka kaki penting untuk berjalan dan tangan penting untuk mereka makan.Pada peringkat ini lukisan mereka berciri simbolik di mana simbol –simbol tersebut mewakili sesuatu objek

Walaupun karya ini sederhana, namun, lukisan ini merupakan hasil seni yang paling jujur dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendri. Oleh itu, kasih sayang dan kebahagian sesebuah keluarga juga dapat dilihat daripada lukisan kanak-kanak. Kemahiran kawalan garisan dapat ditingkatkan lagi dengan usaha dan latihan yang sering dilakukan.




Terbaru Lebih lama