SOALAN SPM PSV 2022/2023

  1. Seorang pengunjung Taman Burung Negara berswafoto dengan seekor burung merak jantan yang sedang mengembangkan ekornya.
    Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi, ruang, bentuk dan jalinan.

    Seorang pemuzik jalanan sedang bermain gitar di suatu sudut pejalan kaki. Di sisinya terdapat sebuah topi yang telah lusuh. Di dalamnya terdapat beberapa helai wang kertas dan wang siling bertaburan.
  2. Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi, bentuk, jalinan dan pencahayaan.

  3. Kelihatan dua ekor anak kucing berada di atas sebatang pokok. Anak-anak kucing tersebut sedang berusaha untuk turun ke bawah.
    Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi, ruang, bentuk dan jalinan.

  4. Beberapa telefon bimbit yang berada di atas meja makan menjadi robot dan sedang bertarung kerana merebut makanan yang terhidang.
    Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada aksi. ruang, bentuk dan jalinan.

  5. Di sebuah singki yang penuh dengan buih sabun, kelihatan pinggan mangkuk, cawan, gelas dan sudu yang belum dicuci. Terdapat juga lebihan makanan. Air pili di singki tersebut masih mengalir.
    Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang. bentuk, jalinan dan pencahayaan.

  6.  Anda sedang melalui sebuah lorong pada waktu hujan renyai di waktu malam. Di kiri dan kanan kelihatan bangunan lama dan bersejarah. Kawasan tersebut kelihatan suram dan disinari lampu jalan.
    Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada suasana, ruang. bentuk dan pencahayaan.
Terbaru Lebih lama