Fonologi = Diftong



DIFTONG




Terdapat 3 bunyi diftong iaitu /ai/, /oi/ dan /au/.
Memandang diftong merupakan gabungan 2 bunyi vokal, maka kebanyakkan ciri-ciri bunyi diftong menyamai ciri-ciri bunyi vokal kecuali ciri-ciri tambahan berikut :
1. Diftong merupakan bunyi geluncuran.
2. Dua huruf diftong mesti terletak dalam satu suku kata.
3. Diftong mempunyai satu puncak kelantangan, berbanding rentetan vokal.


a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai 
b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau 
c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot. 

INGATKAN FORMULA 3SATU 

SATU puncak kelantangan
SATU suku kata
SATU hembusan nafas 


Pelajar harus dapat membezakan diftong dan rentetan vokal berdasarkan ciri-ciri di atas. Lihat contoh di bawah.

Diftong : sa / kai
Rentetan vokal : su / ka / i

Diftong : sau / da / ra
Rentetan vokal : ba / uk /
Terbaru Lebih lama