ULANGKAJI BM

  1. Kempen ______ yang dijalankan oleh kerajaan mendapat sambutan hangat.
    • A. Antibodi
    • B. Antibiotik
    • C. Antidadah
    • D. Antibakteria
  2. _____ buku itu mengulas sedikit pandangan penulis tentang sukan di Malaysia
    • A. Prakata
    • B. Prabayar
    • C. Prasyarat
    • Pratonton
  3. Sekolah antarabangsa itu mempunyai ______ yang serba langkap.
    • A. prasangka
    • B. prasejarah
    • C. prasarana
  4. Tindakan _____ akan dikenakan kepada kakitangan yang melanggar peraturan syarikat.
    • A. tatalaku
    • B. tatatertib
    • C. tatasusila
    • D. tatanegara
  5. ______ P. Ramlee pernah memenangi banyak anugerah dalam dunia perfileman.
    • A. Seniwati
    • B. Seniman
    • C. Biduan
    • D. Biduanita
  6. Semua pekerja di Syarikat Seng Lee perlu mengikuti _____ yang telah ditetapkan.
    • A. tatakerja
    • B. tatatertib
    • C. tatasusila
    • D. tatalaku
  7. Persembahan nyanyian oleh _____ yang kacak dan terkenal itu menghiburkan hati para penonton.
    • A. biduanita
    • B. biduan
    • C. seniwati
    • D. seniman
  8. Abang saya merupakan bekas ……….. Universiti Sains Malaysia. Dia ialah ……………….. dalam jurusan Undang-undang.
    • A. mahasiswa ……….siswazah
    • B. mahasiswi …….siswazah
    • C. siswazah …….mahasiswa
    • D. siswazah …….mahasiswi.
  9. Emak menyapu sedikit cecair _____ pada luka di kaki adik.
    • A. antibodi
    • B. antikarat
    • C. antiseptik
  10. Mesin pencetak _____ itu sangat berguna di pejabat.
    • A. dwitahunan
    • B. dwibahasa
    • dwifungsi
  11. Encik Latif bertugas sebagai ______ di Perpustakaan Negara sejak tahun 1999.
    • A. biduan
    • B. pustakawan
  12. Sudah sepuluh tahun kakak menjadi _____ bagi Pertubuhan MAKNA.
    • A. sukarelawan
    • B. sukarelawati
    • C. biduanita
    • D. biduan
  13. Pendengar terhibur oleh celoteh _______ radio kegemaran ramai itu
    • A. jurubahasa
    • B. juruhebah
    • C. jurucakap
    • D. juruaudit
  14. Contoh peranan sebagai _____ ialah beliau perlu menyampaikan maklumat yang diterima kepada semua pekerja bawahan dengan betul dan tepat.
    • A. jururunding
    • B. jurubahasa
    • C. jurucakap
    • D. jurujual
  15. Puan Salina seorang yang _____ kerana sentiasa mengasingkan diri daripada masyarakat kerana tidak suka bergaul dengan orang lain.
    • A. tatasusila
    • B. antisosial
    • C. multifungsi
  16. Kelulusan SPM dengan mendapat enam kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik, fizik dan Bahasa Inggeris merupakan salah satu _____ permohonan menjadi _____.
    • A. prasyarat …. juruterbang
    • B. tatacara …. juruterbang
    • C. prasyarat …. jurusolek
    • D. tatacara …. jurusolek
  17. Semua murid sekolah harus tahu dan ikut …….. ketika berada di jalan raya.
    • A. tatacara
    • B. tatatertib
    • C. tatasusila
    • D. tatarakyat
  18. Menurut _____ JPAM, kejadian lemas di Pantai Teluk Cahaya itu berpunca daripada ombak kuat yang menarik mangsa yang sedang bermain di gigi air.
    • A. jurucara
    • B. jurumudi
    • C. jurucakap
    • D jurubahasa
  19. Kalau turun ke laut, ayah selalu menyuruh abang menjadi _____ untuk memastikan tidak melanggar kayu-kayu besar.
    • A. juruselam
    • B. jurumudi
    • C. jurupandu
    • D. jurutunjuk
  20. Pendapatnya disangkal oleh golongan _____ kerana kekurangan pengetahuan dan kesalahan fakta serta jelas menampakkan kekurangan ilmunya dalam bidang tersebut.
    • A. negarawan
    • B. cendekiawan
    • C. budayawan
    • D. sasterawan
Terbaru Lebih lama