TEKS KM1M

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang berusaha  EN JOHARI BIN ISMAIL, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat

Yang dihormati barisan kepimpinan pentadbir sekolah ;

EN MUHADZIR BIN ESMAHIL,  Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

PN ZUMAZZUWEN KADER,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

TN HJ SHAHIDA TAIB,  Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru-guru, pembantu pengurusan murid, barisan pengawas dan murid-murid sekalian

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat illahi kerana dengan izin dan inayah nya, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini, untuk majlis penutup Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat sekolah..

Doa

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini marilah  kita menadahkan tangan megaminkan doa yang akan disampaikan oleh AL FADIL USTAZ MASRON BIN TAPAH.

Terima kasih diucapkan kepada USTZ MASRON BIN TAPAH

Atas bacaan doa itu tadi.. Mudah-mudahan allah memakbulkan doa kita semua.

Nyanyian.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu NEGERI SELANGOR & lagu SEKOLAH.

Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik.

 

Ikrar

Bacaan ikrar akan diketuai oleh ADIK …………………………………………………..

Terima kasih diucapkan kepada PENGAWAS YG BERTUGAS.

Semua guru dipersilakan duduk.

UCAPAN GURU BESAR

Melilit rotan di dahan ara
Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Tuan Guru Besar bermadah kata /bingkisan ucapan sepatah kata

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan En JOHARI BIN ISMAIL untuk menyampaikan bingkisan kata, ucapan alu- aluan. Seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah bagi tahun 2016. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan.

PENYAMPAIAN HADIAH

SEPANJANG ROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA, telah dijalankan beberapa aktiviti antaranya, TEKA SILANG KATA, MEWARNA ABJAD, MEWARNA POSTER KM1M, KUIZ SIMPULAN BAHASA DAN WORDS FUN.

Pada kali ini, program2 yang dijalankan berkolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Seni Visual.

Justeru tanpa membuang masa,majlis dengan sukacitanya menjemput yang berusaha, TUAN GURU BESAR , EN JOHARI BIS ISMAIL, diiringi oleh En muhadzir esmahil untuk menyampaikan hadiah.

Bagi acara MEWARNA ABJAD PRA SEKOLAH.

PRA MAJU / PRA JAYA /PRA USAHA

 tempat pertama : adik ……..

Tempat Ke dua : adik….

Tempat Ke tiga : adik …..

Seterusnya , bagi acara MEWARNA POSTER KM1M

TAHUN 1 MAJU: 1 USAHA

UNTUK ACARA SETERUSNYA : KUIZ SIMPULAN BAHASA

Bagi acara WORDS FUN…TEMPAT PERTAMA…..

Bagi acara TEKA SILANG KATA dimenangi oleh ADIK………DARI TAHUN  ……..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada TUAN GURU BESAR atas penyampaian hadiah itu tadi.

PROGRAM JOM BACA 10 MINIT

Majlis diteruskan dengan program JOM BACA 10 MINIT.

Murid2 telah dibekalkan bersama buku cerita. Program ini akan dilancarkan selama 10 minit dan semua warga guru dan anak2 skts dapat membaca secara senyap utk 10 minit. Program ini dilancarkan secara serentak 1 Malaysia.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA SEMUA .

 

 

PENUTUP

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,
Puteri Bongsu cantik terperi
Minum air tampak berkaca
Demi jaya ilmu dicari
Nadi ilmu amalan membaca

Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Ilmu dijulang semangat membara
Amalan membaca hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Ilmu dijulang demi kejayaan
Amalan Membaca gaya wawasan

Mohon murid semua berbaris mengikut kelas masing-masing dan bergerak masuk ke dalam kelas dengan pantas dan senyap.

BUKU2 BOLEH DISERAHKAN SEMULA  KPD GURU2 KELAS.

 

Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan salam sejahtera.

Terbaru Lebih lama