PERBEZAAN KLSR DAN KBSR


Akta Pelajaran 1961 telah membentuk sebuah sistem yang dikenali sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) merupakan asas atau panduan pengajaran didalam bilik darjah. Antara matapelajaran yang terkandung dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) iaitu Lukisan dan Pertukangan Tangan yang kini dikenali sebagai Pendidikan Seni Visual. Namun Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mempunyai beberapa kekurangan pada isi kandungannya yang membosankan serta membebankan para pelajar.

Seterusnya, pada tahun 1982, Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan pada 350 buah sekolah sebagai satu percubaan kedapa perubahan pendidikan. Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) dibuat bagi mengantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Bagi memperkukuhkan Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR), penambahbaikkan telah dibuat bagi memantapkan isi kandungan yang terkandung pada Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) supaya dapat dilaksanakan pada setiap sekolah yang berada dalam Malaysia. Dalam Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar kepada Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual termasuklah di dalam bidang perkembangan diri individu di dalam komponen kesenian.

Matlamat KLSR ialah untuk melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Berbeza pula dengan matlamat KBSR yang mendalam iaitu pertama, melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kedua, membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kea rah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akhir, penerapan asas- asas dalam pendidikan seni visual seperti asas dalam seni reka, prinsip- prinsip rekaan dan lakaran asas dalam pendidikan seni.

KLSR yang digubal kepada KBSR bagi memastikan murid - murid mencapai 10 objektif yang telah dibentuk dalam KBSR Pendidikan Seni Visual iaitu menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, pendidikan seni visual sekolah rendah, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. Tetapi kandungan objektif KLSR tidak mengandungi semua aspek yang terdapat pada KBSR. Antara persamaan objektif KLSR dan KBSR ialah mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni melalui lukisan dan kemahiran pertukangan sahaja tetapi tidak merangkumi keseluruhan bagi bidang seni visual.

Seterusnya ialah isi kandungan KLSR iaitu isi kandungan pelajaran kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. Keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Seterusnya, isi kandunganya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecermelangan kerohanian.

Berbeza pula dengan KBSR yang lebih menumpukan kepada empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Bagi bidang menggambar ia merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan seperti lukisan, catan, kolaj, capan, poster dan banyak lagi. Manakala membuat corak dan rekaan pula membolehkan seseorang murid itu mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian seperti corak tidak terancang dan corak terancang. Seterusnya membentuk dan membuat binaan pula adalah satu ilmu untuk perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Akhir sekali iaitu mengenal kraf tradisional dengan memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.

Pendekatan PSV KBSR merangkumi empat aspek utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan keratif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah, menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Bagi pendekatan KLSR yang sama dengan kandungan pendekatan KBSR iaitu Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan tetapi tidak melibatkan kritis dan kreatif. Ia hanya satu proses membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah dalam pertukangan.
Terdapat perbandingan antara KLSR dan KBSR. Pertamanya, dapat dilihat bahawa KLSR lebih mementingkan kepada isi kandungan berbanding dengan KBSR yang lebih bercorak pendidikan asas serta lebih mengutamakan kemahiran-kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Malahan, KLSR juga berpusatkan kepada guru iaitu dengan guru memainkan peranan utama sebagai tenaga pengajar di dalam kelas tanpa interaksi dua hala antara murid dan guru. Justeru dengan penambahbaikan dalam sistem KBSR maka wujudlah penambahbaikan iaitu dengan menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti di dalam kelas serta berpusatkan kepada murid tersebut.

Seterusnya ialah dalam KLSR proses pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara formal dan fleksibel dan membuatkan kurung tumpuan daripada murid. Oleh yang demikian KBSR telah memasukkan bahan dan proses pengajaran pembelajaran dirancang mengikut umur, kebolehan serta minat dengan menggunakan daya kreativiti guru untuk meningkatkan tahap pemahaman murid. Malahan dengan aktiviti ini, pelajar yang kreatif dan kritis dapat dibentuk kelak.


            Perbezaan individu  dalam KLSR kurang dititikberatkan, justeru dengan adanya KBSR perbezaan individu diberi perihatian yang lebih mengikut kebolehan individu supaya objektif dapat dicapai. Dalam KLSR juga, semua murid diberi rancangan pelajaran yang sama. Hal ini mengakibatkan murid yang sederhana atau lemah tidak dapat mengikuti pelajaran sehingga hilang minat terhadap pelajaran dan seterusnya hampir- hampir menjadi buta huruf. Wujudnya kBSR untuk membantu dengan adanya Program pemulihan disediakan untuk mengembangkan kebolehan murid.

Sukatan pelajaran KLSR amat rigid dan kadang kala menegaskan sesuatu aspek kemahiran sahaja. Manakala, pendekatan integrasi dalam KBSR membolehkan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dalam satu mata pelajaran. Terlalu banyak mata pelajaran di peringkat awal membebankan pembelajaran berbanding KBSR yang menumpukan penyerapan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain kepada pelajaran bahasa untuk mengurangkan beban pelajar.


KLSR menfokuskan kepada Pengajaran berasaskan cara kelas. Manakala KBSR, Proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti mementingkan cara kumpulan dan cara individu. Akhir KLSR mengutamakan kegunaan buku teks dan kapur, tetapi sedikit alat bantuan mengajar yang lain berbanding KBSR yang Penggunaan buku teks dikurangkan tetapi rujukan dan alat mengajar dipelbagaikan.
Terbaru Lebih lama