Membanding Perbezaan Psv KLSR Dan KBSR Daripada Aspek Persamaan Dan Perbezaan Matlamat, Objektif, Isikandungan Serta Pendekatan.

Akta Pelajaran 1961 telah membentuk sebuah sistem yang dikenali sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) merupakan asas atau panduan pengajaran didalam bilik darjah. Antara matapelajaran yang terkandung dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) iaitu Lukisan dan Pertukangan Tangan yang kini dikenali sebagai Pendidikan Seni Visual. Namun Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mempunyai beberapa kekurangan pada isi kandungannya yang membosankan serta membebankan para pelajar.

Seterusnya, pada tahun 1982, Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan pada 350 buah sekolah sebagai satu percubaan kedapa perubahan pendidikan. Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) dibuat bagi mengantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Bagi memperkukuhkan Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR), penambahbaikkan telah dibuat bagi memantapkan isi kandungan yang terkandung pada Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) supaya dapat dilaksanakan pada setiap sekolah yang berada dalam Malaysia. Dalam Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah (KBSR) Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar kepada Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual termasuklah di dalam bidang perkembangan diri individu di dalam komponen kesenian.

Melalui matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual dan penerapan asas- asas dalam pendidikan seni visual seperti asas dalam seni reka, prinsip- prinsip rekaan dan lakaran asas dalam pendidikan seni. tetapi bagi KLSR matlamatnya tidak merangkumi aspek yang dinyatakan oleh KBSR. Bagi persamaan matlamat KBSR dengan KLSR adalah melalui kandungan matlamat KBSR iaitu, Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini sama seperti yang terkandung pada KLSR, iaitu menginginkan setiap murid mampu menguasai kemahiran-kemahiran seni pertukangan dan menghargai warisan seni yang dimiliki.

KLSR yang digubal kepada KBSR bagi memastikan murid- murid mencapai 10 objektif yang telah dibentuk dalam KBSR Pendidikan Seni Visual iaitu menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, pendidikan seni visual sekolah rendah, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. Tetapi kandungan objektif KLSR tidak mengandungi semua aspek yang terdapat pada KBSR. Antara persamaan objektif KLSR dan KBSR ialah mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni melalui lukisan dan kemahiran pertukangan sahaja tetapi tidak merangkumi keseluruhan bagi bidang seni visual.

Isi Kandungan kurikulum PSV KBSR melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang mencakupi tiga aspek iaitu pemerhatian yang aktif dan terperinci, interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan serta penghayatan karya seni dan alam sekitar. Kurikulum PSV KBSR ini disusun dalam empat bidang kegiatan utama iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Menggambar ialah merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan seperti lukisan, catan, kolaj, capan, poster dan banyak lagi. Manakala membuat corak dan rekaan pula membolehkan seseorang murid itu mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian seperti corak tidak terancang dan corak terancang. Seterusnya membentuk dan membuat binaan pula adalah satu ilmu untuk perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Akhir sekali iaitu mengenal kraf tradisional dengan memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Bagi KLSR juga mengandungi aspek-aspek ini tetapi tidak secara keseluruhan, ia lebih menumpukan pada kemahiran pertukangan yang diwarisi sebagai kebudayaan.

Pendekatan PSV KBSR merangkumi empat aspek utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan keratif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah, menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Bagi pendekatan KLSR yang sama dengan kandungan pendekatan KBSR iaitu Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan tetapi tidak melibatkan kritis dan kreatif. Ia hanya satu proses membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah dalam pertukangan.

Akhir sekali perbandingan yang jelas bagi kandungan yang terdapat pada KBSR iaitu corak pendidikan asas seni. seterusnya PSV KBSR juga mengutamakan kemahiran-kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira serta menggalakkan penglibatan murid dan aktiviti berpusat kepada murid. Selain itu guru psv juga perlu memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu dan menyediakan program pemulihan disediakan untuk mengembangkan kebolehan murid. Kadungan yang terpenting dalam PSV KBSR ialah pendekatan integrasi membolehkan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dalam satu mata pelajaran dan penyerapan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran lain kepada pelajaran bahasa untuk mengurangkan beban pelajar. Manakala bagi perbandingan KLSR dengan KBSR ialah isinya yang keterlaluan dalam isi kandungan serta yang banyak dan mengabaikan kemahiran asas. KLSR juga hanya berpusat kepada guru sebagai rujukan dalam semua hal benda serta guru kurang memberi perhatian kepada penumpuan potensi individu untuk diperkembangkan. Sukatan KLSR ini lebih kepada pelajaran aspek kemahiran sahaja serta tidak mengikut tahap kesukaran yang mampu bagi murid-murid.
Terbaru Lebih lama