KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
Terbaru Lebih lama