NOTA IPG

 BAHAGIAN B 

 

  1. Definisi bimbingan, kaunseling dan psikoterapi 

  1. Bimbingan 

Aktiviti yang dijalankan untuk membekalkan individu atau ahli kelompok dengan ilmu atau kemahiran tertentu. 

  1. Kaunseling 

suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. 

  1. Psikoterapi 

Pemulihan minda atau pemulihan kendiri iaitu rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi. 

Perbezaan bimbingan, kaunseling dan psikoterapi 

 

Bimbingan 

Kaunseling 

Psikoterapi 

Matlamat 

Matlamat jangka pendek 

Jangka pendek dan jangka panjang 

Fokus 

Pemberian maklumat atau nasihat 

Bersifat perkembangan kendiri 

Bersifat pemulihan 

Pendekatan rawatan 

Pendekatan pencegahan dan penyelesaian masalah 

Lebih kompleks 

Masalah klien 

Merangkumi masalah berkaitan kehidupan seharian atau akademik 

Masalah kompleks seperti kecelaruan mental 

Setting 

Sekolah, IPT, masjid dan sebagainya 

Hospital atau pusat rawatan mental 

Tempoh rawatan 

Agak singkat (1-5 sesi) 

Lebih panjang 

Pelaksana 

Guru biasa 

Guru bimbingan dan kaunseling 

Pakar psikologi kaunseling atau pakar psikiatri 

Sasaran 

Individu, kelompok besar dan kecil 

Individu, kelompok kecil 

Individu yg mempunyai masalah psikologi 

  1. Perkhidmatan Bimbingan 

  1. Jenis perkhidmatan bimbingan 

  • Inventori, taksiran dan rekod 

  • Bimbingan 

  • Kaunseling 

  • Penempatan dan tindakan susulan 

  • Konsultasi dan rujukan 

  • Penilaian  

 

  1. Prinsip perkhidmatan bimbingan 

  • Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses pendidikan yang terancang dan berterusan 

  • Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak 

  • Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukannya 

  • Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan kanak-kanak bagi perkembangan potensi dan kebolehan 

  • Bimbingan dan kaunseling bertujuan membantu kanak-kanak untuk memahami dirinya dan orang lain 

  • Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses pembelajaran 

  • Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa kini dan masa depan. 

 

 

 

  1. Cara mengenalpasti masalah 

  • Secara pemerhatian: 

  • Sebelum sesi pemerhatian, tentukan objektif atau tujuan, sasaran, tempoh dan cara merekod hasil pemerhatian 

  • Masuk ke kelas atau tempat murid berkumpul 

  • Duduk di belakan kelas atau tempat yang sesuai 

  • Buat pemerhatian sambil catat nota lapangan 

  • Hasil pemerhatian dicatatkan dalam: 

  • Rekod anekdotrekod running 

  • Persampelan masa 

  • Persampelan peristiwa 

  • Penulisan diari 

  • Senarai semak 

  • Sosiogram 

  • Hasil karya murid 

  • Gambar foto 

 

  1. Intervensi kaunseling 

  1. Terapi bermain 

  1. Definisi terapi bermain 

  • Penggunaan secara sistematik model tereotikal untuk membentuk proses interpersonal. 

 

  1. Kelebihan terapi bermain 

  • Memberi kanak-kanak peluang utk membuat pilihan sendiri tanpa bergantung pada orang lain 

  • Membolehkan mereka melahirkan perasaan tidak sedar dan bercirikan fantasi 

  • Membekalkan tempat yang selamat bagi mereka meluahkan perasaan 

  • Memupuk empati dan menghormati orang lain 

  • Menjadi lebih bertanggungjawab dan membentuk lebih strategi berkesan 

 

  1. Ciri-ciri guru mengamalkan terapi bermain 

  • Menghargai kanak-kanak 

  • Mempunyai sifat kecindan 

  • Bersikap gemar bermain 

  • Berkeyakinan diri dan boleh dipercayai 

  • Bersifat terbuka dan jujur 

 

  1. Teknik terapi bermain 

  • Bermain dengan anak patung 

  • Bermain dengan boneka 

  • Main pasir 

 

  1. Persediaan pelaksanaan terapi bermain 

  • Bilik terapi bermain 

  • Media mainan 

 

  1. Terapi seni 

  1. Konsep terapi seni 

  • Seni dianggap sebagai sublimasi di mana kehendak tidak sedar kanak-kanak ditunaikan. 

 

  1. Tiga jenis lukisan dalam terapi seni 

  • Potret diri 

  • Lukisan bebas atau spontan 

  • Lukisan keluarga 

 

  1. Persediaan terapi seni 

  • Pemilihan tempat 

  • Dilaksanakan dalam bilik khas yang dibekalkan dengan sinki, apron dan meja yang mudah dibersihkan 

 

  • Pemilihan bahan seni yang asas 

  1. Krayon 

  1. Cat jari 

  1. Pen marker 

  1. Tanah liat 

  1. Kertas 

  1. Gunting 

  1. Gam dan sebagainya. 

 

  1. Tafsiran hasil karya 

Hasil karya 

Tafsiran 

Berbentuk amat kecil dan terletak pada sudut kecil 

Serba kekurangan dan tidak selamat 

Bahagian muka/matahari digelapkan 

Berasa segan/malu dan kesedihan 

Berwarna biru gelap, kuning atau merah 

Ketenagan, kemesraan serta kemarahan atau penuh bertenaga 

Pemandanagan yang penuh dengan jantung 

Kasih sayang 

Contengan seperti: “Ibu sayang saya, ibu benci saya, ibu sayang saya..” 

Tersingkir akibat kasih sayang ibu yang tidak konsisten 

Alat seperti penukul, pisau dan sebagainya 

Kemarahan atau perasaan agresif bersifat pasif 

 

  1. Terapi muzik 

  1. Konsep utama 

  • Secara intrinsik, muzik adalah sebahagian daripada budaya kita 

  • Muzik boleh member kanak-kanak peluang untuk mengenali pemikiran dan perasaan terpendam 

  • Muzik mempunya struktur asas seperti ritma, melodi,pic dan tempo yang dapat menstruktur semula pemikiran kanak-kanak 

  1. Proses perancangan dan pelaksanaan terapi muzik 

  • Mendapat persetujuan klien dengan rancangan rawatan dan etika intervensi 

  • Mengatur pra sesi untuk klien menghadiri terapi supaya klien dapat mengetahui kemudahan-kemudahan sedia ada 

  • Mengadakan tempoh penilaian untuk menentukan strategi dan struktu sesi terapi yang sesuai 

  • Merekod secara terperinci semua aktiviti yang dilaksanakan 

  • Refleksi atau tindakan terapis diadakan selepas setiap sesi untuk penambahbaikan 

  • Memberitahu klien dan penjaganya rancangan dan rawatan sesi yang berikutnya 

  • Mengakhiri sesi terapi dengan teknik yang sesuai. 

 

  1. Peranan guru bimbingan membantu murid dalam pemilihan kerjaya 

  • Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri. 

  • Membantu murid mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan. 

  • Membantu murid dalam memadankan diri murid dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai. 

 

  1. Kerahisaan dalam kaunseling 

  1. Prinsip Kerahsiaan dlm Kaunseling. 

  • Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad.Dlm situasi tertentu boleh dedahkan.  

  • Kerahsiaan dipelihara sekiranya tdk menggugat hak individu lain atau org ramai. 

  • Kerahsiaan sesuatu yg tlh diketahui umum - kaunselor tdk terikat dgn kerahsiaan lagi. 

 

  1. Kepentingan Kerahsiaan 

  • Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan  

  • Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayaan 

 

  1. Situasi pengecualian kerahsiaan. 

  • Klien membahayakan diri dan org lain.  

  • Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.  

  • Mahkamah meminta maklumat didedahkan.  

  • Kaunselor mencurigai klien spt ada penderaan berlaku. 

 

Teori Kaunseling (TIngkah Laku) 

  • Teori Behavioris (tingkah laku) 

  • Hasil kajian Ivan Pavlov dan B.F. Skinner 

 

  • Peranan kaunselor 

  • Bertindak sebagai guru, pengarah, pakar 

  • Aktif menganalisis rantaian antara tingkah laku bermasalah dan kesannya 

  • Menjelaskan matlamat dan merancang modifikasi 

  • Merapatkan jurang diri sebenar dan idaman klien 

  • Mempamerkan ciri mesra dan empati 

 

  • Pandangan teori terhadap manusia 

  • Tingkah laku manusia terbentuk hasil dari proses pembelajaran dan kematangan. 

  • Keperibadian manusia dipengaruhi oleh persekitaran. 

  • Manusia memiliki kecenderungan ke arah positif dan negatif. 

  • Manusia lahir secara fitrahnya baik. 

  • Manusia mempunyai potensi untuk berkembang dan segala tingkah laku perkembangan harus diselesaikan dengan belajar. 

  • Tingkah laku manusia juga boleh berubah berdasarkan kepada keperluan asas. 

 

  • Teknik Teori Tingkah Laku 

  • Shaping iaitu pembentukan tingkahlaku positif yang diinginkan dengan memberikan peneguhan positif. 

  • Membuat kontrak tingkahlaku 

  • Latihan asertif 

  • Modeling 

  • Membuat latihan tingkahlaku yang diinginkan (Behavior rehearsal) 

  • Penstrukturan Kognitif 

  • Extinction iaitu mengurangi frekuensi terjadinya dengan menghilangkan peneguhan. 

  • Latihan Relaksasi 

  • Satiation iaitu proses memberi reinforcement yang berlebihan sehingga kehilangannya nilainya sebagai penguat 

  • Modifikasi tingkah laku 

  • Disentisization 

  • Floating 

  • Token ekonomi 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Kemahiran kaunseling individu 

  • Tahap kaunseling 

  • Bina hubungan 

  1. Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi. 

  1. Menentukan matlamat awal kaunseling. 

  1. Menstruktur hubungan.;kefahaman ttg proses kaunseling; penjelasan peranan klien 

  • Penerokaan 

  1. Meneroka skop masalah.  

  1. Analisis aras perkongsian klien.  

  1. Analisis pola sejarah klien- adakah pernah alami; adakah resolusi sama.  

  1. Mengenalpasti kekuatan dalaman klien 

  • Memilih alternatif 

  1. Matlamat mesti dipersetujui bersama 

  1. Setuju dgn pendekatan dan strategi yang digunakan 

  • Pelaksanaan  

Tahap di mana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien, atau menyelesaikan masalahnya. 

  • Penamatan 

Tahap kaunselor membuat rumusan apa yg tlh berlaku dlm sesi kaunseling dan kesannya.Tiga perkara yg mesti dicapai: 

  1. Kemajuan selama menjalankan kaunseling selama ini mesti dirumuskan kpd tiga kesan-kesannya. 

  1. Isu-isu yg mesti diselesaikan pd masa ini hendaklah dikemukakan. 

  1. Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling. 

 

  1. Kaunseling kelompok 

  • Kebaikan kaunseling kelompok 

  • Membekalkan satu persekitaran yang selamat 

  • Belajar antara satu sama lain 

  • Dapat menjimatkan masa 

  • Ahli berpeluang membantu ahli yang lain 

  • Memupuk semangat dan motivasi sesama ahli 

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi 

 

  • Jenis-jenis kelompok 

  • Kelompok bimbingan 

  • Aktiviti terancang 

  • Fokus kepada mklumat berbentuk pendidikan 

  • Bertujuan meningkatkan pertumbuhan serta perkembangan 

  • Kelompok kaunseling 

  • Pengalaman penyesuaian 

  • Fokus kepada sokongan interpersonal dan kaedah menyelesaikan masalah 

  • Bertujuan untuk pertumbuhan dan pemulihan 

 

  • Kelompok terapi 

  • Membekalkan pengalaman 

  • Fokus pada masalah peribadi 

  • Bertujuan untuk mencapai pemulihan 

 

  • Punca kegagalan sesi kaunseling kelompok 

  • Halangan Psikologikal seperti terlalu pendiam dan takut. 

  • Halangan fizikal seperti kecacatan anggota badan (pendengaran tidak jelas dan penyakit kulit). 

  • Halangan Sosial seperti malu bercakap dan tidak berani mengeluarkan masalahnya. 

  • Halangan persekitaran seperti bau-bauan dan bunyi bising. 

  • Perbezaan umur yang ketara. 

  • Perbezaan jantina. 

  • Perbezaan tahap pendidikan/kematangan 

  • Perbezaan status ekonomi dan sosial (SES) 

  • Pengkritik 

  • Monopoli 

 

  • Keperluan menjadi pemimpin kaunseling kelompok yang berkesan 

  • Kepercayaan kaunselor terhadap proses kaunseling kelompok 

  • Kesediaan  kaunselor menjadi model kepada ahli-ahli kelompok 

  • Kemahiran melayan  

  • Kemahiran penerimaan 

  • Sikap kaunselor yang dapat berterus terang 

  • Sabar dalam menjalankan sesi kaunseling kelompok 

  • Kaunselor mempunyai daya tahan yang tinggi 

  • Kaunselor mempunyai unsur kecindan 

  • Kaunselor mempunyai karisma 

  • Kefahaman teori oleh kaunselor 

  • Pengalaman kaunselor dalam bidang berkaitan 

 

  • Peranan pemimpin kaunseling kelompok 

  • Merangsang emosi supaya ahli berani meluahkan perasaan, sikap dan nilai diri. 

  • Mengambil berat apa yang berlaku dalam kelompok. 

  • Menyediakan ahli kumpulan untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam kumpulan. 

  • Menentukan peraturan yang harus dipatuhi oleh ahli kelompok. menentukan matlamat, masa dan etika kaunseling/penstrukturan. 

  • Sebagai pakar dalam interaksi yang berlaku dalam kelompok. 

  • Mengembangkan interaksi di antara ahli dalam kelompok. 

  • Menghalang/campur tangan untuk melindungi setiap ahli dari ciri negatif yang merosakkan proses kaunseling kelompok. 

  • Menyelesaikan perselisihan faham 

  • Pemudahcara 

 

  • Ciri pemimpin kaunseling kelompok yg berkesan 

  • Fasilitatif 

  • Mesra 

  • Menghormati ahli kelompok 

  • Empati 

  • Ikhlas 

  • Terbuka 

  • Tidak menghukum 

  • Tidak membuat generalisasi 

  • Tiada tanggapan/penilaian awal 

  • Kecindan 

 

  • Tindakan spontan mengelakkan kecelaruan kaunseling kelompok 

  • Menangguhkan sesi kelompok kerana ada isu lebih besar perlu diselesaikan. 

  • Mendapat persetujuan ahli terbabit untuk menjalani sesi kaunseling individu. 

  • Boleh meminta ahli terbabit keluar kumpulan untuk meredakan emosi sekiranya pemimpin berhasrat untuk meneruskan sesi. 

  • Pemimpin kelompok melakukan teknik relaksasi. 

 

  • Kriteria pemilihan ahli kaunseling kelompok 

  • Pencarian ahli / penyebaran maklumat/ pengedaran borang temujanji 

  • Jumlah ahli / saiz kelompok 

  • Umur ahli 

  • Jantina ahli 

  • Penetapan Jenis Kelompok 

  • Penetapan Tujuan Kelompok 

  • Masa 

  • Tempat/Lokasi 

  • Pemimpin kelompok 

 

  1. Langkah-langkah utama merangka dan menjayakan program motivasi (info tambahan) 

  • Pengenalan 

  • Objektif 

  • Matlamat 

  • Jawatankuasa Induk 

  • Jawatankuasa Pelaksana 

  • Kumpulan Sasaran 

  • Tempoh, masa/tarikh pelaksanaan 

  • Tempat 

  • Aktiviti 

  • Strategi pelaksanaan (ceramah, bengkel, LDK) 

  • Personalia yang terlibat 

  • Anggaran Perbelanjaan 

  • Penilaian program 

 

 

  1. Kemahiran asas komunikasi dalam kaunseling 

  • Membina hubungan 

  • Memberi perhatian 

  • Mendengar secara aktif 

  • Dorongan minimum 

  • Pendedahan Kendiri 

  • Menyoal 

  • Menyemak persepsi 

  • Parafrasa 

  • Refleksi 

  • Kesenyapan 

  • Konfrontasi 

  • Meminta penjelasan 

  • Membuat interpretasi 

  • Merumus 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Etika kaunseling yang perlu difahami oleh guru bimbingan. 

  • Memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada sebarang tindakan yang boleh menyebabkan “ public condemnation”(penghinaan masyarakat). 

  • Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan yang tidak profesional, atau kecuaian pihak kaunselor. 

  • Sebagai pengukur kepada “self-regulation” dalam profesion itu sendiri. 

  • Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri. 

  • Mempertingkatkan keberkesanan diri melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran selaras dengan tuntutan dan kesedaran pihak klien berkaitan hak mereka dalam undang-undang. 

  •  

  1. Namakan bidang-bidang perkhidmatan bimbingan dan kausneling di sekolah. 

  • Jenis perkhidmatan bimbingan 

  • Inventori, taksiran dan rekod 

  • Bimbingan 

  • Kaunseling 

  • Penempatan dan tindakan susulan 

  • Konsultasi dan rujukan 

  • Penilaian  

 

 

  1. Matlamat ujian pencapaian dilaksanakan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 

 

  1. Tindakan guru biasa untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti bimbingan di sekolah. 

  • Memberi bimbingan dari segi maklumat dan nasihat 

  • Beri peluang kepada murid kembangkan daya kebolehan 

  • Bantu murid bentuk tabiat kerja yang baik 

  • Mengumpul maklumat murid 

 

  1. Kepentingan teori kaunseling kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk menguruskan tingkah laku pelajarnya. 

  1. Ciri-ciri utama yang perlu ada pada seorang kaunselor untuk menjamin wujudnya perhubungan menolong. 

  1. Implikasi teori pelaziman operan skinner dalam pengajaran dan pembelajaran. 

  1. Kemahiran asas kaunseling ; empati, refleksi isi, refleksi perasaan, refleksi pengalaman, dorongan minima. 

  1. Inventori psikologi adalah untuk mengenalpasti 

  1. Nyatakan pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.  

  1. Nyatakan kepentingan perkhidmatan dan kaunseling diadakan di sekolah. 

  1. Sebagai guru biasa, bagaimana cara anda dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti bimbingan di dalam bilik darjah. 

  1. Terapi bercerita merupakan pemulihan emosi melamui bahan bercerita. Huraikan tindakan guru bimbingan dalam melaksanakan kaedah di atas. 

  1. Sejauh mana terapi biblio boleh membantu klien dalam menyelesaikan masalah. 

  1. Bincangkan dua jenis inventori psikologi yang dapat memberi maklumat mengenai diri individu sama ada  kekuatan, kelemahan diri atau potensi diri. 

  1. Mengapakah pelajar sekolah patut didedahkan dengan inventori psikologi. 

  1.  

 

  1. Apakah tindakan guru bimbingan semasa menggunakan terapi bermain dan terapi seni. 

 

 

 

1  a.     Kaunseling boleh diertikan sebagai satu proses pertolongan yang profesional bertujuan untuk membantu individu memahami  dirinya  dan alam sekelilingnya. Namun terdapat beberapa ciri yang bukan  dianggap sebagai kaunseling. Berikan dua daripada ciri tersebut. 

  • dengan memberi nasihat sahaja 

  • penerapan nilai dan kepercayaan kaunselor kepada klien 

  • terlalu intelektual dan cuba menunjukkan kehebatannya 

  • menyoal siasat klien  

  • mana-mana jawapan yang munasabah 

 

1  b.     Nyatakan tiga kepentingan  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling  di sekolah. 

  1. Guru biasa tidak mempunyai cukup kemahiran untuk memberi bantuan menyeluruh kepada individu 

  1. Kesedaran tentang perbezaan individu menjadi lebih utama 

  1. Perkembangan pendidikan begitu pesat , ibu bapa tidak berupaya membimbing pelajar dengan baik dan bermakna 

  1. Membantu pelajar membuat pilihan kerjaya selaras dengan keupayaan dan minat 

  1. Perubahan nilai dan rombakan sistem keluarga menyebabkan timbulnya gejala sosial 

 

2.  a. Jelaskan tiga ciri utama yang perlu dimiliki oleh seseorang  Guru Bimbingan. 

i Kepercayaan kepada klien 

Mempunyai kepercayaan yang klien unik, berharga, dan keupayaan berubah 

ii Pengetahuan dan kemahiran 

Mempunyai pengetahuan bagaimana individu efektif berfungsi dan berkemahiran membantu klien 

iii Penglibatan diri 

Mempunyai komitmen yang tinggi dan kesanggupan melibatkan diri dalam proses interpersonal 

iv Mengenali diri 

Mempunyai konsep kendiri yang positif, tahu menyelesaikan  masalah sendiri dan batasan kebolehan sendiri 

 

2 b.    Huraikan secara ringkas dua peranan guru biasa dalam membantu perkhidmatan   

bimbingan dan kaunseling di sekolah. 

  • Menemubual murid bagi mendapatkan maklumat untuk disalurkan kepada guru bimbingan  

  • Merekodkan segala maklumat yang diperolehi dari buku kedatangan, kad kemajuan pelajar dan sebagainyam 

  • Sebagai penghubung antara murid dan guru bimbingan 

  • Membantu segala program dan aktiviti yang  dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling 

  

3 a.  Terdapat beberapa jenis intervensi yang dapat dilaksanakan dalam perkhidmatan  

kaunseling kanak-kanak. Senaraikan empat jenis intervensi  tersebut. 

  • Intervensi  Terapi Bermain 

  • Inervensi Terapi Seni Kreatif 

  • Intervensi Terapi Muzik 

  • Intervensi Terapi Biblio 

  • Terapi Tarian 

  • Terapi Drama/Bercerita 

 

3. b.   Pilih dua daripada intervensi di atas dan terangkan kaedah melaksanakannya    

secara ringkas. 

 

  • Terapi Bermain 

  • Kanak-kanak suka bermain, melalui bermain mereka dapat  

  • memahami dunia ini. Melalui bermain mereka dapat meneroka  

  • diri dan indentiti mereka serta menguji pilihan secara imiginasi  

  • semasa bermain. Boleh menggunakan alat atau tanpa alat,  

  • dalam atau di luar . Contoh jenis permainan perlu nyatakan 

  • Terapi Seni Kreatif 

  • Antara jenis terapi seni kreatif ialah Terapi Bercerita, ia berkesan untuk membina rappo serta mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra. Melalui cerita yang diampaikan kanak-kanak dapat meluahkan perasaan yang terpendam.Melalui lukisan juga dapat menyampaikan hasrat dan perasaan terpendam dikisan juga dapat menyampaikan hasrat dan perasaan terpendam di atas kertas yang boleh diagnosis.  

  • Terapi Muzik 

  • Secara intrinsik, muzik adalah sebahagian dari budaya kita dan disukai kanak-kanak.Melalui muzik kanak-kanak dapat mengenali pemikiran dan perasaan yang terpendam.Melodi dan irama mengandungi unsur terapi yang memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja.Muzik mempunyai struktur asas untuk menstruktur semula pemikiran yang bercelaru. 

  • Terapi Tarian 

  • Terapi tarian melibatkan gabungan minda (kognitif) dan gerakan 

  • ( fizikal). Ia dapat mencerminkan mood kanak-kanak dan menunjukkan kelenturan atau ketegaran. Eksperisi kendiri kanak-kanak dilahirkan dalam bentuk tarian. 

  • Terapi Drama 

  • Memberi peluang kanak-kanak belajar daripada pengalaman, dapat meluahkan perasaan, pemikiran impuls dan aksi melalui watak-watak yang dimainkan. Konflik emosi lebih mudah difahami apabila dipindahkan dalam bentuk  aksi drama. Teknik main peranan secara spontan amat berkesan. 

  • Terapi Biblio 

  • Kanak – kanak diminta membaca buku cerita dan menceritakan kembali kepada guru bimbingan dan mengaitkan watak dalam cerita tersebut dengan diri mereka. Melalui cara ini kanak-kanak berpeluang membuat pendedahan kendiri, kemudian mengkaji cara menyelesaikan konflik watak tersebut. Mereka dapat celikakal melalui kajian alternatif yang diambil oleh watak tersebut.Terapi ini memakan masa kerana beri peluang kanak-kanak membaca dan menceritakan kembali.Antara bahan yang boleh diguna ialah Cerita Pendek, Bibliografi, Buku Bantu Diri, cerita Dongeng, Buku Gambar. 

 

4. a. “Saya tak tahu apa minat saya cikgu,  kadangkala saya keliru siapa saya ini. Tengok cikgu, saya minat juga nak jadi guru, tapi bila tengok pegawai polis dalam cerita polis kat TV tu,  rasanya minat juga”. Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan empat perkhidmatan yang dapat diberikan kepada pelajar tersebut ? 

  • Bimbingan Kerjaya 

  • Ujian Minat Kerjaya 

  • Kaunseling individu 

  • Inventori 

  • kaunseling kelompok 

 

 

 4. b. Ujian minat kerjaya Self-Directed Search (SDS) oleh Holland telah mengkelaskan ciri manusia kepada enam ciri  atau tema utama. Pilih dua daripadanya dan huraikan ciri-ciri personaliti berserta contoh pekerjaannya. 

 

Realistik 

Ciri personaliti: Gemar tugas konkrit, praktikal, menggunakan alat atau mesin. Kurang sosial. 

Contoh kerjaya : Jurutera, Jurugambar, Tukang paip dll  

Investigatif 

Ciri Personaliti: Mempunyai pemikiran abstrak, bersifat analitikal dan berdikiri, berorientasikan tugas 

Contoh kerjaya: Saintis(semua bidang), ahli matematik, Pegawai penyiasat dll 

Artistik 

Ciri Personaliti: Mempunyai daya imiganasi dan nilai estetika yang tinggi, eksperisi kendiri melalui bidang seni. 

Contoh kerjaya: Artistik-pelukis, pereka, Muzikal- guru muzik, ahli muzik, penulis, pengkritik dll. 

Sosial 

Ciri Personaliti: Mengutamakan masalah sosial, suka berkawan, peramah dan senang dalam kelompok yang ramai 

Contoh Kerjaya: Guru, Kaunselor, Pegawai kebajikan, jururawat ahli sosiologi dll. 

Daya usaha (enterprising) 

Ciri Personaliti: Bersifat ekstrovert, agresif, domonan, mempunyai daya pujuk yang tinggi dan suka memimpin 

Contoh Kerjaya: Pengurus, Pegawai pemasaran, Penyelia pengeluaran, pengurus jualan, ahli korporat.  

Konvensional 

Ciri Personaliti: Bersifat sosial, praktik dan konservatif, suka tugas yang berstruktur dan menerima arahan 

Contoh Kerjaya: Kerani fail, akauntan, setiausaha, pelayan tetamu, penyimpan kira-kira dll 

 

  1. Penekanan khusus dalam falsafah bimbingan dan kaunseling sekolah. 

Satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu melalui usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuan supaya memperolehi kesejahteraan dalam hidup serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat. 

 

  1. Nyatakan peringkat / fasa dalam pelaksanaan kaunseling individu. 

  • Membina hubungan 

  • Penerokaan 

  • Mengenal pasti masalah 

  • Membuat alternatif 

  • Keputusan dan penamatan 

 

 

  1. Huraikan lima pandangan teori pemusatan insan terhadap manusia.  

  • Manusia boleh berkembang positif saling percaya dan hormat antara satu sama lain. 

  • Manusia mempunyai kecenderungan aktualisasi diri yang enheren, gerakan ke arah membangunkan kapasiti dalam cara yang berfungsi untuk mengekalkan dan meningkatkan individu. 

  • Setiap manusia boleh memenuhi keperluan mereka, membangunkan pemikiran tentang diri sendiri dan berinteraksi dalam kalangan masyarakat dengan caya yang berfaedah. 

  • Manusia memerlukan perhatian orang lain  untuk membina maruah diri dan berusaha untuk memenuhi harapan orang lain. 

  • Manusia mampu membuat keputusan sendiri. 

 

  1. Bincangkan falsafah A-B-C-D  teori REBT yang diperkenalkan oleh Albert Allis dan berikan contoh yang sesuai.  

  • A : Activating event (peristiwa yang mencetuskan tekanan dan kebimbangan) 

  • Ia merujuk kepada apa sahaja yang menjadi pemula seperti keadaan, situasi, peristiwa, pengalaman atau pemikiran mengenai sesuatu yang telah berlaku.  

  • Krisis dalam hubungan peribadi, masalah keyakinan diri yang kronik, tidak puas dengan sesuatu kerja, setiap peristiwa yang membuatkan sesorang itu memerlukan kaunselor.  

  • Contoh: Andrew dimarahi oleh rakannya kerana melakukan sesuatu perkara yang tidak semestinya. Bagi Andrew rakannya tidak perlu memarahi beliau kerana perkara yang dilakukannya merupakan masalah yang remeh temeh yang tidak perlu diperbesarkan. 

  • B : Beliefs (kepercayaan)  

  • Pandangan yang sangat khusus yang menyebabkan seseorang menjadi kecewa. 

  • Contoh; persepsi yang dirasakan oleh Andrew ialah rakannya tidak menyukainya berikutan dengan reaksi rakannya memarahi Andrew disebabkan perkara yang kecil. 

  • C : Consequences (emosi yang terhasil/akibat) 

  • Pemikiran yang tidak rasional menghasilkan akibat buruk. 

  • Contoh: Apabila dimarahi sedemikian, Andrew merasa dirinya tidak dihargai dan tidak diberi layanan yang sepatutnya seterusnya beliau merasa rendah diri serta berfikiran beliau tidak mempunyai tempat di dunia ini. 

  • D : Disputing (Mempertikaikan) 

  • Bertanya pada diri sendiri beberapa soalan mengenai kepercayaan anda untuk menentukan sama ada ia adalah realistik. 

 

  1. Berikan lima hujah anda mengapa persediaan dan tindakan prasesi perlu dilakukan. 

  1. Jelaskan lima tingkahlaku bukan lisan klien semasa sesi kaunseling yang dapat membantu kaunselor untuk membuat interpretasi dengan tepat. 

 

  1. Bincangkan kriteria terbaik dalam pemilihan ahli kelompok. 

  • Penempatan tujuan 

  • Lokasi atau tempat sesi kaunseling dijalankan hendaklah selesa 

  • Saiz kelompok atau jumlah ahli 

  • Jantina ahli kelompok 

  • Masa 

  • Penetapan jenis kelompok 

  • Pemimpin kelompok 

  1. spe 

  1.  

  1. Sejauh mana kaunseling kelompok boleh membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah mereka. 

  • Pengkongsian secara berfaedah dan selesa 

  • Perkongsian yang diadakan dalam keadaan selesa menyebabkan ahli kaunseling kelompok berasa selesa dan memupuk sifat percaya pada diri. 

  • Setiap ahli akan dapat mencadangkan sesuatu yang boleh memberikan kepada kebaikan kepada ahli lain. 

  • Penetapan ke arah penyelesaian masalah 

  • Murid-murid akan dapat berbincang dan berkongsi pengalaman mereka dan ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

  • Kauseling kelompok akan dapat mendedahkan kepada murid bagaimana rakan sebaya mereka bertindak apabila ditimpa msalah. 

  • Penetapan tujuan yang sama 

  • Dapat memberikan motivasi kepada murid kekuatan dan berkeyakinan tinggi. 

  • Memahami masalah diri 

  • Membantu murid-murid untuk lebih memahami diri mereka sebagai individu. 

  • Memperkembangkan kesedaran emosi murid-murid. 

  • Persekitaran yang selamat 

  • Persekitaran yang selamat dan selesa semasa kaunseling kelompok dilaksanakan mendorong ahli dalam meluahkan perasaan dan masalah masing-masing. 

 

  1. a) Senaraikan empat jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang perlu dilaksanakan di sekolah.(4m) 

 Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan 

  • Perkhidmatan inventori , taksiran dan rekod.  

  • Khidmat pengumpulan dan memberi maklumat 

  • Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling 

  • Khidmat penilaian 

  • Khidmat inventori dan rekod 

  • Khidmat penempatan 

  • Khidmat konsultasi dan rujukan 

  • Konferensi kes 

Jenis-jenis perkhidmatan kaunseling 

  • Kaunseling pencegahan 

  • Kaunseling perkembangan 

  • Kaunseling krisis 

  • Kaunseling pemulihan 

 

b) Nyatakan tiga tujuan perkhidmatan inventori individu dan rekod dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. (6m) 

i) 

ii) 

iii) 

 

  1. a) Dalam usaha untuk memantapkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, kerjasama antara guru biasa dan guru bimbingan adalah penting khususnya yang melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat murid. (5m) 

Terangkan secara ringkas lima cara utama bagaimana pengumpulan maklumat murid dilaksanakan.  

i a) Teknik Ujian 

- Ujian pencapaian 

- Ujian aptitid 

- Inventori minat kerjaya 

- Ujian & inventori personalitiujian sikap 

 

b) Teknik Bukan Ujian 

- Pemerhatian 

1) paham TL murid. 

2) nilai perkembangan murid 

3) nilai kemajuan pembelajaran murid 

 

- Analisis dokumen 

1) kad laporan murid 

2) buku kedatangan murid 

3) kad kumulatif murid 

 

- Temubual – murid, guru) 

  

b) Guru sentiasa menghadapi pelbagai kerenah murid yang menimbulkan masalah pembelajaran. 

Terangkan bagaimana seorang guru dapat mengenal pasti masalah murid dengan menggunakan kaedah Anekdot. (5m) 

i) 

ii) 

iii) 

iv) 

v) 

 

 

3. Jelaskan tiga ciri terapi seni dalam bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. (6m) 

  • Antara jenis terapi seni kreatif ialah Terapi Bercerita, ia berkesan untuk membina rappo serta mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra.  

  • Melalui cerita yang diampaikan kanak-kanak dapat meluahkan perasaan yang terpendam. 

  • Melalui lukisan juga dapat menyampaikan hasrat dan perasaan terpendam dikisan juga dapat menyampaikan hasrat dan perasaan terpendam di atas kertas yang boleh diagnosis. 

b) Muzik adalah universal dan kreatif. Manusia bertindak balas terhadap muzik dari segi mental, emosi, fizikal dan rohani. Sarankan dua kebaikan terapi muzik yang diamalkan dalam sesi kaunseling dari aspek akademik dan komunikasi. (4m) 

i) 

ii) 

 

4) a) Semasa mengikuti perkembangan kerjaya dari tahun 1 hingga 5, guru bimbingan dan kaunseling mendapati bahawa minat Ramli terhadap dunia pekerjaan tidak jelas dan spesifik. 

Berpandukan kepada pemahaman anda mengenai kerjaya, berikan lima sebab mengapa Ramli berkeadaan demikian. (5m) 

i) 

ii) 

iii) 

iv) 

v) 

 

b) Penggunaan inventori dapat membantu seseorang individu dalam membuat pemilihan pekerjaan bermula dengan pengamatan terhadap dunia pekerjaan dan berterusan hingga ke peringkat remaja dan dewasa. 

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang perkembangan kerjaya, cadangkan lima cara bagaimana maklumat pendidikan dan kerjaya dapat disalurkan kepada murid-murid. (5m) 

i) 

ii) 

iii) 

IV) 

V) 

 

 

 

BAHAGIAN C 

  1. Amin alah seorang murid yang berumur 11 tahun, dia dirujuk oleh guru kelas kepada anda kerana Amin menunjukkan tingkah laku anti sosial. Sebagai seorang kaunselor, bagaimanakah anda melaksanakan sesi kaunseling pertama dengan amin? Apakah jenis terapi yang sesuai boleh anda gunakan untuk membantu Amin 

  1. Menurut super, konsep kendiri berubah mengikut edaran masa dan berkembang hasi daripada pengalaman. Bincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sesorang dalam setiap peringkat perkembangan kerjaya beliau. 

  1. “ teori kaunseling behaviorisme merupakan teori yang paling berkesan dalam menangani masalah tingkah laku murid. Berikan hujah-hujah anda untuk menyokong pernayataan tersebut? 

  • Dengan menggunakan teori kaunseling behaviorisme, guru kaunseling akan dapat memahami mengapa sesuatu tingkah laku berlaku sedemikian rupa, dan apakah strategi yang wajar harus diambil untuk mengekalkannya atau pun mengubahnya. Yang pentingnya, guru kaunseling akan bertindak dengan lebih konsisten terhadap kliennya mempersepsikan masalahnnya sendiri. Dengan menggunakan pendekatan behaviorisme, kaunselor dapat menyelami masalah klien berasaskan kefahamannya tentang perihal perlakuan yang adaptif dan maladaptif dari kaca mata teori ini. Beberapa teknik yang mudah dilaksanakan adalah seperti role play, latihan asertif dan token eknomi boleh digunakan. 

  • Prinsip pelaziman klasikal, misalnya untuk melatih, Albert takut kepada tikus putih, kapas putih dan rambut watson yang putih. Penting untuk difahami kerana ia menjadi asas kefahaman teori behaviorisme. Dan ia juga menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran. 

  • Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk memastikan sesuatu tingkah laku berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh peneguhan positif ialah wang atau pujian. Contoh peneguhan negatif pula adalah seperti menyekat waktu rehat anak murid. Peneguhan negatif adalah untuk menghentikan tikah laku negatif diulangi. 

  • Hukuman dan pelupusan (extinction) menggurangkan tingkah laku berulang. Hukuman ialah menambahkan rangsangan yang menyakitkan atau tidak selesa. Pelupusan ialah untuk mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak dikehendaki seperti menyampuk apabila orang tua bercakap. Bagi mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki ini, memadai dibiarkan sahaja atau tidak diberi sebarang respon. 

  • Penggunaaan prinsip pelazimian operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku sesorang dinamakan sebagai teknik. Modifikasi tingkah laku atau behavior modification. Kedua-dua prinsip pelaziman operan dan prinsip klasikal adalah prinsip pembelajaran asas. 

  • Pandangan teori behaviorisme terhadap manusia 

  1. Manusia dilahirkan nutural dan berpotensi yang sama untuk menjadi baik atau jahat, bersifat rasional atau tidak rasional. 

  1. Manusia memberi respon terhadap rangsangan yang sesuai 

  1. Reaksi manusia terhadap satu-satu rangsangan bergantung kepada pengalaman. 

  1. Manusia berkebolehan menyimpan, dan mengulang pola-pola tingkah laku sekiranya diperlukan. 

  • Peranan kaunseling 

  • Membantu tingkah laku yang kurang wajar 

  • Mengamalkan kemahiran mengurus tingkah lau 

  • Menyempurnakan tugasan yang diberikan. 

  • Teknik/ strategi untuk membantu klien 

  • Kontrak kontingensi 

  • Pembentukan 

  • Modelling 

  • Token ekonomi 

  • Main peranan 

  • Latihan asrtif bersistem 

  • Pelaziman aversif 

 

 

  1. Pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) oleh Albert Ellis menekankan pengaruh proses pemikiran terhadap emosi dan tingkah laku. Semasa sesi kaunseling, guru kaunseling selalu menghadapi murid yang suka menyalahkan rakan dan gurunya, dan tidak sedia mengambil tanggungjawab untuk tingkah lakunya.Bincangkan tindakan yang boleh diambil dan implikasi apabila guru menggunakan pendekatan REBT untuk membantu murid menghadapi masalah emosi. (20m) 

  1. Guru bimbingan dan kaunseling sering berhadapan dengan pelbagai kerenah tingkah laku bukan lisan murid di sekolah. Bincangkan tingkah laku bukan lisan dan jelaskan maksud tingkah laku tersebut dengan contoh-contoh yang sesuai. (20m) 

  1. Sekolah anda berhadapan dengan masalah buli. Semua guru diminta untuk membantu sekolah menyelesaikan masalah dalam kalangan murid-murid yang terlibat. Sebagai guru bimbingan rancangkan satu sesi kaunseling kelompok untuk membantu menangani masalah tersebut. (20m) 

 

Menolong murid-murid untuk memahami diri mereka sebagai individu dan memperkembangkan kesedaran emosi murid-murid serta membantu murid-murid supaya menjadi lebih kuat dan berkeyakinan. 

  1. Kelemahan kaunseling kelompok. 

  1. Klien berasa tertekan apabila berhadapan dengan orang lain. Ada juga ahli yang sukar untuk membina kepercayaan terhadap ahli yang laian. Dengan itu, mereka tidak menimbulkan isu berkaitan sikap, perasaan, nilai dan tingkah laku yang mereka merasakan tidak akan diterima oleh ahli lain dalam kelompok. 

  1. Perkembangan kelommpok tersekat oleh isu yang memerlukan masa yang lama untuk ditangani bersama. Keadaan ini menyebabkan tumpuan ke atas ahli yang lain semakin kurang, 

  1. Peranan pemimpin dalam kelompok tidak luas tetapi lebih kompleks kerana ahli yang ramai. 

  1. Klien sukar meluahkan perasaan kepada orang lain jika masalahnya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama. 

  1. Klien yang mengalami konflik peribadi atau konflik perseorangan yang terlalu peribadi untuk dikongsi bersama. 

 

1. Teori Pemusatan Perorangan telah diperkenalkan oleh Carl Rogers  

(1994). Matlamat teori ini ialah agar klien dapat menyelesaikan   

masalahnya dengan persekitaran dan seterusnya boleh menyelesaikan  

masalah sendiri.  

 

  1. Jelaskan LIMA pandangan Carl Rogers terhadap manusia 

  • Mempunyai maruah serta harga diri, dan harus dihormati 

  • Berpoteni untuk melakukakan perubahan yang konstruktif serta perkembangan peribadi ke arah kehidupan yang memuaskan 

  • Berkebolehan untuk memilih nilai masing-masing 

  • Berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan tingkahlaku masing-masing 

  • Mampu belajar cara menunaikan tanggungjawab secara konstruktif 

  • Mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri, dan berkebolehan untuk membuat penilaian yang bijak, sekiranya diberi peluang. 

 

 

2.   Menurut  Carl Rogers dalam Teori  Pemusatan Perorangan seorang kaunselor    

  harus   memiliki sifat-sifat penting dalam memberi perkhidmatan kaunselinh. 

 

(a )    Huraikan tiga (3 ) sifat yang perlu dimiliki oleh guru bimbingan. 

 (b)     Huraikan tujuh (7) kemahiran  yang digunakan dalam proses kaunseling Pemusatan Perorangan. 

 

3. Teori Tingkah Laku merupakan pendekatan induktif yang menekankan kaedah eksperimen di dalam proses kaunseling. Teori in dikatakan teori yang mempunyai banyak teknik tetapi sedikit konsep. 

 

(a) Huraikan lima pandangan teori ini terhadap sifat-sifat manusia. 

(b) Bincangkan lima teknik Teori Tingkah Laku. 

4. Teori behaviourisme merupakan salah satu teori kaunseling digunakan oleh ramai kaunselor di sekolah. 

 

(a) Bincangkan bagaimana tingkah laku maladaptif dipelajari menurut teori behaviourisme. (Berikan contoh yang sesuai)  

(b) Huraikan teknik role-play dan latihan asertif sebagai strategi membantu klien. 

5. Teori Rasional Emosi Tingkah Laku (REBT) merupakan pendekatan kaunseling yang  berorientasikan penyelesaian tertumpa kepada peranan mental(kognitif) ke atas emosi. 

 

(a) Huraikan lima pandangan Teori REBT terhadap manusia. 

 (b) Jelaskan empat konsep utama A-B-C-D yang dikemukakan oleh Albert Ellis dalam Teori REBT. 

6. Ellis (1995) berpendapat manusia mempunyai pemikiran rasional dan tidak rasional. Oleh yang demikian Terapi Rasional Emotif Behavioral bertujuan membantu klien memperkembangkan pemikiran rasional dan logikalnya. 

 

(a) Bincangkan  empat peringkat proses kaunseling REBT 

(b) Huraikan bagaimana Teknik Emotif dan Teknik Behavioral di aplikasikan dalam proses kaunseling REBT.  

7. Sesi kaunseling individu berlaku berdasarkan kepada tahap-tahap perkembangan dan penggunaan beberapa kemahiran asas kaunseling dalam usaha kaunselor membantu klien. 

 

  1. Huraikan lima tahap proses kaunseling individu. 

  1. Membina hubungan 

  1. Penerokaan 

  1. Mengenal pasti masalah 

  1. Membuat alternatif 

  1. Keputusan dan penamatan 

 

 (b) Terangkan lima kemahiran asas komunikasi yang boleh membantu keberkesanan proses kaunseling  individu 

8. Tingkah laku bukan lisan amat penting dalam proses kaunseling. 

 

(a) Huraikan beserta contoh yang sesuai definisi ‘tingkah laku bukan lisan’ yang  diguna dalam proses kaunseling 

 (b) Berdasarkan lima contoh yang berkaitan, jelaskan bagaimana anda  membaca dan mentafsir tingkah laku bukan lisan klien. 

 

 

 

 

 

 

9. Kelompok yang dinamik mampu berkembang dengan baik dan dapat membantu perkembangan diri ahli-ahlinya. 

 

(a) Jelaskan lima ciri-ciri kelompok yang berkesan 

 (b) Bincangkan lima jenis ahli kelompok yang mencabar dan menghalang keberkesanan kaunseling kelompok 

10. Punca kegagalan sesuatu sesi kaunseling kelompok ialah kurangnya kejelekitan kelompok dalam kalangan ahli meskipun beberapa siri telah dijalankan. 

 

(a) Huraikan lima punca wujudnya kegagalan tersebut. 

 (b) Huraikan lima keperluan untuk menjadi seorang pemimpin kaunseling kelompok yang berkesan. 

 

11. Dalam sesi kaunseling  tugas kaunselor  amat penting untuk membina perhubungan mesra dengan klien. 

 

(a) Bincangkan lima tugas kaunselor yang mesti dilaksanakan bila membina perhubungan dengan klien 

(b) Huraikan lima unsur yang memberikan nilai terapeutik melalui kaunseling kelompok. 

12. Peringkat konflik dalam sesi kaunseling kelompok merupakan peringkat yang paling mencabar. 

 

(a) Jelaskan lima sebab mengapa konflik berlaku pada peringkat ini. 

 (b) Huraikan lima cara fasilitator boleh lakukan untuk menggalakkan ahli kelompoknya mengambil bahagian. 

 

 

 

Banding dan bezakan antara Teori Pemusatan Perorangan dengan Teori Terapi Rasional Emotif Tingkahlaku.  Huraikan justifikasi berdasarkan aspek-aspek utama dalam teori-teori berkenaan. 

Aspek 

Teori Pemusatan Perorangan 

Teori Terapi Rasional Emotif 

Pandangan teori /anggapan terhadap manusia 

  1. mempunyai maruah dan harga diri 

  1. mempunyai kebolehan untuk mencapai arah kesempurnaan kendiri 

  1. berkebolehan untuk memilih nilai masing-masing 

  1. berkebolehan menangani perasaan, pemikiran dan tingkahlaku masing-masing 

  1. berpotensi melakukan perubahan yang konstruktif 

  1. manusia bersifat tidak rasional dan cenderung kepada kegagalan. 

  1. manusia berkebolehan menangani perasaan, pemikiran dan tingkahlaku masing-masing jika berada dalam keadaan rasional. 

  1. Manusia berpotensi untuk berubah menjadi lebih rasional 

Peranan Kaunseling 

  1. Klien dalam keadaan tidak kongruen dan 

guru bimbingan dan kaunseling pula dalam keadaan kongruen. 

  1. Sesi kaunseling bermatlamat supaya klien menjadi kongruen dan berjaya mencapai kesempurnaan kendiri 

  1. Menstruktur semula pemikiran klien yang tidak rasional sehingga klien memperolehi falsafah hidup yang lebih positif dan rasional. 

 

Teknik Kaunseling 

Guru bimbingan dan kaunseling 

 

1) ketulenan 

  • tidak terikat dengan peranan 

  • bersifat spontan 

  • tidak bersifat defensif 

  • bersifat tekal 

  • membuat pengkongsian diri 

 

2)Penerimaan Positif tanpa syarat 

  • memberi perhatian yang berkualiti 

  • bersikap tidak menghukum 

  • menyedari dan meningkatkan potensi dan kebolehan klien 

 

3) Empati 

  • kemahiran melayan dan  kesenyapan. 

 

Teknik kognitif 

  • menstruktur semula  

pemikiran dan kepercayaan tidak rasional menggunakan Teori ABCDE 

A - peristiwa pencetus 

B- penilaian terhadap peristiwa 

C-konsekuen akibat penilaian 

D- rawatan 

E – pemikiran menjadi rasional 

 

  • mendefinisi semula situasi negatif menjadi positif 

  • menkonseptualisasi masalah menjadi holistik 

 

Teknik Emotif 

  • unsur kecindan 

  • membentuk pola-pola emosi yang positif 

  • latihan menyerang perasaan/provokasi 

 

Teknik Behavioral 

  • latihan asertif dan pembentukan 

  • pengurusan kendiri 

  • pemantauan kendiri 

 

 

2.Bincangkan keberkesanan kemahiran melayan dan mendengar yang bolehanda 

aplikasikan untuk membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalam proses  

pengajaran dan pembelajaran. 

 

Jenis-jenis Kemahiran melayan dan mendengar 

  1. Kemahiran Melayan [10 markah] 

  • Kemahiran membina hubungan 

 

  • Kemahiran memberi perhatian 

  1. Ekspresi wajah 

  1. Gaya badan 

  1. Gerak isyarat 

  1. Kontak mata 

  1. Nada suara 

 

  • Memahami klien 

  • Bersifat tidak menghukum 

  • Kesenyapan 

 

  1. Kemahiran mendengar  [10 markah] 

  • Soalan terbuka 

  • Parafrasa 

  • Refleksi perasaan 

  • Dorongan minima 

  • Meminta penjelasan 

  • Merumus 

  • Menyemak persepsi 

 

Peringatan 

Dalam huraian,pelajar perlu mengaitkan semua kemahiran melayan dan mendengar dengan membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.   

  1. Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengadakan satu sesi kaunseling  

kelompok bagi membantu murid-murid yang mendapat prestasi rendah  

dalam peperiksaan semester.  

 

      Bincangkan tahap-tahap kaunseling kelompok yang akan anda laksanakan. 

Tahap satu : 

Permulaan /orientasi  

Membincangkan  

  • tujuan dan matlamat kelompok 

  • prosedur dan peraturan kelompok 

  • limitasi dan had kerahsiaan 

 

Tahap kedua : 

Konflik   

Pembinaan kepercayaan dan kejelekitan antara satu sama lain 

  • Menjaga keharmonian kelompok 

  • Saling berkompromi 

 

Tahap Ketiga : 

Kesepaduan  

Ahli kelompok bebas meneroka pemikiran dan perasaan masing-masing 

  • Berusaha menangani kebimbangan dalam kelompok 

  • Mengubah celik akal 

  • Melakukan perubahan ke arah pencapaian matlamat 

 

Tahap keempat : 

Kejayaan  

  • Memberi dan menerima maklumbalas 

  • Mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian 

  • Memberi sokongan serta dorongan kepada ahli-ahli yang lain. 

  •  

Peringatan 

Dalam huraian, pelajar perlu mengaitkan setiap tahap dengan cara  membantu 

meningkatkan prestasi murid-murid beserta contoh. 

  1.  

Terbaru Lebih lama