Menampar
Bola (dribble)
Menampar
bola (dribble) merupakan suatu pergerakkan melantun bola ke tanah secara
berterusan dengan menggunakan sebelah tangan atau bertukar tangan tanpa
memegang bola.Kemahiran ini penting bagi membolehkan pemain bergerak dengan membawa
bola dari setempat ke setempat. Pergerakan menerusi kemahiran ini adalah lambat
dan tidak digalakkan dalam permainan kecuali jika terpaksa atau dalam keadaan
terdesak. Menampar bola yang berkesan memerlukan pemain mengawal bola secara
rapat dan dapat menolak bola ke arah padang dengan jari terbuka luas. Semasa
bergerak dengan pantas , pemain hendaklah menolak bola dengan baik ke depan.
Seperti kemahiran lain, mengelecek juga memerlukan latihan.
Dalam
melakukan kemahiran ini pemain tidak dibenarkan memegang bola, kerana jika dia
sudah memegangnya, bola hendaklah dihantar kepada rakan atau sebarang tindakan
selanjutnya. Kemahiran ini juga penting untuk dipelajari. Tujuannya adalah
untuk menggerakkan bola, yakni bersama pemain ke tempat atau ruang yang dikehendaki.
Walau bagaimanapun pergerakan bola menerusi kemahiran ini juga tidak sesuai
kerana lambat. Atas alasan inilah pemain baru tidak digalakkan melakukan
kemahiran ini dalam permainan, kecuali pemain itu tidak ada cara lain atau
terdesak untuk bertindak sedemikian.
Satu
perkara yang harus diberi perhatian dalam melakukan pergerakan menampar bola
ini ialah pengawalan bola yang berkesan. Pengawalan bola yang berkesan ialah
membawa bola agak rapat kepada pemain. Semasa bergerak dengan pantas, pemain hendaklah
menolak bola dengan sempurna ke hadapan sambil mata ditumpukan kepada rakan
yang akan dihantarkan bola itu serta pemain-pemain pasukan lawan yang sudah
tentu akan cuba membuat hadangan. Dalam melakukan kemahiran ini, pemain
hendaklah memastikan bola dapat dikawal dengan baik.
Kemahiran ini berkesan dalam
3 situasi :
•
Bergerak pantas apabila ada peluang bergerak
berseorangan.
•
Satu lawan satu
•
Pemain tidak dapat membuat hantaran selepas
menerima bola
Teknik kemahiran :
• Lutut
dibengkokkan lebih kurang 120° dengan imbangan badan yang terkawal.
• Menyentuh
tangan pada bahagian atas bola manakala jari sentiasa terbuka.
• Melakukan
lantunan bola dengan jari dan bukan dengan tapak tangan.
• Menolak
bola ke tanah dengan pergerakkan pada pergelangan tangan.
• Badan
hendaklah dibongkokkan sedikit ke hadapan.
• Hendaklah
fokuskan penglihatan pada hantaran yang akan dibuat dan bukan pada bola .
• Tinggi
lantunan hendaklah pada paras sederhana iaitu antara pinggang dan lutut.
• Untuk
membuat hadangan, badan pemain hendaklah sentiasa berdepan dengan pihak lawan
Menampar
bola pantas :
• Bengkokkan
lutut
• Beban
badan diletakkan ke bahagian depan kaki.
• Tolak
bola ke depan sambil melangkah ke depan.
• Gunakan
jari untuk mengawal bola.
• Mengawal
bola supaya tidak menghala ke arah yang boleh mengganggu kelajuan
Menampar
bola belakang badan :
• Bersedia
dengan lutut dibengkokkan dan kepala tegak.
• Lantun
bola ke belakang apabila kaki bergerak ke depan.
• Tolak
bola itu supaya melantun dari belakang ke depan.
• Tukar
tangan dan kepantasan menggelecek apabila bola telah dilantun ke depan.
• Guna
jari untuk mengawal bola supaya maju ke depan.
Perkara
penting menampar bola
Bagi memudahkan pemahaman pemain dalam
kemahiran menggelcek ini, berikut adalah beberapa perkara penting yang boleh
dijadikan panduan:
·
Pemain hendaklah mengelak daripada memandang
bola yang dikawal.
·
Pemain hendaklah mengelakkan daripada
menggelecek terlalu lama atau terlalu jauh.
·
Pemain hanya boleh melakukan pergerakan
menggelecek pada waktu-waktu tertentu dan sesuai sahaja.
·
Pemain boleh menggunakan berbagai jenis-jenis
menggelecek untuk mengelirukan lawan dalam usaha mengawal dalam usahanya
mengawal bola.
·
Pemain hendaklah mampu menghalang pemain
lawan daripada percubaan untuk merampas bola.
·
Pemain hendaklah memastikan ketinggian bola
pada aras diantara pingggang dengan lutut.
·
Pemain hendaklah berusaha melawan serta
mengawal bola. Tangan yang tidak menyentuh bola hendaklah sentiasa menjadi
penghalang kepada pihak lawan.
Aktiviti Kemahiran
Aktiviti 1
• Setiap
pemain memegang sebiji bola.
• Pemain
diminta menampar secara lurus.
Aktiviti 2
• Sebiji
bola diperlukan.
• Pemain
akan bergerak mengikut anak panah.
• Bola
akan bertukar tangan apabila sampai kepada rakan yang menunggu.
Aktiviti 3
• Sebiji
bola digunakan.
• Pemain
diminta untuk mengelecek secara zig zag.
Permainan Kecil
Aktiviti
1 : Polis sentry
•
Setiap pelajar dikehendaki mencari pasangan
yang sama saiz.
•
Pemain A akan menjadi polis dan pemain B akan
menjadi pencuri.Pemain A akan mengejar pemain B sama ada menangkap atau
menyentuh badan pemain B.
•
Pemain B dikehendaki menampar bola atau
mengelak daripada pemain A yang mengejarnya.
•
Jika pemain B telah tertangkap atau disentuh,
pemain A akan bertukar kedudukan dengan pemain B.
Aktiviti
2 :
•
Bahagikan murid dalam dua kumpulan.
•
Aturkan kumpulan murid di kedua-dua sisi
gelanggang.
•
Letak 2 buah kon di tengah gelanggang seperti
dalam rajah.
•
Murid akan menampar bola menuju ke sebelah
luar kon seolah-olah hendak melepaskan diri dengan arah tersebut.
•
Tukar arah secara tiba-tiba dan menggelecek
bola dengan lakukan menampar bola putar balik ke belakang untuk melepasi kon
tersebut dari dalam.
Aktiviti
3:
•
Murid menampar bola dari hujung gelanggang
mengikut garisan sisi ke tengah gelanggang.
•
Sebaik saja tiba di tengah gelanggang, hantar
bola kepada murid X1 yang
•
berada di sudut pepejuru gelanggang.
•
Teruskan larian menuju ke sudut 45 darjah dan
terima bola dari murid X1
•
tadi, menggelecek melepasi rintangan dan
lakukan jaringan layang.
•
Dapatkan ambul dan menampar bola ke tepi,
lalu hantar bola kepada murid X2 yang berada dalam bulatan tengah gelanggang.
•
Teruskan larian dan terima hantaran dari
murid X2, lalu menggelecek bola melepasi rintangan dan melakukan jaringan
layang.
Aktiviti
4 : Lampu Merah Lampu Hijau
• Setiap
murid mempunyai bola dan berdiri di hujung gelanggang.
• Jurulatih
berdiri di sebelah hujung gelanggang dan beliau akan sebut “Lampu Merah” atau
“Lampu Hijau”.
• Murid
boleh menampar bola ke arah jurulatih bila jurulatih sebut “Lampu Hijau”.
• Murid
akan berhenti apabila jurulatih sebut “Lampu Merah” sementara itu dia akan
pusing ke belakang dan memerhati murid yang tidak berhenti.
• Murid
yang tidak berhenti apabila jurulatih sebut “Lampu Merah” akan disuruh bermula
dari tempat permulaan.
• Semua
murid cuba habiskan perjalanan ke sebelah hujung gelanggang.Variasi
• Pilih
murid untuk ambil tempat jurulatih.
• Jurulatih
sebagai pemerhati yang berdiri di tepi gelanggang.
• Sebutan
“Lampu Merah” dan “Lampu Hijau” boleh diubah suai. Contoh: gunakan wisel.
Aktiviti
5 : Musical Hoop
• 10 orang
atau lebih pemain diperlukan untuk permainan ini.
• Setiap
murid dikehendaki bergerak dengan sebiji bola dengan alunan
• muzik.
Apabila muzik dimatikan, murid perlu membawa bola ke dalam gelung yang telah
disediakan. Pastikan jumlah pemain mesti lebih daripada gelung rotan yang disediakan.
(rujukan seperti permainan musikal chair)
• Pemain
yang tidak masuk ke dalam gelung dikira kalah.
• Gelung
rotan akan dikeluarkan satu persatu sehingga pemenang dijumpai.
Aktiviti
5 : Bola Baling Mini
• 10
orang atau lebih pemain diperlukan untuk permainan ini.
• Murid
akan bermain seperti biasa di zon A.
• Pemain
akan cuba masuk ke zon pihak lawan ( zon B & C ).
• Apabila
pemain sudah melepasi halangan pihak lawan, pemain akan menampar bola mengikut
kon dan akan mendapat mata bagi pasukannya.
Aktiviti
6 : Menampar dan Sentuh bola
• Setiap
murid mempunyai bola dan mesti sentiasa menampar bola.
• Seorang
murid sebagai “IT” ia akan cuba sentuh murid lain. Dia tidak dibenarkan sentuh
murid lain apabila dia tidak dapat mengawal bola sendiri
• Murid
yang kena sentuh tidak dibenarkan sentuh balik murid “IT”.
• Apabila
“IT” cuba sentuh seorang murid dan murid itu tidak dapat mengawal bola adalah
dikira dia telah disentuh.
• Murid
yang kena sentuh akan jadi “IT” dan teruskan permainan ini.
• Variasi
• Murid
mengambil giliran sebagai “IT”.
• Hadkan
masa untuk menentukan siapa yang banyak menyentuh murid lain.
• Tukar
“IT” apabila disentuh.
Aktiviti
7 : Pacman
• Gunakan
separuh gelanggang.
• Pilih
dua atau tiga orang Pacman.
• Murid
lain mempunyai bola masing-masing.
• Semua
murid akan cuba menampar bola dalam kawasan permainan.
• Pacman
cuba sentuh murid yang menampar bola.
• Apabila
disentuh, murid akan “dibekukan”. Dia tidak boleh bergerak lagi.
• Dia
berdiri dengan kaki kangkang dan pegang bola di atas kepalanya.
• Murid
lain akan cuba menyelamatkan murid yang “dibekukan” dengan
• menggelecek
bola melalui kedua belah kakinya.
• Murid
yang tidak dapat mengawal bola dikira telah disentuh dan dia “dibekukan”.
• Tentukan
tangan yang boleh digunakan apabila menggelecek bola.
• Pacman
dibenarkan mengguna sebelah kaki sahaja.
• Tentukan
bilangan murid yang hendak “dibekukan” dalam masa yang tertentu.
Aktiviti
8 : Space Raiders
• Bahagikan
murid kepada tiga kumpulan.
• Kumpulan
murid mempunyai bola masing-masing.
• Kumpulan
yang tidak mempunyai bola akan jadi “Raiders”.
• “Raiders”
akan cuba curi bola daripada murid kumpulan yang ada bola.
• Kumpulan
yang ada bola cuba menampar bola untuk mengelakkan daripada dicuri oleh
“Raiders”.
• Murid
yang hilang bola akan jadi “Raiders”.
• Menentukan
tangan yang boleh digunakan untuk menampar bola.
• Hadkan
masa untuk merebut bola dan menentukan pasukan yang menang.
Aktiviti
9 : Lari Berganti-ganti Menampar Bola
• Semua
pasukan berbaris di tempat masing-masing.
• Bola
dipegang oleh nombor 6.
• Apabila
isyarat ‘Mula’ diberi, nombor 6 menghulurkan bola ke belakang kepada nombor 5
melalui atas kepala dan tidak boleh dibaling.
• Sebaik
sahaja nombor 4 mendapat bola, dia akan menampar bola itu mengelilingi semua barisan itu dan selepas
itu berdiri di hadapan nombor 6. Bola dihulur ke belakang semula.
• Setelah
nombor 6 kembali ke tempatnya dalam barisan, dia akan mengangkat bola di atas
kepalanya sebagai tanda pasukannya sudah selesai.
• Pemenang
adalah pasukan yang awal sekali tamat pusingannya.
• Semasa
menampar bola boleh dihadkan dengan sebelah tangan kiri
• atau
kanan sahaja.
Rujukan
Abdul Hafidz Bin Haji Omar,
Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003) Pendidikan Jasmani Dan
Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Malaysia: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Sofian Omar Fauzee
(2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma Publications Sdn. Bhd.
Rujukan Elektronik
Dr. Paul Webb, Dr. Phil
Pearson, Greg Forrest
Teaching Games for
Understanding (TGFU) in primary and secondary physical education.
http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf
Accessed on 24 September 2012