Kari ikan mudah tanpa santan

Hari ni masak simple je. Masak kari ikan bawal campak-campak. Boleh lihat video kat bawah ni.


Bahan-bahan


  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Daun kari
  • Halba campuran
  • Rempah kari ikan
  • Air asam jawa
  • Ikan
  • Bendi
  • Tomato
  • Minyak
  • Garam


Cara masak

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan halba campuran dengan daun kari
  3. Masukkan bawang putih dengan merah
  4. Kacau sampai wangi
  5. Masukkan cili untuk mewangikan kari kita
  6. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan air
  7. Tumis sampai pecah minyak
  8. Masukkan air asam jawa dengan air
  9. Bolehlah masukkan ikan bila dah menggelegak bersama-sama dengan bendi dan tomato.
  10. Akhir jangan lupa bagi rasa padu dengan bubuh garam untuk menaikkan selera makan anda
Terbaru Lebih lama