new norm= norma baharu
new normal=kebiasaan baharu
contoh yang paling mudah nak faham:
Contoh, cara kita bersalam, dah kena tukar cara lain, itu dinamakan kebiasaan baharu sebab melibatkan tingkah laku kita.
Kalau di sekolah, penjarakan 1 meter, pakai pelitup muka, laluan anak panah, itu dikatakan sebagai norma baharu sebab ia melibatkan peraturan yang kita tak biasa buat.
NORMA BAHARU
Sekolah Kebangsaan Bagan telah menetapkan norma baharu yang perlu dipatuhi seperti penyediaan anak panah bagi laluan murid-murid sebagai persediaan pembukaan sekolah nanti.
KEBIASAAN BAHARU
Pn Siti perlu menukar kebiasaan baharu apabila bersalam dengan rakan sekerjanya bagi menggelakkan jangkitan COVID-19.