ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALIS PERGURUAN





ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALIS PERGURUAN 

Nik Ahmad Syafiq
Noor Afifah Azizan
Noor Syazwani Sabri


Pengenalan

AGEN PERUBAHAN

Bermaksud individu atau seseorang yang berperanan untuk mempengaruhi target/sasaran perubahan agar mereka mengambil keputusan sesuai dengan arah yang dikehendakinya. Ia merupakan penghubung antara sumber perubahan dengan sistem masyarakat yang menjadi target perubahannya. Mereka perlu menggunakan 'alat-alat' yang strategik bagi memastikan perubahan yang diinginkan itu tercapai. 

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALIS PERGURUAN
EDU3083


Disediakan untuk:
Puan Siti Salmiah binti Mohd Alias

Disediakan oleh :

Tugas sebagai seorang guru bukan sahaja sebuah kerjaya semata-mata. Tanggungjawab sebagai seorang guru merupakan amanah daripada Allah. Oleh yang sedemikian, amanah ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab bukan demi kepentingan material semata-mata. Peranan guru pada masa kini kian mencabar, bukan sahaja sebagai penyampai ilmu kepada pelajar. Guru juga berperanan sebagai "role model" yang menjadi contoh ikutan pelajarnya dan juga masyarakat sekitar. Selain daripada itu, guru juga berperanan sebagai agen perubahan dan sosialisasi di dalam kalangan masyarakat. 


RUMUSAN

Daripada apa yang telah dibincangkan di tadi, dapatlah disimpulkan bahawa apa yang penting di dalam pendidikan adalah melatih pelajar atau murid supaya “belajar untuk belajar” iaitu dengan mempelajari bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan cara yang kreatif. Kita sedia maklum sekolah sebagai sebuah institusi masyarakat yang bertujuan untuk menggalakkan dan memperkembangkan perubahan tingkah laku mengikut arah yang dikehendaki oleh masyarakat. Guru menunjukkan personaliti sahsiah yang baik yang boleh dijadikan contoh teladan kepada pelajar dan masyarakat. 

PENUTUP

Akhir kata, untuk menjadi guru yang ideal dan berpengaruh, para pendidik perlulah memahami kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Melengkapkan diri dengan ilmu dan teknik-teknik yang berkemahiran tinggi serta kaedah yang di luar jangkaan murid dan pemikiran masa kini. Ia haruslah digunakan secara meluas dalam kalangan pendidik dan semestinya selaras dengan objektif yang hendak disampaikan kepada pelajar-pelajarnya. Demi mencapai tahap yang tinggi dan dihormati, para guru mestilah sentiasa mencari,mempelajari dan mempraktikkan pelbagai cara yang bakal menjadikan mereka anatara guru yang ideal dan menarik. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang ideal dan diterima oleh semua murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai sikap dan personaliti yang berbeza oleh itu pengajaran dan pembelajaran di dalan kelas memerlukan kaedah dan cara yang pelbagai sesuai dengan minat pelajar agar dapat menarik perhatian mereka

SEKIAN, TERIMA KASIH 

Bincangkan: 
1)Bagaimana seorang guru boleh mempengaruhi kehidupan seorang pelajar. Berikan 5 contoh.
  • Guru menunjukkan ciri-ciri teladan dan peribadi yang baik kepada pelajar.
  • Guru harus mengajak pelajar-pelajarnya untuk sama-sama berfikir, berbincang dengan memberikan pendapat-pendapat dan mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu perkara atau masalah.
  • Guru yang prihatin akan sentiasa mengambil berat tentang pelajarnya
  • Guru akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada para pelajarnya dalam mencapai kejayaan dalam hidup dan pelajaran.
  • Guru bijak menggunakan kaedah yang dapat mempengaruhi pelajar yang bermasalah berubah menjadi seorang pelajar yang positif dan berdisiplin.

Bincangkan: 
2.Jika anda seorang guru, apakah perubahan yang ingin anda lakukan pada murid anda. Berikan 5 perubahan.
  • Membentuk murid yang seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta sahsiah.
  • Mengubah sikap dan minat murid yang kurang berminat terhadap mata pelajaran yang dipelajari.
  • Mengubah pemikiran murid iaitu daripada pemikiran yang negative kepada bentuk pemikiran yang positif terhadap sesuatu isu/perkara.
  • Membentuk murid yang lebih berakhlak dan bermoral agar menjadi insan yang mengamalkan setiap tuntutan agama masing-masing.
  • Mengubah bentuk pengajaran supaya lebih melibatkan murid secara aktif supaya mereka akan lebih berfikiran kreatif, kritis dan inovatif
Terbaru Lebih lama