A. merujuk tempat
1.Beberapa orang murid sedang menjalani latihan bola keranjang di________sekolah.
A. padang
B. gelanggang
C. dewan
D. tapak
2. Ukiran yang menarik dan halus pada__________kota itu menarik perhatian para pengunjung dari dalam dan dari luar negara.
A. gerbang
B. gerigi
C. pasar
D. kedai
3. Puan Hamidah meletakkan beberapa helai daun sirih dan segenggam pinang di_______sirih untuk diperjamukan kepada tetamu.
A. junjung
B. tapak
C. tepak
D. teratak
4. Pasangan pengantin itu kelihatan amat cocok ketika bersanding di atas_____pelamin.
A. jinjang
B. junjung
C. jenjang
D. pentas
5. ____yang dibina Pak Ali di tengah-tengah kebun durian itu roboh akibat tiupan angin kencang beberapa hari yang lalu.
A. astaka
B. dangau
C. gerobok
D. gudang
6. Encik Shamsuddin membeli ubat-ubatan di________pandu lalu semasa anaknya menghidap demam dan selesema.
A. klinik
B. lorong
C. farmasi
D. perubatan
7. Para pengunjung pasar raya itu menggunakan___kecemasan apabila bahagian hadapan bangunan itu kebakaran.
A. eskalator
B. lif
C. tangga
D. pintu
8. Ali berasa gayat apabila melalui__________Jalan Pintas Rawang yang tinggi itu ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands.
A. jejambat
B. jejantas
C. terowong
D. terusan
9. Kanak-kanak__________di SJK(T) Batang Kali akan mengikuti lawatan sambil belajar ke Zoo Negara.
A. sekolah
B. prasekolah
C. universiti
D. tuisyen
10. Ceramah ketatabahasaan kendalian Cikgu Tan itu diadakan di____________agar dapat menampung jumlah murid dari seluruh daerah Gombak.
A. makmal
B. bengkel
C. stor
D. auditorium
disediakan oleh:
Cikgu Theeban Anbalagan