LAPORAN PELAKSANAAN JUALAN DANA BUDI SEMPENA PAMERAN BUDI 2016


LAPORAN PELAKSANAAN JUALAN DANA BUDI SEMPENA PAMERAN BUDI 2016

TARIKH : 21 JUN 2016
HARI : ISNIN
MASA : 10:30 PAGI HINGGA 11:30 PAGI
TEMPAT : KELAS G8.7

Program Pameran Budi akan diadakan untuk pelajar Pendidikan Seni Visual G 8.7 . Saya telah dilantik sebagai Ketua AJK Jualan Tie Dye bagi program Jualan Dana BUDI 2016 pada 27 hingga 30 JUN 2016. Tujuan program ini adalah bagi mengumpul dana untuk memenuhi keperluan Pameran BUDI 2016. Saya juga telah membuat pelan tindakan supaya Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dapat mengikuti perancangan yang perlu diikuti dan dipatuhi sebelum dan semasa program jualan ini berlangsung.

Jawatankuasa jualan Tie Dye ini dibimbing oleh Puan Azizah binti Sulieman, dan diketuai oleh Mohammad Firdaus Bin Ishak, Noor Afifah binti Azizan dan Nik Ahmad Syafiq bin Zahari. Sebagai permulaan jawatankuasa ini telah berbincang bersama-sama mengenai jualan yang bakal digunakan. Pensyarah saya telah pun membuat penelitian mengenai alat dan bahan yang sesuai untuk digunakan bagi jualan dana BUDI 2016. Oleh itu , kami telah merancang mengenai design akan dibuat dengan membuat lakaran teknik ikat dan celup.

Selain daripada itu saya dan ajk jualan tie & dye secar terus menyediakan alat dan bahan bagi persediaan sebelum Jualan Dana BUDI 2016. Antara alat dan bahan yang diperlukan adalah sapu tangan, getah, pewarna batik dan sodium pemati warna.

Jawatankuasa ini mengucapkan terima kasih daripada hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

Disediakan oleh :


---------------------------------------
(Mohamad Firdaus bin Ishak)
Ketua AJK Jualan Tie&Dye Jualan Dana Budi 2016
IPG ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Terbaru Lebih lama