REFLEKSI PRAKTIKUM HARI, INTERNSHIP

 3 OGOS 2015 ISNIN 

 

KEKUATAN 

Saya mampu mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan melaksanakan set induksi dengan aktiviti nyanyian. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Antara kelebihan tersebut ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan jelas oleh semua murid. Selain daripada itu, guru peka dengan murid yang tidak mengambil perhatian iaitu dengan meminta murid tersebut untuk bangun dan membaca teks. Bahkan, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan membetulkan murid yang telah menggunakan perkataan kesat ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disiplin murid terkawal serta murid dapat belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respons ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 

 

KELEMAHAN 

       Kelemahan pertama yang telah dikesan ialah pada set induksi, terdapat beberapa orang murid yang tidak mengambil bahagian menyanyi bersama. Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar serta fungsi penggunaan huruf besar tersebut. Ketika membuat langkah tiga, terdapat beberapa orang murid yang dikesan tidak membuat kerja sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dan membuat kerja lain. 

 

LANGKAH MENGATASI 

Dalam perancangan seterusnya,saya seharusnya merancang aktiviti yang menguji kemahiran murid. Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang bersesuaian agar tahap murid diuji. Guru juga hendaklah menyediakan “pelan A” dan “pelan B” bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang tepat dan mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat. Di samping merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru menggunakan alat rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.  

4 OGOS SELASA 

 

KEKUATAN 

Secara keseluruhannya, sesi pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Semua murid dapat menghasilkan rekaan yang kreatif melalui teknik lipatan dan guntingan. Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan murid-murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan. Ada dalam kalangan murid yang kreatif yang dapat menghasilkan corak yang menakjubkan. Pada hari tersebut saya telah menggunakan satu contoh rekaan sebagai panduan murid.  

 

KELEMAHAN 

Terdapat beberapa hasil kerja murid yang kurang kemas, namun semua murid berjaya mencapai objektif pada hari ini. Murid agak nakal dan suka berjalan dan mengganggu kawan lain setelah berjaya melaksanakan tugasan. 

 

LANGKAH MENGATASI 

Murid-murid yang cerdas dapat menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing dalam masa yang pantas. Tetapi perkara tersebut dapat diatasi dengan mengarahkan murid membina seberapa banyak rekaan dan corak dan diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6 OGOS KHAMIS 

 

5 IBNU KHALDUN 

Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana terdapat aktiviti lain yang dilaksanakan di dalam kelas. Aktiviti membuat keris ditunda pada minggu seterusnya. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6 OGOS KHAMIS 

 

2 IBNU KHALDUN 

KEKUATAN 

 

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjaya mencapai objektif. Semua murid berjaya membuat teknik lingkaran dengan betul berpandukan demonstrasi yang telah dilakukan pada langkah aplikasi seni. Murid dapat membezakan teknik lingkaran dengan benda yang terdapat di sekeliling mereka. Semua murid berjaya melaksanakan dan menghantar karya masing-masing. 

 

KELEMAHAN 
 

Terdapat  aktiviti yang telah dirancangkan terganggu disebabkan beberapa orang murid ini bermain semasa diminta membuat aktiviti. Hal ini menimbulkan masalah bagi rakan-rakan yang lain kerana mereka terganggu dengan murid berkenaan yang sering berjalan di dalam kelas dan mengganggu rakan. 

 

PENAMBAHBAIKAN 

Saya  perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya akan memberikan lebih perhatian terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas dan memberikan kerjasama kepada rakan-rakan kumpulan yang lain. Memberikan peneguhan negatif terhadap murid yang bermasalah dengan membuat dendaan supaya kelas tersebut menjadi lebih berdisiplin adalah langkah yang baik supaya tidak menggangu rakan sekelas. 

 

 

 

7 OGOS JUMAAT 

 

KEKUATAN 

 

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjaya mencapai objektif walaupun masa diambil sedikit untuk memberi peluang kepada murid untuk menyalin nota yang terdapat pada papan putih. Semua murid berjaya mencapai objektif. Permainan kotak beracun hanya sempat dimainkan sebanyak tiga pusingan sahaja. 

 

KELEMAHAN 
 

Merancang masa dengan lebih baik, supaya aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih lama. Terdapat beberapa orang murid yang lambat menghantar tugasan yang diberikan. Murid yang duduk dalam kumpulan seperti berpuak-puak ataupun merancang untuk tidak melibatkan diri secara aktif khususnya semasa sesi soal jawab. 

 

PENAMBAHBAIKAN 

C:\Users\a\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_0676.jpgSaya perlu bertindak lebih tegas kepada murid yang lewat menghantar tugasan. Bagi murid yang kerap melakukan kesalahan nama mereka akan dicatatkan di dalam buku de merit supaya rakan sekelas mereka tidak menganggap walaupun sebagai guru pelatih, rancangan yang di ajar pada sesi tersebut terkandung dalam rancangan pengajaran tahunan yang perlu dipatuhi. Pada kelas akan datang saya akan mengasingkan mereka supaya mereka tidak hanya terikat pada kawan baik mereka sahaja. Tujuan ini adalah untuk merapatkan hubungan antara mereka dan melatih mereka untuk lebih bertanggungjawab dalam aktiviti kumpulan. 

 

 

 OGOS 2015  SABTU 

 

 

C:\Users\a\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_0704.jpg 

C:\Users\a\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_0697.jpg 

C:\Users\a\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_0695.jpg 

C:\Users\a\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_0701.jpg 

C:\Users\a\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_0706.jpg 

 

 

 

Program LINUS yang melibat tahun satu, dua dan tiga. Ibu bapa turut terlibat dengan majlis ini sejurus mesyuarat di bersama guru dilaksanakan. 

 

10 OGOS 2015 ISNIN 

 

KEKUATAN 

Secara keseluruhannya, sesi pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Semua murid dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Murid kelihatan sangat teruja dalam permainan telefon karat. Walaupun segelintir murid menganggap bahawa subjek ini membosankan, aktiviti yang dirancang dengan baik mampu mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan menaikkan semangat murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

 

KELEMAHAN 

Terdapat beberapa orang murid yang agak keliru semasa membuat latihan. Namun, dengan bantuan kawan mereka berjaya menyiapkannya. 

 

LANGKAH MENGATASI 

Guru hendaklah menerangkan arahan dengan lebih jelas pada masa akan datang. Guru juga hendaklah memantau segala gerak-geri murid di dalam kelas dengan mendekati murid-murid ini. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

11 OGOS SELASA 

 

Kelas tidak dapat dijalankan seperti biasa kerana terdapat majlis pertukaran dua orang guru, iaitu Ustad Zaidi dan Cikgu Syed yang telah lama berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2. 

 

C:\Users\a\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_0732.jpg 

C:\Users\a\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_0736.jpg 

C:\Users\a\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_0731.jpg 

C:\Users\a\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\IMG_0733.jpg 

 

 

 

 

[Text Wrapping Break] 

 

13 OGOS KHAMIS 

2 Ibnu Khaldun 

KEKUATAN 

Secara keseluruhannya, sesi pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Semua murid dapat menghasilkan rekaan yang kreatif melalui teknik resis dalam proses mewarna. Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan murid-murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan dan sukar untuk berhenti apabila diarahkan. Ada dalam kalangan murid yang kreatif yang dapat menghasilkan campuran warna yang menakjubkan.  

 

KELEMAHAN 

Terdapat beberapa hasil kerja murid yang kurang kemas, namun semua murid berjaya mencapai objektif pada hari ini. Murid tidak mahu berhenti apabila diarahkan. Malahan terdapat beberapa orang murid yang tidak membawa alat dan bahan seperti yang diarahkan. 

 

LANGKAH MENGATASI 

Murid-murid yang cerdas dapat menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing dalam masa yang pantas. Tetapi perkara tersebut dapat diatasi dengan mengarahkan murid membina seberapa banyak rekaan dan corak dan diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing. Bahkan guru boleh melaksanakan proses dendaan seperti memberi nasihat mahupun amaran lisan. 

 

 

 

 

 

 

13 OGOS KHAMIS 

5 Ibnu Khaldun 

Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana terdapat aktiviti lain yang dilaksanakan di dalam kelas. Aktiviti membuat keris ditunda pada minggu seterusnya kerana berlangsungnya latihan koir sekolah untuk menyambut kemerdekaan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

14 OGOS JUMAAT 

 

KEKUATAN 

Saya mampu mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan melaksanakan set induksi dengan aktiviti teka silang kata Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Bahkan, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan membetulkan murid yang telah menggunakan perkataan kesat ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disiplin murid terkawal serta murid dapat belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respons ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru dapat mengasingkan murid yang menganggu sesi PdP yang sedang berlaku.. 

 

KELEMAHAN 

Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar serta fungsi penggunaan huruf besar tersebut. Guru hendaklah membuat teka silang kata dengan saiz yang lebih besar. 

 

LANGKAH MENGATASI 

Dalam perancangan seterusnya,saya seharusnya merancang aktiviti yang menguji kemahiran murid.. Guru juga hendaklah menyediakan “pelan A” dan “pelan B” bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang tepat dan mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran.. Di samping merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru menggunakan alat rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.  

 

 

 

 

 

 

 

13 OGOS KHAMIS 

Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana terdapat aktiviti lain yang dilaksanakan di dalam kelas. Aktiviti membuat keris ditunda pada minggu seterusnya. 

 

14 OGOS JUMAAT 

 

17 OGOS 2015 ISNIN 

18 OGOS SELASA 

20 OGOS KHAMIS 

21 OGOS JUMAAT 

 

 

Terbaru Lebih lama