Jawab satu soalan sahaja.
1. Anda melihat satu pertarungan sengit antara dua jenis robot yang berbeza bentuknya.
Terdapat juga beberapa serpihan besi berselerakan. Pertarungan itu telah menyebabkan
ribut pasir.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
bentuk, aksi, ruang dan suasana.
2. Seorang nenek tua sedang tekun menghias tembikar sambil duduk di atas sebuah kerusi
kayu di tepi tingkap yang diterangi lampu pelita. Di sebelahnya terdapat sebuah meja.
Di atas meja tersebut terdapat beberapa buah tembikar yang telah siap.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
bentuk, aksi, ruang dan pencahayaan.
3. Sebuah bakul sampah yang telah penuh dengan kertas dan tin terletak di sudut sebuah
bilik. Terdapat juga kertas yang telah digumpal dan dikoyakkan, penyapu dan penyodok
sampah berselerakan di tepi bakul tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
bentuk, ruang, jalinan dan suasana.
4. Anda dan rakan sedang menjalankan aktiviti menyelam skuba. Anda dan rakan melihat
keindahan dasar laut yang dipenuhi batu karang dan hidupan laut yang pelbagai jenis
dan warna. Anda dan rakan juga menyentuh hidupan laut tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
bentuk, aksi, ruang dan pencahayaan.
5. Seekor burung belatuk sedang bertenggek di sebatang pokok sambil memberi
anak-anaknya makan. Sarang burung tersebut berada di tengah batang pokok yang
mempunyai daun yang rimbun dan tumbuhan menjalar yang berselirat.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
bentuk, jalinan, ruang dan suasana.
6. Pada suatu pagi hujan turun dengan lebat berserta angin yang kuat. Beberapa
batang pokok tumbang dan menghempap gerai-gerai kecil. Dahan, ranting dan daun
berselerakan di kawasan tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
bentuk, ruang, jalinan dan suasana.