1 PENGHARGAAN
Salam sejahtera. Bersyukur
saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan
kerja Pendidikan Seni Visual bagi tahun 2012 dalam semester ketiga saya. Dalam
kerja kursus Pendidikan Seni Visual kali ini, saya telah ditugaskan untuk
menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan melaksanakan kertas kerja. Melalui tugasan ini, saya telah diminta untuk
melaksanakan sebuah pameran.
Di samping itu, saya juga
diminta menyediakan sebuah kertas kerja yang lengkap untuk membuat pameran
selama seminggu. Saya juga menyiapkan
hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin ke
perpustakaan untuk mencarimaklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan
saya ucapkan kepada pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing
saya dalammelaksanakan tugasan ini.
Saya juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu saya dan yang
sanggup bersama saya dalam mencari bahan untuk melengkapkan untuk menyiapkan
tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah
membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya kepada ibu bapa yang telah banyak memberi
sokongan moral. Sepanjang melaksanakan projek ini saya berasa tenang. Ini
kerana segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku programnya. Semoga
tuan dapat memaafkan saya jika terdapat cacat cela dalam proses
menyiapkan tugasan saya.
Melalui tugasan ini, saya
dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui konsep falsah dengan
lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tuan tidak akan saya lupakan.
Sekian terima kasih.
2 PENGENALAN
Pameran RINTIS 2012 (Pameran
Seni 2012) adalah anjuran Jabatan Pendidikan Seni Visual (JPSV) Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas (dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Ilmu Khas). JPSV
wujud sejak tertubuhnya Special Teachers Training Institut (STTI) pada 1960.
Tujuan JPSV ketika itu ialah
untuk memberi latihan dalam perkhidmatan bagi guru-guru terlatih dari sekolah
menengah dan rendah. IPG Kampus Ilmu Khas
merupakan satu-satunya maktab perguruan yang dapat memberi peluang
kepada guru-guru untuk menambahkan lagi kemahiran dan pengetahuan mengajar
Pendidikan Seni Visual (PSV) dan pada masa yang sama dapat membina dan meningkatkan
lagi bakat seni lukis.
Pameran RINTIS 2012 memberi
ruang dan peluang kepada pelbagai generasi warga IPG Kampus Ilmu Khas untuk
memperagakan karya dan melunaskan tanggungjawab sosial dalam mendidik
masyarakat untuk menghargai dan mencintai seni. Pameran seni merupakan aktiviti
tahunan yang dikendalikan dan dilaksanakan oleh Jabatan Seni Visual.
RINTIS diambil bersempena
singkatan perkatan “ Research and Inovation Towards Integeration and
Sustainability”. Satu kertas kerja
telah dibuat bagi program pameran seni visual yang dianjurkan oleh kelas J 3.6
di Dewan Dato Razali, IPG Kampus Ilmu Khas. Program ini meleibatkan semua warga
kampus. Sebanyak 29 orang guru pelatih yang menaungi pameran ini dibantu dengan
dua orang pensyarah.
3 KERTAS
CADANGAN
MESYUARAT KELAS J 3.6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS
KALI_____/2012
4 TAJUK
Cadangan untuk
melaksanakan pameran Pendidikan Seni Visual Tahun 2011
5
TUJUAN
kertas kerja ini
dilaksana untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas untuk
meluluskan pelaksanaan Pameran Pendidikan Seni Visual bagi Tahun 2012 sebagai
memenuhi keperluan sukatan pelajaran PPISMP semester tiga.
6 LATAR
BELAKANG
·
Pameran ini merupakan
tugasan kerja kursus pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
semester tiga Major Pendidikan Seni Visual.
·
Pameran ini turut melibatkan
pelajar elektif Pendidikan Seni Visual serta digabungkan dengan pelajar Jabatan
Seni Visual Semester 8 dan 6
·
Pameran ini diadakan selama
lima hari yang bermula dari 22 Oktober 2012 sehingga 26 Oktober 2012.
·
Pameran ini diadakan di
Dewan Dato’ Razali IPG Kampus Ilmu Khas
·
Pameran seni visual ini
tutut memohon kerjasama daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN) serta pelukis
bebas.
·
Usaha untuk mendedahkan
kepada warga IPG Kampus Ilmu Khas dan memberi pengalaman kepada guru pelatih
untuk mengendalikan program pameran yang berskala besar, maka pameran seperti
ini harus dilaksanakan.
7 ASAS
PERTIMBANGAN
·
Pameran ini merupakan
program pelaksanaan kerja kursus pendek Program Persedian Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan kursus Pendidikan Seni Visual.
·
Kejayaan program ini
diharapkan dapat membantu pensyarah untuk membuat penilaian terhadap tugasan
yang perlu dilaksanakan.
·
Pameran ini bertujuan untuk
melahirkan daya celik intelek yang tinggi dan kreativiti mereka dalam bidang
seni terutamnya.
·
Pameran iniakan menjadi
panduan dan sumber idea kepada para pelajar untuk mebuat perancangan pameran
apabila diminta untuk mengendalikan sesebuah pameran besar seperti ini.
·
Bahkan, pameran ini
berfungsi untuk menunjukkan bakat keratif melalui hasil-hasil karya yang
bermutu dan menarik oleh pelajar khususnya untuk dipaparkan kepada orang ramai
untuk lebih menghayati seni
·
Justeru, pameran Pendidikan
Seni Visual ini memeberi pengetahuan dan pengalaman baharu dalam kalangan
pelajar tentang kesenian dan budaya tempatan selain daripada mengetahui
aktiviti yang boleh dikendalikan dalam bilik darjah sewaktu P&P.
8 IMPLIKASI
·
Warga kampus yang terlibat
dalam pameran ini sama ada secara langsung dan tidak langsung akan dapat menonjolkan
bakat yang ada dalam diri masing-masing yang
terpendam selama ini.
·
Maklmumbalas daripada warga
IPG Kampus Ilmu Khas merupakan satu bentuk penilaian tidak langsung yang boleh
dijadikan sebagai panduan kepada para warga kampus yang terlibat.
·
Warga IPG Kampus Ilmu Khas
dapat mengenalpasti dan memahamu dengan lebih mendalam tentang bidang seni
visual
·
Pameran ini boleh dijadikan
sebgai rujukan kepada para guru pelatih pada masa akan datang.
9 OBJEKTIF
Dalam pendidikan seni
visual, pengajaran dan pembeljarannya adalah berkesan menuju ke arah obkektif
dan matlamat yang telah ditetapkan. Pelbagai cara dilakukan untuk melengkapkan
misi dan visi yang ingin dicapai. Objektif dan matamat adalah seperti berikut;
·
Memberi pendedahan kepada
warga IPG Kampus Ilmu Khas mengenali dengan lebih rapat tentang bidang seni
visual.
·
Memberi pemantapan ilmu seni
visual dalam kehidupan
·
Membuka minda masyarakat di
luar lingkuangan Seni Visual akan perkembangan Seni Visual, khususnya dalam
bidang pendidikan.
·
Mencungkil bakat dan peluang
seni lukis dari kalangan pelajar, bekas pelajar, guru seni dan
pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk mempamerkan bakat dan
kreativiti seni masing-masing.
·
Berusaha untuk memelihara
dan mengetengahkan idea dan bentuk kelestarian dan diterjemah ke dalam bentuk
seni
·
Meletakkan satu tanda aras
baru professioanalisme dari segi pengurusan pameran seni
·
Membina jarinag antara warga
kampus
·
Mencari golongan pelapis
yang bepotensi tinggi untuk menampilkan hasil karya yang kreatif, inovatif dan
berkualiti.
·
Mempamerkan tahap kandungan
dan hubungan antara karya dengan hubungan sosial dan budaya menerusi stail dan
kreativiti melalui Pendidikan Seni Visual.
·
Pembangunan modal insan yang
berpengetahuan tinggi
·
Menanamkan budaya kreativiti
dan inovasi dalam semua bidang
·
Memberi pemantapan ilmu dan
pendedahan terhdap prospek kerjaya Seni Visual.
10 TEMA
Tema
bagi RINTIS 2012 ialah pancarwarna. Konsep pancarwarna membawa makna bahawa
penggunaan warna dalam kehidupan seharian kita saling berkait rapat. Malahan,.
Konsep pancarwarna membawa makna kita hendaklah sentiasa memandang kehadapan di
samping menjadikan masa lalui sebagai iktibar dalam kehidupan. Jadi, pemilihan
pancarwarna akan membawa perubahan ke dalam sesuatu bidang secara melaus,
menyuluruh dan cepat dalam usaha meningkatkan tahap apresiasi seni oleh
masyarakat terhadap karya.
11 KONSEP
DAN STRATEGI
11.1 PEMASARAN
CETAKAN
Produk-produk cetakan
seperti poster, banner dan katalog akan dihasilkan oleh kelas J 3.6 dan
diapaparkan di seleruh IPG Kampus Ilmu Khas untuk mempromosikan program ini.
11.2 LIPUTAN
MEDIA
Kami
akan berusaha untuk menggunakan laman sosial, seperti; Facebook, Blog, Twitter
dan sebagainya untuk menghebah segala perkembangan dan perjalan proses pameran
agar sentiasa diketahui umum dari semasa ke semasa.
12 TEMPOH
PROGRAM
Program ini
dijalankan seminggu (22-26 oktober 2012)
13 TARIKH
Tarikh yang dirancang
ialah 22 – 26 Oktober 2012
14 TEMPAT
PAMERAN
Dewan
Dato’Razali Ismail, Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Rasional
pemilihan tempat ini adalah kerana:
·
Kawasan yang luas untuk
mempamerkan karya
·
Suasana yang kondusif;
pengaliran udara yag baik untuk memudahkan orang ramai menyertai program ini
dengan selesa
15 KETERANGAN
TARIKH
·
22 Oktober 2012 = Persedian
Pameran
·
23 Oktober 2012 = Pameran
Berlangsung
·
24 Oktober 2012 = Perasmian
RINTIS
·
25 Oktober 2012 =Pameran
Berlangsung
·
26 Oktober 2012 = Perasmian
Penutup Pameran
16 TENTATIF
PROGRAM
*sila
rujuk tentatif program
(LAMPIRAN)
17 KUMPULAN
SASARAN
Pameran
ini mensasarkan kepada semua warga IPG Kampus Ilmu Khas
18 KEWANGAN
19 KESIMPULAN
Pameran
Seni Visual ini merupakan aktiviti yang perlu disertai oleh semua pihak agar
kesenian dan nilai intelektual yang terdapat di dalamnya dapat dikongsi
bersama-sama.Bahkan, hal ini juga adalah untuk meningkatkan daya kreativiti
yang terdapat dalam diri warga IPG Kampus Ilmu Khas terhadap sesuatu perkara
yang ingin dilakukan dalam tugasan seharian, terutamanya dalam penyediaan bahan
bantu mengajar atau bahan-bahan pengajaran yang lain.
Diharapkan agar pameran seni “ RINTIS” ini dapat diluluskan oleh Pengarah
IPG Kampus Ilmu khas dapat mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan
Pameran Pendidikan Seni Visual “ RINTIS”.
Noor
Afifah Azizan
Disediakan oleh:
Noor
Afifah Azizan
Setiausaha
J3.6
Sallehudin
Zakaria
Disemak oleh:
Sallehudin Bin Zakaria
Penasihat
Pameran
IPG
Kamus Ilmu Khas
Dilulus/Tidak
Dilulus/Dilulus dengan pindaan,
Pengarah
IPG
Kamus Ilmu Khas
20 CARTA
ORGANISASI PELAKSA
21 NAAN
PROGRAM
PENAUNG
Puan Azizah binti Suleiman
(Ketua Jabatan Pendidikan
Seni Visual)
PENASIHAT
Encik Salehuddin bin Zakaria
Encik Shahril bin Awang
(Pensyarah Pendidikan Seni
Visual)
22 AHLI
JAWATANKUASA PELAKSANA PELAJAR
PENGERUSI
Mohd Fahmi Iqwan bin Mohd
Zuki
TIMBALAN
PENGERUSI
Radiyatul Nur Baya binti
Budiman
SETIAUSAHA
Noor Afifah Binti Azizan
TIMBALAN
SETIAUSAHA
Mohammad Firdaus bin Ishak
BENDAHARI
Nur Syuhaidah binti Abdul
Rahman
22.1 AHLI
JAWATANKUASA AKTIVITI
KETUA
Ahmad
Fauzi Bin Abdul Manaf
AHLI
Asyraf
Hilmi bin Kharil
22.2 AHLI
JAWATANKUASA PUBLISITI
KETUA
Alice
Voo Siau Fern
AHLI
Shahril
Ikram bin Abdul Rahman
Siti
Almunawwarah binti Shahuddin
22.3 AHLI
JAWATANKUASA CENDERAMATA
KETUA
Asnizah
binti Jusmin
AHLI
Sahrul
Hafizi bin Azmi
Sarmi
binti Undang
22.4 AHLI
JAWATANKUASA PERALATAN DAN PENTAS
KETUA
Erma
Binti Jail
AHLI
Nur
Syuhaidah binti Abdul Rahman
Radiyatul
Nur Baya binti Budiman
22.5 AHLI
JAWATANKUASA PENGANGKUTAN
KETUA
Khairul
Najwa binti Zulkifli
AHLI
Nurul
Nadwah binti Khalid
Nurul
Diana binti Dawam
22.6 AHLI
JAWAATANKUASA DOKUMENTASI, BUKU PROGRAM DAN PROTOKOL
KETUA
Melisa
binti Amirullah
AHLI
Nurul
Ameera binti Juhaidie
Nur
Dalilah binti Adnan
22.7 AHLI
JAWATANKUASA SIARAYA
KETUA
Morini
Gipis
AHLI
Noor
Afifah binti Azizan
Noor
Syazwani binti Sabri
22.8 AHLI
JAWATANKASA TEKNIKAL
KETUA
Mohd
Fahmi Iqwan bin Mohd Zuki
AHLI
Nik
Ahmad Syafiq bin Zahari
Norsani
bin Mohd Saad
22.9 AHLIJAWATANKUASA KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KECERIAN
KETUA
Mohammad
Fauzan bin Mohd Khalid
AHLI
Muhammad
Adib bin Zakaria
Nadia
Afifah binti Abdul Latib
22.10 AHLIJAWATANKUASA
MAKANAN & PERTANDINGAN
KETUA
Mohammad
Firdaus bin Ishak
AHLI
Muhamad
Hizami bin Nazri
Mohammad
Irfan Mustaqim bin Ariffin
23 PENGANGKUTAN
BAS SEPANJANG PROGRAM
HARI
|
SESI
PAGI
|
SESI
PETANG
|
ISNIN
|
PRASEKOLAH CHERAS
SEK.KEB CHERAS
|
SMK CHERAS
IPGM K KAMPUS BAHASA
|
SELASA
|
PRASEKOLAH TAMAN
MIDAH
SEK. KEB TAMAN MIDAH
|
SMK TAMAN MIDAH
IPGM K BAHASA MELAYU
|
RABU
|
PRASEKOLAH IPGKIK
SMK PERMAISURI
|
SMK PERMAISURI
IPGM K TEKNIK
|
KHAMIS
|
PRASEKOLAH BANDAR TUN RAZAK
SEK.KEB BANDAR TUN RAZAK
|
SMK BANDAR TUN RAZAK
IPGM K PENDIDIKAN ISLAM
|
SENARAI TETAMU
JEMPUTAN SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG
PRASEKOLAH :
1. PRASEKOLAH
IPG KAMPUS ILMU KHAS
2. PRASEKOLAH
TAMAN MIDAH
3. PRASEKOLAH
CHERAS
4. PRASEKOLAH
BANDAR TUN RAZAK
SEKOLAH RENDAH :
1. SEKOLAH
KEBANGSAAN CHERAS
2. SEKOLAH
KEBANGSAAN TAMAN MIDAH
3. SEKOLAH
KEBANGSAAN PERMAISURI
4. SEKOLAH
KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK
SEKOLAH MENENGAH:
1. SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
2. SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK
3. SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN PERMAISURI
4. SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA:
1. IPGM
KAMPUS ANTARABANGSA
2. IPGM
KAMPUS BAHASA MELAYU
3. IPGM
KAMPUS TEKNIK
4. IPGM
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
24 JADUAL
PENGISIAN AKTIVITI SEPANJANG PAMERAN BERLANGSUNG
PAMERAN
|
DEMO
|
AKTIVITI
SAMPINGAN
|
ARCA
|
X
|
PERSEMBAHAN GAMELAN
|
LUKISAN
|
/
|
TARIAN ZAPIN
|
CATAN
|
/
|
TARIAN INANG
|
KRAF TRADISIONAL
|
/
|
UKIRAN BUAH TEMBIKAI
|
BATIK
|
/
|
PERTANDINGAN GAYA
PERSONALITI
|
TEMBIKAR
|
/
|
AKTIVITI MEMBUAT
|
GRAFIK & MULTIMEDIA
|
/
|
BENGKEL KOLAJ
|
CETAKAN
|
/
|
PERSEMBAHAN VIDEO
|
ORIGAMI
|
/
|
AKTIVITI MEWARNA BATU
SUNGAI
|
KOLAJ
|
/
|
PERSEMBAHAN BONEKA
|
MANIK DAN AKSESORI WANITA
|
/
|
PERSEMBAHAN TARIAN MAKYON
|
ANYAMAN TIKAR
|
/
|
SESI APRESIASIASI SENI
|
|
|
AKTIVITI MURAL
|
|
|
GERAI JUALAN
|
25 REFLEKSI
Berdasarkan
tugasan yang diberi pada, saya dapat mendalami dan memahami cara mengendalikan
sesebuah pameran dengan nilai yang tersendiri. Justeru ini mengajar saya agar
menghargai sesebuah karya dengan memahami apa yang cuba pengkarya ingin
sampaikan melalui karyanya. Walaupun
pada sebelum ini tidak penah diberi tugasan untuk melaksanakan sesebuah
aktiviti pameran seperti ini yang melibatkan ramai pihak khasnya, warga IPGM
Kampus Ilmu Khas.
Sesebuah
pameran perlu dilaksanakan dengan tempoh yang lama supaya segala aktiviti yang
dirancang mengikut programnya. Walaupun masa yang diberi untuk melaksanakan
tugasan ini amat padat, tetapi saya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
memastikan suapaya kertas kerja ini dapat disiapkan mengkiut tempoh yang diberi.
Sebenarnya,
banyak maanfat yang saya dapati daripada melaksanakan kertas kerja ini. Ini
kerana setiap aktiviti yang dilakukan mesti ada maanfaatnya yang tersendiri.
Setiap kertas kerja yang dilaksana mesti mempunyai objektif yang baik dengan
memupuk nilai-nilai murni di dalam aktiviti yang dilaksanakan.
Sesungguhnya
mengendalikan sesebuah pameran memberi banyak manfaat kepada semua lapisan
masyarakat. Masyarakat akan lebih menghayati dan memahami nilai-nilai murni
apabila melihat sesebuah karya diapaparkan pada sudut ruang pameran. Bahkan ini
akan memupuk semangat untuk mendalami seni dalam jiwa serta mencungkil bakat
yang selama ini hanya disimpan tanpa
dibuat apa-apa.
Selain
itu, kertas kerja yang dilaksanakan ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan
apabila telah mengajar kelak apabila diberi tugasan untuk melaksanakan pameran
mahupun anjuran program-program besar. Justeru, ini mengajar saya supaya lebih
bersiap sedia untuk menghadapi sebarang situasi dengan mudah.
Bahkan,
pameran seperti ini dapat menjulang nama IPG Kampus Ilmu Khas kerana
mengeluarkan guru-guru yang berkualiti tidak hanya tertumpu kepada bidang
tertentu sahaja. Ini kerana melalui seni, daya kreativiti mereka dapat
dicungkil dengan pelbagai cara dan langkah agar lebih mudah untuk menyampaikan
dan memahami
Akhir,
saya berharap agar program pameran RINTIS ini dapat dilaksanakan kerana ia
membawa maksud yang mendalam kepada setiap individu serta banyak memberi
manfaat kepada kehidupan seharian kita.
26 RUJUKAN
Admin. (2009, September). Contoh Kertas Kerja.
Didapatkan Ogos 14, 2012, daripada Art Activity by IPGM KSAH:
http://zagview.blogspot.com/2009/09/contoh-kertas-kerja.html
Ahmad Fadzli Yusof, A. R.
(2007). Resipi Kejayaan untuk Bendahari Program. Kuala Lumpur: PTS
Millinea Sdn. Bhd.
Ahmad Fadzli Yusof, A. R.
(2007). Resipi Kejayaan untuk Pengarah Program. Kuala Lumpur: PTS
Millinea Sdn. Bhd.
Ahmad, N. (2011, November
7). Kertas Kerja (contoh). Didapatkan Ogos 2012, 2012, daripada
cikguseni.com: http://cikgusenismkbk.blogspot.com/2011/11/kertas-kerja-program-contoh.html
Halim, M. A. (2005). Mengurus
Gerai Pameran. Pahang Darul Makmur: PTS Professional.
Johor, S. S. (2011,
Oktober). Koleksi Kertas Kerja. Didapatkan Ogos 13, 2012, daripada
Pusat Sumber Sekolah SMKA Segamat Johor:
http://pusatsumbersmkas.blogspot.com/2011/10/program-bulan-julai-bulan-membaca_04.html
Rosli, S. A. (2010). Contoh
Tentatif Program Pameran Seni Visual 2010. Didapatkan Ogos 14, 2012,
daripada Scribd: http://www.scribd.com/doc/41396729/Tentatif-Program-Pameran-Seni-Visual-2010