__________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kami merupakan murid tahun empat,
Sekolah kebangsaan tanjung sepat, kuala langat,
selangor.
Nama saya ialah _______________________________.
Saya _________
akan membentangkan tentang diorama kraf perkhemahan yang telah kami
laksanakan bersama-sama.
_________________________________________________________________________________
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA
1.
Diorama ialah Satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi
pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar.
2.
Ia
dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau
untuk tujuan pendidikan.
3.
Diorama
juga boleh disimpan sebagai koleksi seni di dalam rumah
4.
Terdapat
dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian. -Biasanya dibina di atas
tapak khas yang dipanggil diorama base.
5.
Perkataan
"diorama" berasal dari perancis pada tahun 1823. Perkataan ini
bermaksud "melalui pandangan".
6.
Diorama
pertama dicipta oleh daguerre dan charles marie bouton.
7.
Ia pertama
kali dipamerkan di london pada 29 september 1823.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gajet kraf perkhemahan yang telah dihasilkan
ialah
Pertama, pintu masuk mudah atau dikenali
sebagai “Simple inground Gateway”
yang bertujuan sebagai laluan masuk dan keluar ke tapak perkhemahan serta
dijadikan sebagai mercu tanda sesebuah kawasan.
Kedua ialah Rumah pokok atau “tree house” dibina sebagai tempat
bertugas untuk memantau kawasan perkhemahan daripada musuh atau bencana.
Ketiga ialah, Meja makan kem “Kem table seat’’
digunakan sebagai meja makan untuk menjamu selera serta tempat berkumpul.
Selain itu, Ampaian kain “Cloth Line” digunakan
untuk menyidai pakaian basah di bawah sinaran cahaya matahari supaya cepat
kering dan tersusun.
Seterusnya, ialah pendiri api, “Fire Pail Stands” bertujuan Tempat
mengantung baldi air untuk memadamkan unggun api apabila tidak digunakan lagi.
Terakhir ialah, Tripod lampu bertujuan untuk
menggantung lampu untuk menerangi kawasan perkhemahan.
Alat
dan bahan yang digunakan ialah
Bahan
yang digunakan ialah
Berus
lukisan yang digunakan untuk mewarna
Lidi
sate dan batang aiskrim digunakan untuk membentuk bahan binaan kraf gajet
perkhemahan.
Gam
untuk melekatkan satu permukaan ke permukaan lain.
Hot
glue gun untuk melekatkan satu permukaan ke permukaan lain dengan cepat dan
kukuh.
Warna
poster untuk mewarna tapak binaan
Span
gabus untuk membuat binaan struktur seperti di tebing.
Manakala,
alat pula ialah
Mozek
terbuang dijadikan sebagai tapak diorama untuk lebih kukuh dan kuat untuk
menampung binaan di atasnya.
Gunting
dan pisau untuk membentuk dan memotong mengikut saiz dan bentuk yang dihendaki
Pembaris
digunakan untuk mengukur saiz serta melakar garisan untuk potongan yang
diingini.
_____________________________________________________________________________
Cara
melakasanakan kraf diorama perkhemahan ialah seperti berikut.
Pertama kami menyediakan tapak diorama
menggunakan mozek terpakai supaya tapak kukuh dan kuat menampung bebanan. Kami
menggunakan bahan kitar semula untuk menjimatkan kos.
Seterusnya, kami melekatkan span gabus
di permukaan mozek menggunakan hot glue gun supaya kukuh. Kami juga menggunakan
tisu dan gam untuk melitupi bahagian permukaan untuk menjadikan kawasan tapak
perkhemahan supaya kelihatan lebih berstuktur seperti tanah.
Setelah tapak tersebut benar-benar
kering, kami menggunakan warna poster untuk mewarna tapak perkhemahan mengikut
kreativiti kami untuk kelihatan lebih mempesonakan.
Kami berbincang dan mula membina gajet
kraf mengikut kreativiti masing-masing mengikut agihan kerja yang diberikan.
Kemudian, kami menyusun atur kedudukan gajet mengikut kesesuaian supaya
bersesuaian dengan pemandangan sesebuah tapak perkhemahan. Akhir, diorama ini siap
untuk dipamerkan
SEKIAN TERIMA KASIH.