| 
ARCA (i) | 
ARCA (ii) | 
ASSEMBLAJ | 
MOBAIL | 
| 
1.  
  Definisi 
Ä Ciptaan berbentuk 3 demensi.
  Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. 
Ä Bahasa latin “sculpere” bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan
  menguris. 
Ä Selalunya arca dapat dilihat di
  galeri, Taman permainan dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong
  seperti di muzium dan Tugu Peringatan. | 
2.  
  Ciri-ciri arca yang baik 
Ä Bentuk arca menepati tema dan topik. 
Ä Bahan binaan arca sesuai dengan
  tujuan hasilan. 
Ä Memastikan ia kuat, kukuh dan
  selamat. 
Ä Kepelbagaian bahan dapat diadun atau
  dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik. 
Ä Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan
  seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang
  menarik. 
Ä Asli, unik dan berketerampilan. 
3.  
  Proses penghasilan arca 
Ä Memerhati, mengenali, dan memahami
  bentuk dan ruang objek 
Ä Melakar anatomi objek untuk
  mendapatkan penampilan imej yang terbaik dan terancang,  
Ä Memilih satu lakaran yang terbaik
  dan relevan dengan perancangan menghasil arca. 
Ä Membuat prototaip. 
Ä Membuat arca sebenar.  
Ä Membuat kemasan dan menetukan ruang
  untuk peragaan. 
4.  
  Asas-asas membentuk dan membuat binaan 
Ä Bentuk 
Ä Ruang 
Ä Struktur 
Ä Imbangan 
Ä Kestabilan 
Ä Penggunaan bahan 
Ä
  Teknik | 
1.  
  Definisi 
Ä Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan
  yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang
  menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan
  pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk
  tiga dimensi. 
2.  
  Tokoh 
Ä Marcel Duchamp/Raja Shahriman 
3.  
  Ciri-ciri 
Ä Kuat, kukuh dan selamat 
Ä Bebas dari segi penggunaan
  bahan/media(selalunya baahan buangan) 
Ä Menggunakan lebih daripada satu
  bahan 
4.  
  Cara penghasilan/Teknik 
Ä Bahagian yang berasingan dicantumkan
  dan dijadikan bentuk yang menarik. 
Salah seorang
  pengarca bagi kategori arca asemblaj ialah Marchel Duchamp. Duchamp
  dilahirkan pada tahun 1887 Blainville, Perancis. Duchamp bermula dengan
  menghasilkan karya dalam bidang ‘ painting ‘ dalam tahun 1908. Duchamp
  menceburi bidang penghasilan arca dan berjaya menghasilkan karya terunggul
  dalam abad ke – 20 iaitu penciptaan secara seni tangan dan penghasilan karya
  daripada bahan-bahan terbuang. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘
  Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya
  dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan
  yang terdapat di rumah. 
Imej replika
  arca asemblaj ‘ Bicycle Wheel ’ 
                   Penelitian yang dibuat
  melalui maklumat yang diperolehi daripada internet menunjukkan bahawa alat
  yang digunakan dalam menghasilkan arca ini agak mudah iaitu menggunakan alat
  pertukangan dan bahan yang digunakan ialah rim basikal yang diambil daripada
  bahan-bahan terbuang.  Teknik pembuatan
  arca ini agak mudah yakni hanya menggunakan bahan terbuang sedia ada, cuma
  diolah dengan menggunakan kreativiti sendiri. Persembahan karya ini pada
  pengamatan saya walaupun nampak mudah namun mempunyai nilai estetika yang
  tinggi. Maksud tersirat pada arca ini hanya diketahui oleh pembuatnya sahaja | 
1.  
  Definisi 
Ä Mobail merupakan hasil cantuman dari
  pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan
  menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca
  Kinetik . 
2.  
  Tokoh 
Ä Alexander Calder 
3.  
  Ciri-ciri 
Ä Mobail biasanya digantung di atas
  siling. 
Ä Bahagian mobail dicantumkan pada
  sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. 
4.  
  Cara penghasilan 
Ä Bahagian arca dicantumkan pada sendi
  untuk membolehkan ia bergerak, berputar atau berombak. 
Pengarca seterusnya yakni dalam bidang arca mobail
  ialah Alexander Calder. Beliau dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia,
  Amerika Syarikat. Bapa dan datuk beliau merupakan pengarca terkenal waktu
  itu. Selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan, beliau bekerja dalam
  pelbagai bidang sebelum menceburi bidang kesenian pada tahun 1923. Beliau
  banyak menghasilkan kerja-kerja lukisan sebelum menceburi bidang arca mobail
  selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilan karyanya dipamerkan dalam
  pameran pertama bidang arca mobail di Amerika Syarikat. Salah satu arca
  mobail yang dihasilkan bertajuk “ Horizontal Spines ” 
                      Pada
  pengamatan saya, arca mobail ciptaan Calder ini merupakan arca yang agak unik
  dan tersendiri. Beliau berjaya mengolah bahan-bahan terbuang yang terdapat
  disekeliling seperti gelungan dawai untuk membentuk arca sedemikian. Alat
  yang digunakan dalam menghasilokan arca ini mungkin terdiri daripada
  alat-alat pertukangan tangan seperti payar, pemotong besi dan alat kimpalan.
  Persembahan karya memerlukan penerangan yang agak kritis dalam menyakinkan
  penonton tentang maksud tersirat pada arca ini. Apabila arca ini digantung,
  ia akan berpusing secara mendatar. | 
| 
STABAIL | 
KREATIVITI (i) | 
KREATIVITI (ii) | 
KREATIVITI (iii) | 
| 
1.  
  Definisi 
Ä Stabail ialah satu binaan seperti
  mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya
  membuatkan ia boleh bergerak.  
2.  
  Tokoh 
Ä Jean Tinguely 
3.  
  Ciri-ciri 
Ä Berbentuk abstrak dan realis 
Ä Statik, kukuh dan mantap 
4.  
  Cara penghasilan 
Ä Bahan kutipan dicantumkan secara
  kasar 
Ä Mempunyai stand yang membolehkan ianya bergerak tetapi tidak terawang-awang 
Pengarca
  seterusnya yakni dalam bidang arca stabail ialah Jean Tinguely. Beliau
  dilahirkan di Swistzerland pada tahun 1925. Selepas tamat persekolahan beliau
  menceburi bidang perniagaan. Beliau meminati bidang seni semasa beliau
  belajar di Basle antara tahun 1941 – 1945. Tinguely mula membuat eksperimen
  berkaitan penerokaan ruang melalui penghasilan arca menggunakan motor
  elektrik. Pembabitan secara serius dalam penghasilan arca bermula apabila
  beliau berhijrah ke Perancis dan bercampur dengan beberapa tokoh seni di
  sana. Salah satu arca stabail yang dihasilkan bertajuk “ Homeage New York: A
  Self Construction and Self Destroying Work of Art ”  
                   Jika hendak dibandingkan
  dengan arca-arca lain yang diterangkan di atas, arca ini merupakan arca yang
  paling rumit dihasilkan. Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan arca
  ini adalah terdiri daripada pelbagai bahan terbuang. Tinguely berjaya
  mengolah bahan-bahan berkenaan menggunakan alatan kimpalan. Beliau
  menggunakan teknik olah, susun, cantum dan lekat dalam menghasilkan arca ini.
  Persembahan karya arca ini memerlukan penerangan yang teliti oleh pengarca
  dan pemerhatian yang teliti oleh penonton untuk memahami maksud tersirat pada
  arca ini.       | 
1.  Definisi 
Ä
  Latin ”creare” membawa
  maksud ”membuat” 
Ä
  Greek ”creare”
  bermaksud ”memenuhi”. 
Ä
  Kamus Dewan(2002)
  mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya
  kreatif dan kekreatifan. 
2.  Ciri-ciri Kreativiti 
Ä
  Fluency 
Ä
  Originality 
Ä
  Flesibility 
Ä
  Elaboration 
Ä
  Sensitivity 
3.  Aktiviti meningkatkan kreativiti 
Ä
  Menggalakkan daya
  cipta 
Ä
  Kerja secara bebas 
Ä
  Baru dan unik 
Ä
  Perbincangan dan
  kritikan 
Kreativiti intuitif=kreativiti spontan melalui
  penambaikan 
Kreativiti analitik=apa yg kita guna utk tujuan
  ttentu. Menggabungkan k.intuitif n k.analitik | 
4.  Pendapat tokoh 
Ä
  Paul Torrance(1974) (bapa kreativiti) 
Kreativiti sebagai proses yang mana seseorang
  menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur
  yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya. Strategi meransang kreativiti: 
Soal-meransang daya berfikir/ingin tahu 
Temu-menggalakkan penemuan baru dalam
  kajian 
Perhati-guna pelbagai deria untuk
  mengetahui sesuatu 
Cuba- bereksperimentasi sehingga dapat hasil
  terbaik 
Teroka-eksplorasi persekitaran 
Manipulasi-bagaimana bahan sekeliling dpt jadi
  karya 
Bermain-bermain untuk tujuan pembelajaran 
Ä
  Carl Rogers  
5 faktor mendorong kreativiti dalam bidang seni/
  sains. 
§
  keterbukaan dan
  fleksibel kepada pengalaman 
§
  menikmati kehidupan
  yang dialami 
§
  menghargai diri
  sendiri 
§
  mengamalkan kebebasan 
§
  menjadi individu yang
  peka dan sensitif dengan persekitaran | 
Ä
  Fisher (1943) 
5 peringkat dalam Pemikiran Kreatif; 
§
  Rangsangan – beri soalan
  kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu 
§
  Penerokaan – pelajar cuba
  mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif akan
  cuba pelbagai cara, gaya, teknik. 
§
  Perancangan – melalui
  perancangan secara verbal & visual 
§
  Aktiviti – lakukan
  tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan ke
  atas cadangan tersebut 
Kajian Semula – membuat
  penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan -
  untuk tujuan penambahbaikan. 
Ä
  Viktor Lowenfeld (1975),  
kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula
  jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. setiap kanak-kanak
  dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi
  kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. | 
| 
KREATIVITI (iv) | 
KREATIVITI (v) | 
APRISIASI | 
PAMERAN | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
Ä
  Menurut Helbert Read, 
 Untuk
  mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada
  bentuk baru memerlukan keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu
  perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan
  daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan
  seni adalah diperlukan. 
Ä
  Fryer 1989 (Fryer 1996)  
Kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses
  separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang
  kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah
  kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari
  kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan
  sehingga terhasilnya suatu produk. | 
Ä
  Edward De Bono(1992)  
Kreativiti adalah bermaksud mewujudkan sesuatu yang
  belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai.  
Ä
  Dunn (1992) 
mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk
  menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko
  dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait
  rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh
  difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.  
Ä
  June King McFee  
mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang
  mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea. | 
Kaedah melihat
  seni 
Ä
  Hedonistik 
§ 
  Pernyataan spontan terhadap sesuatu karya 
§ 
  Tahap suka atau tidak suka lebih bersifat individu dan
  mungkin berubah-ubah  dari satu ketika
  dan situasi yang berlainan 
Ä
  Kontekstualistik 
§  
  Pernyatan merujuk kepada sesuatu aspek 
Ä
  Organistik 
§  
  Cara melihat lebih menumpukan kepada
  aspek formal penghasilan seni  
Ä
  Normistik 
§  
  Merujuk kepada kriteria tertentu 
Ä
  Elektik 
§  
  Bersifat bersepadu dari aras pernyataan suka atau tidak,
  sehingga dapat menyatakan jenis dan kriterianya | 
1.  Pameran yang baik 
Ä
  Merancang dan
  membentuk AJK 
Ä
  Menentukan ruang dan
  tempat 
Ä
  Membuat promosi,
  hebahan dan iklan 
Ä
  Merangka jadual
  pameran 
Ä
  Ada demonstrasi dan
  pertandingan yang menarik 
Ä
  Susun atur karya kemas 
2.  Skop tugasan 
Ä
  Pengerusi 
§
  Penasihat 
§
  mempengerusikan
  mesyuarat 
§
  memastikan program
  yang dirancang dapat berjalan dengan lancar 
Ä
  Setiausaha 
§  
  menyediakan kertas
  kerja program 
§  
  membentuk jawatan
  kuasa 
§  
  menyediakan
  surat-menyurat berkaitan program 
§  
  membuat laporan
  program 
Ä
  Bendahari 
§
  membuat anggaran
  perbelanjaan untuk program 
§
  membuat laporan
  kewangan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
ADOBE PHOTOSHOP (i) | 
ADOBE PHOTOSHOP (ii) | 
ADOBE PHOTOSHOP(iii) | 
PHOTOGRAPHY | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|  | 
 | 
 | 
1.  Peranan dalam proses p&p 
Ä
  Menarik perhatian
  pelajar 
Ä
  Meningkatkan minat
  pelajar 
Ä
  Meransang pemikiran
  pelajar 
Ä
  Meningkatkan kesedaran
  pelajar terhadap pentingnya IT |