Definisi
catan
• Proses melukis
dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu
permukaan.
• Komponen alat dan
media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat
arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan
sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya.
Sejarah
Seni Catan
• Sejarah catan
bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya
menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek
dan fresko.
• Zaman Renaissance
pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad
ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko.
• Pada kurun ke-19 dan
20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.
Aliran-aliran
seni catan di barat
• Klasik
• Barroque
• Romanticisme
• Impressionisme
• Post-Impressionisme
• Ekspressionisme
• Kubisme
• Surelisme
• Seni Pop
Aliran
Klasik
• Aliran ini lahir
pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.
• Figura sebagai
pemusatan tumpuan karya.
• Penumpuan kepada
kadar banding dan anatomi.
• Menggunakan
perspektif,ruang dan unsur seni.
• Karya-karya mendapat
perhatian daripada golongan bangsawan.
• Hal benda yang
dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.
Aliran
Romanticism
•
Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad
ke-18.
•
Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu
keadaan yang berlaku pada zaman itu.
•
Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.
•
Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan
aktiviti figura
•
Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu
gaya zaman klasik.
•
Penggunaan garisan luar yang terang.
•
Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan
gereja dan pemerintahan beraja.
•
Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam
kelam.
•
Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang
berlaku pada zaman itu.
Aliran
Barroque
• Zaman ini dikenali
sebagai zaman renaissance tinggi.
• Barroque membawa
maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
• Karya menumpukan
kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.
• Latar belakang karya
berwarna gelap
• Karya tertumpu
kepada objek
Aliran
Impressionism
•
Aliran muncul pada abad ke-19.
•
Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang
dilihat.
•
Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus
dipalit pada kanvas.
•
Warna bertindih-tindih.
•
Tidak melukid secara detail.
•
Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak
alam.
•
Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi,
petang ,malam.
•
Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
•
Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.
Aliran
Post-Impressionisme
• Realiti itu sentiasa
baru dan tegas
• bukan meniru bentuk
tetapi mencipta bentuk.
• bukan meniru
kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
• melukis imej-imej
yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang
berkait rapat.
• melukis sebagai
pernyataan dan simbol diri.
• perspektif, bentuk
dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
• warna terang dan
gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
Aliran
Kubisme
• Menolak tradisi
catan yang mementingkan objek realiti.
• Menganggap seni
sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
• Cuba menyelesaikan
masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
• Penggunaan
bentuk-bentuk dan satah geometri.
• Seperti pecahan kaca
dan menimbulkan kesan lutsinar.
• Warna yang bertenaga
Aliran
Ekpresionisme
•
Menolak ciri-ciri tradisi klasik
•
Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi
pelukis.
•
Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
•
Penggunaan warna yang dramatik
•
Tidak ada imej yang jelas.
•
Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan
berus.
Aliran
Surelisme
•
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada
ekspresi bawah sedar minda pelukis.
•
Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
•
Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
•
Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
•
Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan
misteri.
•
Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan
dicantum-cantum.
Aliran
Seni Pop
•
Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang
mempengaruhi kotaraya New York dan London.
•
Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.
•
Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
•
Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
•
Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg
besar.
•
Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains
dan teknologi.
LOGO
DEFINASI
- Perkataan logo
ialah singkatan daripada ‘Logogram’.
- Logo merupakan
satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu.
FUNGSI
LOGO
Logo
berfungsi sebagai satu simbol atau tanda pengenalan bagi:
- Pertubuhan
- Persatuan
- Kelab
- Barangan
komersial
- Syarikat
- Perkhidmatan
- Kempen
- Pameran
1.
Logo biasanya dijumpai pada dinding bangunan, kenderaan,
iklan, poster, bungkusan serta bahan-bahan bercetak seperti sampul surat,
kertas surat, invois, kulit depan, faks, memo, resit dan sebagainya bagi
sesuatu syarikat atau pertubuhan.
2.
Bagi sesetengah syarikat yang ternama, logo bukan sahaja
wujud pada segala hasil pengeluaran, bahkan juga pada kad nama dan pakaian
kakitangan serta pekerjanya.
SUMBER
ILHAM CIPTAAN LOGO
Logo
punca fauna
• Flora
• Fauna
• Manusia
• Ciptaan Manusia
• Huruf
• Angka
• Bentuk
Geometri
JENIS-JENIS
LOGO
Terdapat
3 kumpulan jenis logo iaitu:
1. Logo Huruf
2. Logo
Representasi
3. Logo Simbol
LOGO HURUF
•
Logo huruf dikenal sebagai ‘logotype’ atau ‘alphagram’
dalam bahasa Inggeris
•
Dicipta berdasarkan rupa bentuk satu huruf atau angka
sahaja, beberapa huruf yang digabungjalinkan atau beberapa huruf dalam satu
perkataan.
•
Singkatan (initial) yang mewakili sesuatu pertubuhan
dipilih untuk gubahan logo pertubuhan itu.
LOGO
REPRESENTASI
•
Dikenali sebagai ‘pictogram’ dalam bahasa Inggeris.
•
Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam
sekeliling.
•
Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk
menghasilkan imej visual yang ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal
objek itu.
•
Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat
menyampaikan mesej dengan jelas tanpa sebarang penerangan.
LOGO SIMBOL
•
Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapat
menyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa.
•
Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk
mewakili perkara-perkara yang ada perkaitan dengannya.
CIRI-CIRI GUBAHAN LOGO
YANG BERMUTU
• Corak logo
asli, unik dan bermakna.
• Bentuk logo
jelas dipandang dan mudah difahami.
• Mempunyai
mesej yang mudah diingati
• Pilihan warna
yang sesuai dan berkesan
• Ciptaan logo
mempunyai kaitan dengan tajuk dan tema.
• Jika huruf
digunakan, huruf asalnya dapat dikesan.
PELUKIS-PELUKIS SELEPAS MERDEKA
Syed Ahmad Jamal. Dilahirkan pada tahun
1929 di Johor.Beliau menerima pendidikan seni secara fomal di Landon dan
Amerika.Beliau melukis , mengajar , mengolah , menilai , dan menulis serta
dapat menjalankan tanggungjawab yang beraneka dengan baik.Beliau juga pernah
memegang jawatan penting dalam pelbagai pergerakan seni lukis.Antaranya ialah
Pengerusi APS , Presidens Persatuan Pelukis Malaysia , Ketua jabatan Seni Lukis
MPIK dan pengarah balai Seni Lukis Negara
-
Nama pelukis : Syed Ahmad Jamal.
-
Tahun karya dihasilkan : 1959
-
Media : Cat minyak
-
Teknik : Sapuan berus tegas , ruang latar tidak mengandungi cat , bentuk-
bentuk organik berpusar dan berlingkar menimbulkan pergerakan .penggunaan warna
panas yang menunjukkan penegasan , bentuk-bentuk lengkungan
-
Gaya atau aliran : Utas-utas logam yang berbeza tebalnya
seakan-akan mencantumkan dua bentuk besar di kiri dan kanan.
-
Nilai: Idea dua demensi dapat diekpres dalam bentuk tiga
demensi , simbolik yang amat berkesan.
Apresiasi: Karya ini
mempunyai asas seni reka seperti garisan , warna yang garang dan menunjukkan
penegasan , irama dan pergerakan , jalinan , rupa dan bentuk.Karya ini
menunjukkan keadaan yang tegang.
Dzulkifli Buyong menerima pendidikan
seni di Victoria Institutiondari 1961 hingga 1965, belajar di bawah artis VI
terkenal dan guru seni, Patrick Ng, dan merupakan ahli biasa Kumpulan Seni Rabu
.Ketika berusia 19 tahun , beliau telah pun membuat pameran awam dan telah
memenangi banyak hadiah.
Dzulkifli suka melukis kanak-kanak, permainan
berwarna-warni, dan lukisan subjektif tentang sekeliling saya Kecantikan tidak
penting yang lebih baikperkara biasa bahawa orang lain tidak melihat Setiap
hari kejadian, kanak-kanak khususnya, keriangan mereka dan kegembiraan.Jiran
dan kanak-kanak menikmati ketika dia
melukis."
-
Nama Pelukis : Dzulkifli Buyong
-
Tahun karya dihasilkan : 1966
-
Media :Pastel
-
Teknik : Secara bersahaja dalam gaya impresionis manakala
figura yang digayakan mempunyai daya tarikan spontan dan naïf.
-
Gaya atau aliran : Impresionis
-
Tema : Kapal kertas.Budaya tempatan di desa yang memperlihatkan
kehidupan kanak-kanak melayu .
-
Apresiasi: Karya ini menunjukkan keriangan , kenakalan ,
keharmonian dan kegembiraan hidup kanak-kanak yang diterjemahkan riang bermain
dan bergurau dalam persekitaran alam tempatan.
-
amat jelas tergambar
bahawa makna dan mesej yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan keindahan
budaya Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi yang mudah sebagai
contoh situasi kanak-kanak sedang bermain kapal kertas, namun penekanan yang
amat berat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat dijelaskan
adalah karya ini mengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah
persahabatan.Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut
memaparkan nilai persahabatan yang akrab diantara kanak-kanak tersebut yang
mengisi waktu lapang mereka dengan bermain kapal kertas bersama-sama. Didalam
karya tersebut, dilihat, permainan kapal yang diperbuat daripada kertas, yang
menggambarkan permainan kanak-kanak pada masa dahulu, yang hidup dalam serba
kekurangan dan menggunakan alat permainan yang mudah dan objek yang boleh
mereka cipta sendri untuk dijadikan permainan.
-
gaya impressionis.
pelukis menggambarkan kanak2 bermain lipatan kertas utk dijadikan kapal kertas.
digambarkan gaya brsahaj menunujukkn pelukis peka dgn peniruan alam sebenar.
peristiwa bleyh citer lagi pelukis memggambrkan suasana budaya tempatan di
kmpung iaitu melambangkn kanak2 melayu di kmpung dibuktikan dgn pkaian bju
kurung & krtas akhbar tulisan jawi.
PELUKIS-PELUKIS
SEBELUM MERDEKA
Mohamed Hoessein Enas (1924-1995)
datang ke Malaya dari Bogor, Jawa pada tahun 1947. Enas, yang sebahagian
besarnya tidak, menguasai gaya Eropah dalam potret realis, dan lukisan potret
beberapa Sultan dan ahli-ahli kerabat diraja Malaysia. Pada tahun 1956, beliau
menerajui Majlis Kesenian Melayu (kemudian, Angkatan Pelukis Semenanjung),
sebuah kumpulan yang termasuk Mazeli Mat Som, dan Zakaria Noor. Kumpulan ini
telah didedikasikan untuk menggambarkan
idea kecantikan gadis Melayu dan
budaya melayu.
Beliau adalah ahli Persatuan Felo
Diraja Sastera, London; ahli Lembaga Pemegang Amanah; bekas Ketua Rekabentuk
dan Pemeringkatan Perkhidmatan, Radio dan Televisyen Malaysia; dan pengasas dan
Presiden pertama Angkatan Pelukis Semenanjung.Pada tahun 1990, lima tahun
sebelum kematiannya, Mohammed Hoessein Enas telah dilantik Kesakitan Potret
Diraja kepada DYMM Sultan Selangor.
-
Nama pelukis
:Mohamed Hoessein Enas
-
Tahun katya di hasilkan: 1950 an
-
Media atau bahan yang digunakan: cat minyak (49 x 39 cm )
-
Teknik : Garisan , sapuan berus kasar
-
Gaya atau aliran :Realistik dan naturalistik
-
Tema: Gadis Melayu
-
Peristiwa :Beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan
kehidupan manusia merujuk keindahan wajah dan budaya tempatan
Apresiasi
:
Karya ini terkandung unsur seni seperti garisan , rupa , bentuk, jalinan dan
warna.Warna yang digunakan dalam karya ini ialah warna harmoni.Jalinan pada
rambut menampakkan ketelitian pelukis dalam menghasilkan karya ini.Karya ini
menampakkan stail pelukis dalam menghasilkan figura manusia dan menggunakan
teknik sapuan berus yang spontan.Karya ini menunjukkan bahawa pelukis mahu
menyampaikan tentang budaya melayu dan adat resam orang melayu.
Abdullah
Ariff lahir di Pulau Pinang pada tahun
1904. Dia adalah seorang seniman yang mempelajari dengan sendiri dan merupakan
guru seni di Sekolah Anglo-China, Penang (sekarang dikenali sebagai Sekolah
Methodist Boy). Pada tahun 1920-an, tidak ada kumpulan seni tempatan dan
kumpulan seni hanya diadakan pada waktu itu terdiri daripada ekspatriat Eropah
(ibu rumah tangga sebahagian besar bahasa Inggeris) yang menyebut diri mereka
sebagai "Penang Impresionis". Asia tidak dibenarkan untuk menyertai
dengan kumpulan eksklusif yang merupakan refleksi dari imperialisme kolonialistik
yang berlaku kemudian. Namun Abdullah Ariff diterima ke dalam kumpulan pada
pertengahan usia 30 tahun kerana jasa-jasanya sebagai pengajar seni diperlukan.
"Penang Impresionis" dibubarkan sebelum awal Perang Dunia 2, dan
tidak pernah disatukan kembali
-
-
Nama dan biodata
pelukis : Abdullah Arif
-
Tahun karya di hasilkan : 1948
-
Media : Cat air
-
Teknik :sapuan berus kasar yang menunjukkan kesan
pencahayaan
-
Gaya : Pengolahan ruang yang berkesan , menggunakan ton
warna yang mewujudkan kesan-kesan yang mewujudkan kesan-kesan kekabusan itu
yang dikenal sebagai perspektif atmosfera
-
Aliran : Impresionis
-
Tema : Mengambarkan suasana waktu fajar di sebuah ladang
pokok kelapa.
-
Nilai : Suasana tempatan yang indah dan damai digambarkan
menerusi perubahan cahaya dalam ruang yang diolah melalui imej-imej pokok
kelapa yang berfungsi sebagai garis-garis menegak.
Apresiasi : Unsur seni yang terdapat
dalam karya seni ini ialah garisan sepertimana garisan pokok kelapa yang
terdapat pada batang pokok kelapa tersebut.Ruang yang memperlihat keadaan depan
dan belakang serta jarak diantara satu pokok ke pokok yang lain.Warna yang
digunakan dalam karya ini menunjukkan keadaan yang harmoni daripada kesibukkan
kota.Selain itu , karya ini dapat menimbulkan perasaan yang tenang dan aman
apabila kita melihatnya.Karya ini menunjukkan bahawa kehidupan di luar kota
seperti di perkampungan yang jauh dari kesibukan dan pencemaran.
Peter
Haris merupakan seorang ekspatriat lepasan sekolah seni lukis di United Kingdom
yang bertugas sebagai Pengawas Seni Lukis Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur pada
tahun 1951.
pengasas
“Wednesday Art Group” pada tahun 1952 untuk guru-guru seni lukis yang berminat
memperkenalkan
estetika dan tenik seni lukis kepada pelukis muda tempatan yang berminat.
memperkenalkan
penggunaan berus besar dan keras, dan guac sebagai media catan yang baru di
Malaysia.
beliau
juga mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap pendidikan seni lukis di
sekolah-sekolah pada tahun 1950-an.
Peter
Harris
1956
Cat
Guac
sapuan
berus spontan
Catan
gaya impresionis,
Pemandangan
landskap tempatan
Merakamkan
keindahan dan kepermaian permandangan alam tempatan
Karya
di atas memaparkan sebuah rumah yang berada di tebing sungai, iaitu rumah rakit
di Sungai Pahang. Pengkarya mengaplikasikan penggunaan warna sejuk serta
monokromatik untuk menimbulkan kesan ruang depan, tengah dan belakang.
Penggunaan warna kehijauan lembut dan
mendamaikan iaitu warna sejuk untuk menimbulkan kesan ruang Ini menonjolkan
keindahan dan ketenangan alam semula jadi. Karya ini juga bersifat impresionis
kerana pengkarya melakukan teknik berus secara spontan. Karya juga tidak
seimbang di mana sebelah kiri lebih berat daripada sebelah kanan. Bentuk pada
rumah bersifat dua dimensi membuatkan karya kelihatan lebih asli. Manakala
jalinan pada daun dan rekahan pada pokok menimbulkan bentuk daripada kesan-
kesan sapuan berus. Jalinan yang terdapat dalam karya ini nampak bersahaja dan
spontan. Seterusnya, permukaan pada permukaan air menunjukkan pergerakan yang
harmoni.
1. Pengenalan
- Lukisan
ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
- Lukisan
ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil,
krayon,pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya
- Penggunaan
dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan
- Antara
pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo daVinci yang
menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figuramereka.
2. Teknik-teknik
lukisan
- Teknik
garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan
berombak,garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur
- Teknik
lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik
campuran
3. Proses melukis
- Pilih
objek yang hendak dilukis
- Tentukan
sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya- Bahagikan ruang kepada ruang
latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan
- Buat
lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut- Gunakan teknik di atas
untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang
4. Perbezaan
Lakaran Lukisan dan Catan
1. Lakaran
± merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta
perkembangannya.
2. Lukisan
± merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan
jalinan, ton,cahaya, ruang dan komposisi.
3. Catan
± merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama
seperti cat yangmemerlukan bahantara air dan minyak.
4. Alatan
dan bahan lukisan ± pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat
5. Teknik Melukis
1. teknik
garisan,
2. garisan
pangkah,
3. titik,
4. lorekan
dan
5. campuran.
6. Media Lukisan
Pensel:
Dibuat daripada arang dan tanah liat.Jenis
keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat
lorekan atau ton.Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan
penselsemasa melukis dan tekanan pada pensel.lukisan media pensellukisan
media arang
Arang:
Asalnya merupakan arang batang kayu yang
terbakar.Media yang tertua sekali.Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan
gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan
mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.Teknik-teknik
melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.lukisan media
penlukisan media pastel
7. Asas Sebelum
Melukis
1. Memilih
teknik melukis.
2. Memahami
perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi.
Gunakan tetingkap fokusuntuk lukisan pemandangan.
3. Memilih
objek atau terra.
4. Menentukan
cahaya dan sudut pandangan.
5. Membuat
Lakaran objek.
6. Jenis
jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik
lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.
7. Tetingkap
FokusMerupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.Tujuannya untuk
memfokus sesuatu objek atau benda.Memilih sudut yang menarik
dan indah.Digunakan untuk melukis di luar studio.
8. Kemahiran
menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum
melukis:Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk
memberi kesan ton gelap dan legap.
9. Mengetahui
asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang balk.
10.
Memahami kesan dan pengaruh cahaya
serta bayang terhadap sesuatu bentuk.
(a)
Cetakan
Timbulan (Relief)
•
Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat
atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok
kayu atau lino.
•
Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di
permukaan kertas.
•
Contoh cetakan jenis ini ialah:
Cetakan Kayu
Cetakan Lino
Cetakan Kolograf
Cetakan Kolaj
(b) Cetakan
Stensil atau Skrin
•
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang
direnggangkan di atas pemidang kayu.
•
Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
•
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis
cetakan ini iaitu:
Kaedah Potongan Kertas
Pendua
Kaedah Filem Leker
Kaedah Skrin Foto
(c) Cetakan
Lithografi / Planograf / Cetakan datar
•
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
•
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok
persembahan imej.
•
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak
dengan air.
•
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan
cetakan seakanakan
•
lukisan pensil.
•
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(d) Cetakan
Benaman (Intaglio)
•
Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan
timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan
benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi
imej.
•
Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir
pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil
turisan.
•
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a)
Kaedah Turisan (engraving)
(b)
Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c)
Kaedah Akuantin (aquantint)
(d)
Kaedah Mesotin (mezzotint)
(e) Cetakan
Gurisan Asid
•
Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16
selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan
logam.
•
Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso
adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan
sebahagian daripada karya utama mereka.
•
Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang
telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.
•
Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan
logam.
•
Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
(f) Cetakan
Kayu
•
Kaedah yang paling awal digunakan.
•
Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
•
Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan
digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk
kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.
•
Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi.
Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu
bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan
Eropah.
•
Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
•
Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang
didapati.
•
Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya
hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala
cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.
•
Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang
tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard
Munch amat suka menggunakan teknik ini.
(g) Cetakan Lino
•
Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah
cetakan timbul.
•
Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan
pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas
blok kayu.
(h) Cetakan
Lithografi
•
Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
•
Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya
yang penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de
Toulouse-Leutrec.
•
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
•
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok
persembahan imej.
•
Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak
dengan air.
•
Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan
cetakan seakan akan lukisan pensil.
•
Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(i) Cetakan
Sutera Saring
•
Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika
Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
•
Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
•
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang
diregangkan pada pemidang.
•
Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem
leker atau skrin foto.
•
Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk
menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.
•
Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a)
Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b)
Kaedah Filem leker
(c)
Kaedah Lilin
(d)
Kaedah Sutera Saring
(j) Cetakan
Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah
kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan
gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah
dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin
diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji
untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin.
Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin.
Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua
yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila
rujuk rajah-rajah berikut:
(k) Cetakan
Stensil Kaedah Filem Laker
1. Langkah 1 :
Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.
2. Langkah 2 :
Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan
dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan
berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian
yang berlilin.
3. Langkah 3 :
Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas
filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain
sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa
menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara
kertas biasa
PENANG
IMPRESSIONISTS (IMPRESIONiS PULAU PINANG)
Tahun Penubuhan
|
1928
|
Pengasas
|
-
|
Ahli-ahli
|
Semua ahli terbahagi daripada pegawai dagang Eropah terutamanya suri rumah berbangsa
Inggeris. Antaranya:-
-Puan Lim Cheng Kung, isteri jutawan yang member
sumbangan kewangan kepada petubuhan.
-Abdullah Arif, guru lukis ahli persatuan.
|
Karya
|
1928, Abdullah Arif, Malayan Rural Scence (water
colour)
|
Pameran
|
Mengadakan pameran tahunan dan pameran
berkala.permainan terakhir ialah pada tahun 1936.
|
Aliran
|
Realisme dan Impressionisme.
|
Tamat
|
Terkubur sekitar tahun 1937.
|
Tahun Penubuhan
|
1953
|
Tempat
|
Pulau Pinang
|
Pengasas
|
Souter, Tay Hooi Keat dan A. Sabapaty
|
Objektif
|
Menganjurkan pelbagai pameran seni bagi pelukis
tempatan dan luar negara di Pulau Pinang.
|
Aliran
|
Realisme, impressionism, post-impressionism, kiubisme
dan abstract expressionism.
|
Tahun ditubuhkan
|
Pada tahun 1956
|
Pengasas
|
Mohamed Hoessen Anas
|
Ahli dan Ajk
|
-Setiausaha ialah Idris salam
-Ajk ialah Zakariah Noor, Sabtu Yusof, Habibah
Baharuddin
|
Penukaran nama
|
Ditukar nama dari Majlis Kesenian Melayu kepada
Angkatan Pelukis Semenanjung pada 1964 hasil daripada kesedaran guru-guru
yang telah menubuhkan Majlis Kesenian Melayu.
|
Penaung
|
-Majlis Kesenian Melayu : Y.T.M Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj
-Ankatan Pelukis Semenanjung : Tan Sri Yaacob Latif
dan Mohd Hoessen Anas
|
Ahli-ahli yang terkenal
|
Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof,
Mazli Mat Som, Ahamad Hassa, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor
|
Objektif
|
Memperjuangkan nasib semua pelukis dan menjadi
penghubung antara pelukis dengan kerajaan negara.
|
Aliran/Hasil Karya
|
-Realisme yang menampilkan identiti Melayu dan
pengaruhi seni tampak barat.
-Naturalism
-selepas tahun 1970-an pelbagai gaya telah bercampur
|
Pameran
|
Pada 1998, Balai Seni Lukis member penghormatan
mengadakan pemeran khas semperna mengenag jasa Angkatan Pelukis Semananjung
|
Tahun Penubuhan
|
1957
|
Tempat
|
Pulau Pinang
|
Pengasas
|
Tay Hooi Keat
|
Objektif
|
Memperkenalkan konsep seni lukis yang baru
|
Aktiviti
|
Kelas lukisan diadakan pada setiap hari Khamis dan
Rabu
Mengelolakan seni perbincangan dan pameran
|
Ahli-ahli yang aktif
|
Tay Hooi Keat, Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping, Lee Joo
For, Lim Tong Juen, William K.K. Lau dan tokoh lain.
|
Gaya Karya
|
Beraneka- banyak di pengaruhi oleh aliran
impresionis, ekspresionis dan abstrak ekpresionis
|
Tahun ditubuhkan
|
1 Mei 1974
|
Pengasas
|
Abdul Latif Mohiddin
-anak kelahiran Lenggeng, Negeri Sembilan
-20 Ogos 1941
-Penyajak dan pelukis
-Pameran pertama 23-29 Disember 1951 di Sekolah
Melayu Kota Raja, Singapura
|
Ahli
|
Mustapa Hj. Ibrahim
Zulkifli Dahlan
Ali Rahmad
Ismail Abdullah
Abdul Ghafar Ibrahim
Khalil Ibrahim
|
Aliran
|
Dipengaruhi oleh gaya ekspressionisme abstrak
|
Contoh karya
|
Abdul Latiff Mohidin (arca dinding)
Mustapha Hj. Ibrahim (meneroka alam fantasi)
-The British Council : imej manusia dan studio adak
alam 1979
Ali Rahamad dan Zulkifli Dahalan (catan surelistik)
|
Aktiviti
|
-Meliputi bidang seni, kesusasteraan dan teater
-pameran : Hotel Equational 1983
-mempersembahkan teater spontan dan jalanan
|
Tahun Penubuhan
|
1956
|
Tempat
|
Kuala Lumpur
|
Pengasas
|
Mohd Hossein Enas
|
objektif
|
Untuk memaju dan
memperkembangkan seni dan budaya tanah air, banyak kegiatan kesenian telah
dirangka dan dilaksanakan sejak awal penubuhannya.
|
Aktiviti
|
menganjurkan
pelbagai aktiviti kebajikan misalnya memungut derma Pelarian Afghanistan
sebanyak RM54,000 pada tahun 1980 dan menganjurkan Pameran Terbuka dan Hari
Terbuka Artis di perkarangan “Rumah Hidayat”, kediaman rasmi Tun Daim
Zainuddin pad tahun 1990, di samping mengadakan pameran seni lukis yang lain.
|
Ahli-ahli yang aktif
|
Idris
Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof
Abdullah dan Zakariah Noor.
|
Gaya karya
|
Realistik, visual
abstrak dan semiabstrak,
|
Tahun ditubuhkan
|
Pada 26 mei 1979 sehingga sekarang
|
Pengasas
|
Syed Ahmad Jamal
|
Naib Presiden
|
Yeoh Jin Jamal
|
Setiausaha
|
Ham Rabeah
|
Ahli jawatankuasa
|
Mazli Mat Salam
Ahmad Khalid
Ruzaika Omar Basree
Hasim Hassan
Redza Piyadasa
Lee Kian Seng
Syed Hood Alhabhi
|
Karya
|
Syed Ahmad Jamal
Tajuk : Gunung Ledang
Media : cat minyak
Tema : gambaran mitos
Yeoh Jin Leng
Tajuk : Sawah, Dusun, Bukit, Langit
Medaia : cat minyak
Tema : Pemandangan di sawah padi
Mazli Mat Som
Tajuk : Yati
Media : Pastel
Tema : portrait seorang anak gadis melayu
|
Aktiviti
|
Mengadakan pameran perdana
Sesi bantuan
Nasihat kepada pelukis yang ingin mengadakan pameran
Mengadakan ceramah tentang seni lukis
Bengkel
Menerbitkan majalah seni
|
MAJLIS
SENI LUKIS PULAU PINANG (THE PENANG ARTS COUNCIL)
KUMPULAN
PELUKIS HARI RABU (THE WEDNESDAY ART GROUP)
Pengasas Peter
Haris.
Penubuhan
diwujudkan kerana Peter Haris merasakan perlunya para pelukis-pelukis
berkumpul.
1952 telah
ditubukan di Kuala Lumpur.
Tujuan
memperkenalkan estetika dan cara seni lukis moden kepada guru dan pelukis muda
tempatan.
Tema kumpulan
seni sebagai wardah ekspresi diri yang bermaksud seni dilihat sebagai alat
melauhkan ekpresi atau bermaksud menyampaikan maksud yang tersirat yang wujud
dalam diri pengkarya.
Ojektif :-
Memperkenalkan
estetika
Memperkenalkan
cara seni lukis
Memperkenalkan
alat dan catan media baru kepada ahli-ahli.
Aktiviti
dijalankan pada hari rabu dan sabtu.
Antara ahli :-
Jolly Koh
Antony Lau
Dzulkifli Buyong
Ismail Mustam
Mustapha Mahmud
Zakaria Noor
Abd Halim Mat
Antara contoh
hasil karya
Peter Haris :
Rumah Rakit - Kuala Lipis 1956
Peter Haris :
Bumi Air dan Udara - 1958
Dzulkifli Buyong
: Murid Sekolah - 1992
Dzulkifli Buyong
: Kapal Kertas - 1996
Aliran Realism,
memperkenalkan aspek figura dan alam semulajadi
Lukisan lebih
kepada kehidupan masyarakat.
MAJLIS KESENIAN MELAYU
KUMPULAN
SENI LUKIS THURSDAY (THE THURSDAY ART GROUP)
KUMPULAN ANAK ALAM
ANGKATAN
PELUKIS SEMENANJUNG (APS)
PERSATUAN
PELUKIS MALAYSIA (PPM)
1. SEJARAH SENI SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA.
3. CATAN AIR.(TEKNIK MENGHASILKAN)
-senaraikan pelukis2 slpas merdeka
-wednesday art group
-teknik hasilkan lukisan
-teknik hasilkan catan
-teknik hasilkan cat air
-objektif utama karya slpas merdeka
-proses anyaman
-cat minyak