KERTAS KERJA PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

 KERTAS KERJA PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SEPAT

TAHUN 2022/2023

 

1.0   LATAR BELAKANG

Program 3K merupakan satu program yang menjurus ke arah menghasilkan suasana persekitaran sekolah yang memberangsangkan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 3K merujuk kepada Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan. Secara amnya jika ketiga-tiga elemen ini diterapkan ke dalam suasana persekitaran sekolah, sudah pasti para guru dan pelajar akan menjadi lebih selesa, selamat dan berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

 

Untuk tujuan itu, pihak pentadbiran SK Tanjung Sepat dengan kerjasama PIBG dan unit 3K sekolah mengambil inisiatif menganjurkan projek keceriaan kelas kerana yakin, minda murid akan terangsang sekiranya persekitaran kelas yang kondusif, bersih dan ceria dapat diwujudkan.

 

1.0   OBJEKTIF

·         Mewujudkan kelas yang bersih, ceria dan tersusun bagi membolehkan PdP berjalan dalam keadaan kondusif

·         Mewujudkan warga sekolah sihat yang mengamalkan nilai murni mencintai kebersihan dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian

·         Menanamkan sikap bertanggung jawab dan bekerja sama dalam diri  warga SK Tanjung Sepat melalui program ini

·         Meningkatkan kreativiti dan imaginasi warga SK Tanjung Sepat di samping mewujudkan budaya inovasi dan berfikir di luar kotak.

 

2.0   SASARAN

·         Semua warga Sekolah Tanjung Sepat

 

3.0   TEMPOH PELAKSANAAN

·         Sepanjang tahun 2022/2023

 

 

 

 

4.0   STRATEGI PELAKSANAAN

1.    Keceriaan Kelas.

2.    Memberi taklimat pelaksanaan

3.    Membentuk AJK peringkat  sekolah (sila lihat lampiran)

4.    Pelaksanaan.

5.    Penilaian.

6.    Rumusan /laporan (Setiap akhir tahun).

 

5.0    PELAKSANAAN

5.1   PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN

 

BIL

PERKARA

TEMPOH

KETERANGAN

KOS

LAIN-LAIN

1.

Menceriakan kelas oleh guru kelas,

 guru pembantu dan pelajar

1 bulan

1.     Alatan penyapu,penyodok,

2.     Pemadam,bulu ayam, tong sampah dibekalkan oleh pihak sekolah secara percuma.

3.     mengecat/ hiasan dan lain-lain perbelanjaan atas inisiatif kelas tersebut

 percuma

 

 

 

 

 

 

 

 

12 kelas

 

 

 

 

 

 

 

12 kelas

2.

Senarai semak, pelan kecemasan dan papan makluman pembelajaran abad ke21

 

Dibekalkan oleh unit 3K  dan pentadbiran

Percuma

 

3

Sumbangan Pokok oleh pelajar dan guru

 

Projek Hijau

 

 

 

5.2   SEMASA PERTANDINGAN

 

No.

Perkara

Tempoh Penilaian

Keterangan

Lain -lain

1.

Penilaian keceriaan kelas dilaksanakan oleh barisan pentadbir

Jun

Borang penilaian disediakan oleh AJK 3K

Barisan pentadbir

2.

Penilaian Mingguan

Setiap minggu persekolahan dari Isnin hingga Khamis

Markah di kumpul setiap minggu oleh AJK

Direkodkan

Guru bertugas mingguan

3.

Pemenang Mingguan diumumkan dan diberi semasa perhimpunan mingguan Isnin

Setiap minggu persekolahan

Hadiah pertama Piala pusingan mingguan dan sijil untuk kelas

Tempat kedua dan ketiga sahaja.
Tahap 1
Tahap 2

Piala ditaja oleh

PK HEM

Sijil ditaja oleh Pusat Sumber SK Tanjung Sepat

4.

Pemenang Bulanan

Jun - Februari
(9 bulan)

 

Pemenang Utama wang tunai
Tahap 1 : 1 Pemenang (RM30.00)
Tahap 2 : 1 Pemenang

(RM30.00)

 

RM60 x 9 bulan =RM540

 

Jumlah besar:

     RM540.00

 

 

No.

Perkara

Tempoh Penilaian

Keterangan

Lain -lain

4.

Pemenang Keseluruhan

Jun - Februari

(9 bulan)

TAHAP 1

Tempat Pertama

Tempat Kedua

Tempat Ketiga
TAHAP 2

Tempat Pertama

Tempat Kedua

Tempat Ketiga

 

 

 

 

6.0   KEWANGAN

 

BIL

PERTANDINGAN

PERBELANJAAN

 

1

 Pemenang Bulanan

Jun - Februari
(RM60 x 9 bulan =RM540

RM540.00

Peruntukan yang diperlukan dari PIBG

2

Tempat Pertama
Tahap 1 : RM 150
Tahap 2 : RM 150

RM300.00

3

Tempat Kedua

Tahap 1 : RM 100
Tahap 2 : RM 100

RM200.00

4

Tempat Ketiga

Tahap 1 : RM70

Tahap 2 : RM70

RM140.00

5

Saguhati
Tahap 1 : 3 x RM 50
Tahap 2 : 3 x RM 50

RM300.00

 

RM1,480.00

 

7.0   PENUTUP

 

Diharapkan projek ini mendapat kerjasama dari semua guru bagi meningkatkan lagi imej sekolah. Usaha ini diharap dapat melahirkan warga sekolah yang lebih menghargai kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Sesungguhnya unit 3K akan menyokong segala usaha

 

“Ke Arah Kelas Kondusif, Suatu Transformasi Ke Arah Kecemerlangan”

 

 

Disediakan oleh,        

 

 

 

.................................................

(PUAN NOOR AFIFAH BINTI AZIZAN)

Setiausaha

SK Tanjung Sepat

 

Tarikh :

 

 

Disemak oleh,

 

 

 

.................................................

(TUAN HAJI ROZLI BIN HAJI OMAR)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SK Tanjung Sepat

 

Tarikh :

 

 

 

ULASAN:

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

 

 ………………………………………..

(PUAN HAJAH NORLITA BINTI RAMLI)

Guru Besar

SK Tanjung Sepat

 

 Tarikh :

 

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

 

Jawatankuasa Induk

 

Penasihat                                :           Puan Hajah Norlita binti Ramli (Guru Besar)

Pengerusi                                :           Puan Zummazuwen binti Kader (GPK Pentadbiran)

N/Pengerusi   1                       :           Tuan Haji Rozli bin Haji Omar (PK HEM)

N/Pengerusi   2                       :           Puan Azmah binti Jaafar (PK Kokurikulum)

Setiausaha                              :           Puan Noor Afifah binti Azizan (GPM)

N/Setiausaha                          :          Cik Nurhidayati binti Muhammad Husni (Guru Perspustakaan)

 

 

Terbaru Lebih lama