Tiada tajuk

Nota Seni

ASAS SENI REKA

A. UNSUR SENI

1. Garisan
Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

Contoh-contoh Garisan


Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Pengenalan Garisan


Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.


Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

  dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam

Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia:
             Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis   dan sebagainya.
 
garisan pada anyaman tikar 

  garisan pada bangunan

Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi:
            Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya
  garisan pada titisan hujan



Jenis-jenis Garisan


Garisan halus
Garisan tebal
Garisan beralun
Garisan berpancar
Garisan berlingkar
Garisan berserabut
Garisan bersudut-sudut
Garisan bergerigi 9. Garisan berbiji
Garisan berbulu
Garisan putus-putus
Garisan berduri   jenis-jenis garisan

Fungsi Garisan


Garisan menimbulkan rupa.
Garisan menimbulkan bentuk.
Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
Garisan mewujudkan ruang.
Garisan menghasilkan jalinan.
Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
Garisan mewujudkan ton.
Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
 
garisan menghasilkan rupa






Garisan, Ton dan Ruang

Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap.
Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap.
Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni


Lukisan
Catan
Anyaman
Tenunan
Kolaj
Pualaman
Arca
Gurisan
Cetakan
Resis (batik / ikat celup)

Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya

Teknik Catan oleh Yusuf Ghani, Siri Topeng


  garisan tampak jelas pada karya anyaman
2. Rupa
Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar

Terdapat 2 jenis rupa iaitu:  a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.  b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.

 -Rupa boleh diolah dalam bentuk:
 a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan  b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

Contoh-contoh Rupa


RUPA (unsur seni)
Unsur-unsur Seni - RUPA
 


A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. • Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
 
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

  rupa

B. Jenis-jenis Rupa

Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lainlain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

 
rupa geometri

  rupa geometri


2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.
Dihasilkan secara sepontan

 
rupa organik

  rupa organik

C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.


D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif.
Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.






Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak


susunan selang-seli 
Susunan turun separa 
Susunan batu-bata
Susunan orgee 
susunan cerminan 
Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang / logo
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. 
Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.



F. Rupa dan Muka Taip
Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya.
Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).





 
contoh-contoh rekaan rupa muka taip

  karya yang berasaskan rupa muka taip
3. Bentuk
Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan

Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:  a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)  b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

Contoh-contoh Bentuk
 
penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

  bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. 

Ciri-ciri bentuk

Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman

Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna

Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan

Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang
 


Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.


B. Bentuk Ilusi

bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.


 
Vincent Van Gogh 'Still Life"

Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi) 3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.
 
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit






4. Jalinan
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda

Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
 a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto  b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Contoh-contoh Jalinan
Jalinan

 

Apa Itu Jalinan?

Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.

Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

 
jalinan pada kulit siput

Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi


Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia
  jalinan pada langit-langit rumah

Jenis-jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh 

Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya


2. Jalinan Tampak

merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.


Fungsi Jalinan

Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang

Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut
 
tapak kasut

Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding
  corak
Pengaliran air dan udara
  jala ikan

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak
 
gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas
hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.

 
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

  ikat dan celup 
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki

 
pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan
dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

 
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya

  lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan

Kaedah Penghasilan Karya  Berjalinan Sentuh
 
anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya

 
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh

 
sulaman 
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh

  kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan
seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain




5. Ruang
 - Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.

 -Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
 a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit  b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)
LUKISAN PERSPEKTIF
LUKISAN PERSPEKTIF
 

Ruang dan Perspektif

Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh.
Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis.
Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara






Terbaru Lebih lama