1 PENGHARGAAN
Salam
sejahtera. Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat saya menyiapkan kerja kursus Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral dalam
semester ini dengan lancar. Dalam tugasan pada kali ini, saya telah ditugaskan
untuk menulis laporan berdasarkan kes “
Curi Kuih di Surau Kerana Lapar”. Saya
menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta
rajin merujuk kepada bahan bacaan di perpustakaan untuk mencari maklumat yang
berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Encik Zaradi Bin
Sudin, pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing saya dalam
melaksanakan tugasan ini.
Saya
juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah
membantu saya dan yang sanggup bersama saya dalam mencari bahan untuk
melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih
yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sanggup bekerjasama bersama saya
untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih kepada semua yang telah membantu
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga tuan dapat
memaafkan saya jika terdapat
cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan saya.
Melalui
tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat
mengetahui dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tuan tidak akan kami
lupakan.
Sekian terima kasih.
2 PENDAHULUAN
Pendidikan
Moral selalu dikaitkan dengan Pendidikan Sivik dan Pendidikan Agama Islam,
khususnya di sekolah. Bahkan Pendidikan Moral merupakan program yang mendidik
murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan
aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral (Nik Azis Nik Pa, 2008) . Manakala, menurut
Agensi Kelayakan Malaysia Pendidikan moral bertujuan membentuk individu
menyeluruh dan seimbang, matang dan bermaklumat, yang berupaya menaakul,
berperasaan dan bertingkah laku moral ke arah pembangunan masyarakat beretika
yang adil dan berkepedulian (Balakrishnan, Arah Pendidikan
Sdn Bhd, 2008) .
Moral secara
bahasa berasal dari kata mores (Latin) yang bererti adat kebiasaan. Dari segi
etimologi kata moral berasal dari Latin Mos (sing) mores yang bererti tatacara,
adat istiadat, kebiasaan atau tingkah laku (Sudarsono, 1985) . Manakala dari segi
istilah, moral merupakan istilah untuk menentukan batas-batas dari sifat,
perangai, kehendak, pendapat, yang secara layak dapat dikatakan benar, salah,
baik, atau buruk. Acuan moral adalah sistem nilai yang hidup dan diperlakukan
dalam masyarakat. Pendidikan Moral mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun
1983.
Mulai tahun 1993,
Pendidikan Moral telah dinilai di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (Nik Azis Nik Pa, 2008) . Konsep-konsep asas
moral adalah merupakan asas pemahaman kepada pendidikan moral. Dengan memahami
konsep-konsep ini, pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan
seharian yang meliputi pelbagai bidang. Antaranya ialah perbezaan antara etika
dan moral, konsep akhlak, kemoralan, pendidikan moral, agama / kepercayaan,
konsep nilai ‘baik’, ‘benar’ dan ‘patut’, teori-teori moral dan pemikiran
moral.
Bagi kursus
Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral (ELM 3101) ini, kursus ini banyak
memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang konsep asas moral, konsep asas
nilai, teori-teori etika, insan bermoral, nilai-nilai agama dan masyarakat dan teori-teori
perkembangan moral. Pelbagai objektif kursus ini yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah menjelaskan :
- Menerangkan Prinsip Dan Aplikasi Moral, Nilai , Dan Teori - teori Etika.
- Menganalisis Dan Menghayati Pandangan Agama Terhadap Isu Moral Dalam Kehidupan Seharian
- Menghuraikan Peranan Masyarakat Dalam Menangani Konflik Salah Laku Moral Masa kini.
- Membanding beza Teori Perkembangan Moral Dan Hubung kait Teori Perkembangan Moral Dengan Pembentukan Insan Bermoral
3 PENDAPAT
Pengertian mencuri
adalah sama dari segi etimologi mahupun terminologi yang membawa makna
seseorang yang mengambil milik orang lain secara sembunyi-sembunyi. Ulama fiqah
mendefinisikan secara terperinci bahawa pencuri yang mengambil harta orang lain
dalam ukuran tertentu yang tersembunyi (dengan aman) secara diam-diam (Mohd. Said Ishak,
2000) .
Manakala, terdapat juga para ulama fiqah menghuraikan istilah mencuri sebagai “mengambil harta orang lain secara sembunyi
untuk memilikinya” (Paizah Haji
Ismail, 2008) .
Dalam syariat Islam, jenayah mencuri terbahagi kepada dua. Pertama, kecurian
kecil dan kedua ialah kecurian besar. Hukuman mencuri menurut Islam ialah
pencuri akan disabitkan kesalahannya dan cukup dengan kadar tertentu,
hukumannya hendaklah dipotong tangannya (Embong, 2009) .
3.1 AGAMA
“Curi kuih di
surau kerana terlalu lapar” berdasarkan artikel yang dilampirkan dapat saya
nyatakan bahawa perbuatan mencuri dilakukan dalam kes ini. Telah dinyatakan di
dalam hadis bahawa mencuri merupakan tanda hilangnya iman seseorang.
حَدَّثَنِي
عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دَاوُدَ حَدَّثَنَا فُضَيْلُ
بْنُ غَزْوَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي
وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ
“Tidaklah beriman seorang pezina
ketika ia sedang berzina. Tidaklah beriman seorang peminum khamar ketika ia
sedang meminum khamar. Tidaklah beriman seorang pencuri ketika ia sedang
mencuri”. (H.R al-Bukhari dari Abu Hurairah : 2295) (RecCha, 2013) .
Pada pandangan
saya, lelaki yang berusia 50-an tersebut tidak bersalah sepenuhnya seperti yang
diheboh-hebohkan oleh masyarakat setempat.
Hal ini dapat dilihat apabila lelaki tersebut meminta kebenaran terlebih
dahulu, namun dihalau oleh masyarakat setempat kerana melihat cara
berpakaiannya yang selekeh dan kotor. Sesungguhnya masyarakat tersebut belum
sepenuhnya mendalami Islam. Di dalam agama Islam, kita diwajibkan untuk
berpuasa yang bertujuan melalui keperitan orang yang hidup miskin dan susah. Sesungguhnya
kita digalakkan untuk membantu orang lain walaupun berlainan agama dengan membuang
sifat tamak dan bakhil.
Bahkan, saya amat
sedih sekali apabila lelaki tersebut mengatakan bahawa lelaki itu mengambil
sisa kuih dalam surau sebaik solat Tarawih dijalankan lalu melarikan diri. Bagi
saya makanan di surau itu boleh dikongsi secara beramai-ramai tanpa mengira agama.
Betapa sayangnya sisa makanan itu hanya dibuang di dalam mulut tong sampah
daripada mulut seorang manusia. Di manakah tahap akal dan keimanan masyarakat
dan individu yang sentiasa di surau sedangkan lelaki itu sudah meminta
kebenaran. Seharusnya golongan alim ini lebih berpengetahuan tinggi dalam agama
kerana selalu menghadirkan diri ke surau.
إِنَّ
الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Surah al-Israa : 27]
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Surah al-Israa : 27]
Melalui hadis ini
jelas menyatakan bahawa membazir itu amat hina sehingga Allah S.W.T
mempersaudarakan orang yang membazir ini dengan syaitan. Tapi mengapa sikap
membazir ini disenaraikan dengan sifat-sifat mazmumah, hal ini kerana membazir
mempunyai perasaan takbur kerana tindakan membazir kerana merasakan dirinya
berkemampuan dan berkelebihan (Ukhwahfillah82, 2009) .
Manakala bagi
orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan lelaki tersebut mencuri dan
harus diserahkan kepada polis adalah tidak wajar sekali. Ini kerana lelaki
tersebut bukannya mencuri semua kuih tersebut hanya sisa. Kebiasaannya makanan
selepas berbuka puasa di surau dan lebihan makanan tersebut di bawa pulang oleh
masyarakat setempat. Apakah salahnya jika mendermakan makanan tersebut kepada
orang yang susah seperti lelaki tersebut walaupun dia bukan Islam. Bukankan
perbuatan itu lebih baik dilakukan pada bulan yang mulia seperi bulan Ramadhan
di mana semua umat Islam berpuasa. Walaupun sudah bertakwa tapi hubungan sesama
manusia hendaklah dijaga. Malahan kita haruslah berperikemanusiaan kerana harga
sebiji kuih tidak mampu membeli tahap keimanan seseorang. Kisah seorang pelacur
memberi air kepada anjing yang kehausan boleh dijadikan iktibar.
“Menyayangi setiap makhluk
hidup (tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no
hadis 2099 Dari Abu Hurairah r.a katanya
“Rasulullah s.a.w. bercerita “Pada suatu
ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati
kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh
seorang wanita pelacur bangsa bani Israel. Maka dibukanya kasut butnya,
kemudian dicedoknya air dengan kasutnya, lalu diberinya minum anjing yang
hampir mati itu .
Maka Allah swt
mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu (zuri3389, 2010) . Dapat dilihat
walaupun kerja seorang pelacur salah dalam agama dan anjing ialah binatang
haram, perempuan tersebut sangat berperikemanusiaan kerana membantu anjing
tersebut daripada mati kehausan. Sesungguhnya Allah tidak akan meredhai orang
yang beramal soleh tetapi hubungan di antara ciptaannya tidak dijaga sama
sekali.
Seterusnya,
Istilah budi pekerti dalam kajian Islam lebih dikenal dengan akhlak. Dalam
Bahasa Melayu istilah akhlak bererti dengan budi pekerti. Dalam bahasa Arab
pula, akhlak bermaksud tabiat, perangai, kebiasaan.. Biarpun ada dengan
menggunakan istilah moral atau akhlak. Dalam konteks hubungan ini jika diambil,
maka moral adalah sangat penting di mana kejujuran, kebenaran, keadilan, dan
pengabdian adalah di antara sifat-sifat yang terpenting dalam agama. Begitu
juga yang terjadi dalam kes ini. Semua individu hendaklah menyemai diri dengan
sifat budi pekerti.
3.2
TEORI ETIKA
3.2.1 ETIKA TELEOLOGI
Teori ini mengukur baik buruknya sesuatu tindakan berdasarkan tujuan yang
hendak dicapai dengan tindakan itu atau berdasarkan akibat yang ditimbulkan
oleh tindakan itu. Sesuatu tindakan dikatakan baik apabila tindakan itu
mempunyai tujuan yang baik mahupun akibat yang ditimbulkan adalah baik dan
berguna.
Hal ini dapat dilihat daripada tindakan mencuri lelaki tersebut oleh etika
teleologi ini mungkin dinilai baik atau buruk tergantung dari akibat atau
tujuan yang ingin dicapai, kalau tujuannya baik maka tindakan mencuri tersebut
dinilai baik, dan begitu sebaliknya. Lelaki terebut yang terlebih dahulu
meminta kebenaran sebelum mengambil makanan dinilai secara moral adalah baik,
terlepas dari kenyataan bahawa tindakan itu salah. Lelaki tersebut terlalu
lapar dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup secara
gelandangan sejak lima tahun yang lalu.Teori ini amat mementingkan hasil akibat
daripada sesuatu tindakan. Teori teleologikal terbahagi kepada dua cabang iaitu
ultilirianisme dan egoisme.
3.2.1.1
EGOISME
Pandangan teori egoisme menyatakan
tindakan dari setiap orang pada dasarnya bertujuan untuk mengejar kepentingan peribadi
dan memajukan dirinya sendiri. Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan
bahawa sesuatu tindakan itu adalah “betul” jika ianya membawa kebaikan kepada
diri sendiri dan sesuatu itu “buruk” jika ia membawa keburukan kepada diri
sendiri. Malahan dapat dilihat orang awam yang melaporkan sangat berpegang
kepada teori ini kerana hanya mementingkan dan memikirkan diri sahaja dan
kebaikan serta kepuasan untuk makan yang diperoleh namun kepentingan orang lain
diketepikan.
3.2.1.2 ULTILITARIANISME
Ultilitarianisme yang berasal dari kata latin utilis yang bermaksud
berguna. Ultilitarianisme ini dikembangkan oleh Jeremy Bentham (1748-1832).
Pada waktu itu persoalan yang dihadapai pada masa itu adalah bagaimana menilai
baik atau buruk kebijakan politik atau kebijakkan kerajaan, kebijakkan sosial
iaitu suatu kebijakan yang mempunyai kesan terhadap ramai orang, secara moral.
Teori Utilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang
berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan majoriti. Individu
patut melakukan sesuatu tindakan yang menghasilkan kebaikan maksimum kepada
setiap orang atau membawa kebahagiaan maksimum kepada majoriti. Sesuatu
perlakuan itu dianggap baik atau benar mengikut kadar atau pertimbangan
kebahagiaan yang diharapkan dapat diperoleh.
Perbuatan lelaki tersebut yang
mengambil makanan kuih dikatakan wajar kerana dia sangat lapar juga memaklumkan
tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima
tahun lalu kerana berada dalam keadaan yang susah yang boleh memudaratkan
kesihatannya seharusnya dibenarkan melakukan perkara tidak baik demi
mengelakkannya berlaku perkara yang lebih buruk.
3.2.2
TEORI
DEONTOLOGI
Teori ini menolak
apa yang diperakui oleh teori teleologikal. Menurut teori ini, akibat atau kesan
sesuatu perlakuan adalah tidak dititikberatkan. Apa yang lebih penting ialah
sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan itu. Sesuatu perlakuan sama baik atau
buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang
bernilai intrinsik. Oleh itu, kita perlu memahami kewajipan dan peraturan moral
yang sedia ada sebelum kita mula memilih sesuatu tindakan moral yang betul.
Perlakuan kita dianggap bermoral jika mengikut kewajipan dan sebaliknya. Teori
Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip utama, iaitu Prinsip Kewajipan
dan Prinsip Eksistensialisme.
3.2.2.1
PRINSIP
KEWAJIPAN
Merupakan sesuatu
prinsip moral iaitu peraturan atau undang-undang moral yang telah dibentuk
harus dipatuhi oleh semua orang tanpa pengecualian malahan juga dikenali sebagai prinsip tanpa syarat.
Sesuatu tidak boleh dijadikan prinsip moral jika ia tidak boleh menjadi prinsip
untuk semua orang. Tiga unsur penting dalam teori ini ialah prinsip moral yang
ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri seperti tidak cakap bohong mesti
dipatuhi semua orang. Bahkan, tindakan yang dilakukan mesti dapat menghormati
manusia, bukan memperalatkan manusia serta pihak yang bertanggungjawab sanggup
diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.
Lelaki itu tahu
mencuri merupakan satu kesalahan. Walaupun mencuri boleh membantu kita
mendapatkan barang yang diinginkan, tetapi kita akan dihina oleh orang lain
atau disalahkan di sisi undang-undang seperti yang berlaku oleh lelaki
tersebut. lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri.
“Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku
kotor. “Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul” (Siti Sarah A. Karim, 2012) .
3.2.2.2
PRINSIP
EKSISTENSIALISME
Prinsip ini
menegaskan bahawa nilai baik atau buruk hendaklah berasaskan pilihan individu
secara bebas. Tindakan baik atau buruk adalah berunsurkan kepada pilihan
individu secara bebas. Ini dapat dilihat melalui situasi konflik yang berlaku di
antara masyarakat setempat dengan lelaki tersebut. Ini kerana merupakan
tanggungjawab sebuah komuniti untuk menjaga antara satu sama lain. Sebagai
masyarakat setempat haruslah menjaga dan saling mengambil berat di antara satu
sama lain.
Menurut Sartre
(1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan
prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau
juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh
manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Oleh itu, relativisme individu
dianggap sebagai mutlak. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada
pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang
bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri ( IPG Rajang , 2011) .
3.2.3
KEMORALAN
SOSIAL
Teori ketiga pula
ialah teori kemoralan sosial, teori ini lebih cenderung mengaitkan peraturan
masyarakat dengan konsep etika. Malahan ia merujuk kepada standard atau ukuran
moral yang meliputi nilai-nilai mementingkan masyarakat. Ini dapat dilihat
apabila umat berpuasa di bulan Ramadhan dan melakukan solat tarawih dalam bulan
itu. Jelas teori ini penting kerana ia menghendaki masyarakat untuk mengamalkan
apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang. Malahan teori ini juga
boleh dilihat apabila masyarakat setempat mengamalkan peraturan apabila lelaki tersebut ditangkap atas kesalahan
mencuri dan harus dikenakan hukuman. Sebagai contoh, umat hindu dikehendaki
mengamalkan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang menerusi
dharma dan ahimsa (Abdul Rahman Md. Raof, 1994) .
Sesungguhnya
masyarakat kini mengamalkan teori kemoralan sosial dan mementingkan peraturan
daripada belas kasihan. Ini akan menyebabkan masyarakat lain memandang serong
terhadap agama Islam kerana orang yang mengamalkannya belum masih belum
mendalami apa itu Islam kerana Islam itu mudah. golongan yang tertindas seperti
ini akan dilayan mesra dengan penuh kasih sayang jika mereka meminta
pertolongan dari gereja Kristian. Oleh itu, pendakwah Kristian lebih senang
untuk menawan hati masyarakat yang kurang bernasib baik. Kita selalu
menyalahkan orang Kristian kononnya mereka selalu berdakwah dan mengambil
kesempatan ke atas orang susah, tapi kadang kala, kita sebagai Muslim patut
mencerminkan diri sendiri dahulu. Penindasan dan memandang rendah terhadap
orang lain harus dibuang jauh daripada diri.
3.2.4
KEPERIBADIAN
MULIA (VIRTUE)
Manakala bagi
teori keperibadian mulia (virtue) pula mengatakan bahawa etika adalah berkaitan
dengan keperibadian, sifat perangai dan ciri watak yang mulia. Sesuatu nilai
yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan juga tidak terlalu kurang. Ini
dapat dilihat daripada kes ini apabila lelaki tersebut mengamalkan nilai berani
untuk meminta kebenaran untuk mendapatkan sisa kuih. Ini menunjukkan lelaki ini
masih mengamalkan cara-cara ideal untuk menjadi insan yang mulia dengan meminta
kebenaran sebelum mendapatkan sesuatu. Namun, tidak pula diamalkan oleh masyarakat
setempat apabila sewenang-wenangnya menghukum seseorang tanpa menyiasat perkara
itu terlebih dahulu. Manakala Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim
(PPKM) seharusnya sentiasa menjalankan tanggungjawab untuk turun padang dan
tidak hanya meletakkan tanggungjawab kepada masyarakat setempat sebagai jalan
tengah untuk membantu di antara satu sama lain.
4 PERANAN
MASYARAKAT
Masyarakat perlu menerima kehadiran golongan yang kurang berkemampuan seadanya Mereka sepatutnya mendapatkan hak
yang sama rata untuk hidup sama seperti orang lain. Kita harus melayan mereka
secara istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka
mendapatkan pekerjaan, tempat tinggal dan sebagainya supaya mereka mereka
memperoleh gaji untuk menyara kehidupan mereka. Contohnya, masyarakat menjemput
golongan ini untuk menyertai aktiviti yang dijalankan di sesuatu tempat seperti
kenduri.
Masyarakat juga hendaklah menjaga perasaan mereka dengan membantu
mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya tanpa menyisihkan mereka. Hal ini
demikian kerana masyarakat perlu sedar
bahawa mereka mungkin tidak mampu hidup normal seperti kita yang mempunyai
keluarga, makanan dan tempat tinggal. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan
penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang,
simpati, belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu orang
yang tidak berkemampuan dengan seikhlas hati. Contohnya, dari kanak-kanak lagi
ibu bapa hendaklah mengajar anak mereka supaya bergaul dengan semua golongan
supaya tiada jurang mengikut tahap ekonomi keluarga. Sudah pasti apabila mereka
besar kelak mereka akan menyisihkan golongan ini kerana tidak pernah hidup
dalam keadaan susah.
Media massa sama ada media elektronik
atau media cetak juga berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya
ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang
masyarakat yang hidup bergelandangan kepada segenap lapisan masyarakat.
Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkan kisah sedih dan
pilu untuk perhatian masyarakat. Melalui
rancangan ini, perasaan masyarakat
pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan
terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh
pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan kewangan kepada
golongan ini. Oleh hal yang demikian
nasib golongan ini akan terbela dan mendapat simpati berterusan daripada
masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka. Ini dapat dilihat apabila kutipan
dana diagihkan kepada golongan ini melalui badan-badan NGO dan pihak yang
terbabit.
Seterusnya ialah
masyarakat berperanan untuk melaporkan
kepada Jabatan Kebajikan Kemasyarakatan untuk memberi pihak ini pelindungan.
Ini dapat dilihat apabila sesuatu tempat yang berlakunya kes seperti ini, ketua
kampung memainkan peranan yang paling penting untuk melaporkan kepada pihak
berkuasa setelah mendapat tahu daripada masyarakat setempat. Justeru, sebagai
seorang ketua hendaklah sentiasa peka terhadap perkara yang berlaku di
sekeliling supaya golongan yang susah seperti ini tidak diabaikan dan
disisihkan.
Kesimpulannya
janganlah kita mengharapkan balasan kebaikan di dunia, namun lakukanlah
kebaikan untuk mendapatkan redha Tuhan yang Maha Esa. Tidak akan ada yang
sia-sia dalam membantu orang lain yang sedang kesulitan. Semakin banyak kita
berbuat baik dan menolong orang secara ikhlas, maka orang lain pun akan dengan
senang hati membantu kita di saat kita ada masalah. Percuma kita menimbunkan
harta setinggi langit, kerana sudah pasti tidak akan kita bawa mati kelak.
5
REFLEKSI
Saya bersyukur
kepada hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnianya saya telah berjaya
menyiapkan tugasan untuk subjek Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral.
Tugasan kami adalah membuat laporan dan menganalisis kes bertajuk “Curi Kuih Di
Surau Kerana Terlalu Lapar” saya diminta untuk menyatakan pendapat, samada
wajar perbuatan mencuri yang dilakukan lelaki terbabit. Malahan saya juga
diminta justifikasi terhadap hujah-hujah saya dengan merujuk kepada teori-teori
etika yang berkaitan serta pandangan dari perspektif keagamaan terhadap isu
ini. Tugasan ini terbahagi kepada dua. Tugasan pertama adalah menyatakan
pendapat. dan mengaitkan kepada teori etika dan agama dan tugasan terakhir
ialah menghuraikan peranan masyarakat dalam menyelesaikan konflik salah laku
moral tersebut.
Banyak yang saya belajar melalui
tugasan ini. Saya belajar dengan lebih dalam lagi tentang teori-teori etika.
Apabila saya melaksanakan tugasan ini, pemahaman saya terhadap teori-teori
etika lebih mendalam. Ini kerana sebelum memulakan tugasan, saya hendaklah
membaca dan memahami secara mendalam sebelum mengemukakan dan mengaitkan
pendapat saya dengan teori ini. Ini kerana setiap cabang dalam teori etika
berbeza antara satu sama lain. Pada pendapat saya, tugasan ini amat baik kerana
mengaitkan permasalahan yang berlaku di sekeliling kita dan diterapkan dalam
kerja kursus ini. Sebagai guru pelatih ini membantu saya untuk menempuhi
permasalahan yang berlaku di sekeliling saya dengan cara yang lebih betul dan bermoral dalam
mengatasinya.
Semasa membuat tugasan ini saya juga
dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri saya. Kekuatan melalui kerja kursus ini ialah membantu saya untuk
mendalami permasalahan yang sebenarnya berlaku di sekeliling saya dan
memberikan saya untuk mendalami kesusahan golongan ini. Malahan membantu saya
untuk menyatakan pendapat saya terhadap sesuatu kes dengan mengaitkan
teori-teori yang berasas. Kecerdasan Interpersonal digunakan untuk memahami
perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain supaya dapat memahami dengan
lebih mendalam supaya mudah untuk mengkaji kes ini.
Manakala, kelemahan yang terdapat dalam diri yang saya ialah saya kurang memahami
sepenuhnya teori-teori etika dengan mendalam untuk mengaitkan dengan kes ini. Bagi
mengatasi masalah ini saya telah membuat pelbagai bacaan dan perbincangan
dengan rakan-rakan kelas. Selain itu, sikap saya yang suka melengahkan kerja
menyebabkan kerja lambat dilaksanakan kerana tidak bijak untuk mengagihkan masa
mengikut keperluan. Malahan, saya mudah berfikiran negatif tentang sesuatu dan
tidak yakin. Hal ini membuatkan saya tidak yakin melakukan sesuatu kerana takut
untuk memulakan tugasan sekiranya saya salah mengguna pakai teori-teori agama
serta tiada ilmu yang mantap untuk bercakap mengenai agama yang mungkin agak
sensitif bagi sesetengah orang. Oleh itu, saya cuba mendapatkan bantuan rakan
yang lebih berpengetahuan tinggi dan menyatakan pendapat saya samada apa yang
saya cuba lakukan itu benar. Justeru, hal ini membuatkan saya tidak putus asa
untuk bangun dan memenuhkan ilmu baru dan mengaplikasikannya sebagai guru
kelak.
Justeru penambahbaikan perlu dilaksanakan secepat mungkin supaya saya dapat
mengatasi kelemahan diri dan tidak dibawa apabila mengajar kelak. Saya
seharusnya membuat pembacaan dan memahami kes ini dengan lebih mendalam dengan
mengaitkan dengan teori-teori supaya saya dapat menghuraikan dengan lebih jelas
lagi. Bahkan saya seharusnya membahagikan masa dengan bertatasusila dan membuat
kerja mengikut keutamaan tarikh. Kesimpulannya kerja kursus ini bagus
untuk meningkatkan kefahaman saya terhadap subjek ini dengan lebih mendalam
lagi.
Sekian,
terima kasih.
6 RUJUKAN
IPG
Rajang , J. (2011, Julai 19). Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Didapatkan Februari 28, 2014, daripada Teori Etika:
http://jpimkampusrajang.blogspot.com/2011/07/p43-teori-etika.html
Abdul
Rahman Md. Raof, C. (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Balakrishnan,
V. (Arah Pendidikan Sdn Bhd, 2008). Pendidikan Moral Untuk Universiti Dan
Kolej. Selangor Darul Ehsan: Arah Pendidikan Sdn Bhd,.
Embong, M.
( 2009). Pendidikan Islam SPM. Pelangi Publishing Group Bhd.
Mohd. Said
Ishak. (2000). Hudud dalam fiqh Islam. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Nik Azis
Nik Pa, N. I. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia.
Taman Shamelin Perkasa, Cheras: Utusan Publications.
Paizah Haji
Ismail, P. (2008). Hudud: Hukum & Pelaksanaan. Alaf 21 Karya
Bestari.
RecCha, I.
(2013, September 19). RIekha ReCcha. Didapatkan Februari 28, 2014,
daripada makalah tentang mencuri , merampok , menyamun dan perompak:
http://rekhareccha.blogspot.com/2013_09_01_archive.html
Siti Sarah
A. Karim. (2012, Mac 1). Scribd. Didapatkan Februari 28, 2014,
daripada Teori Deontologi Prinsip Kewajipan:
http://www.scribd.com/doc/83313289/DEONTOLOGI-Prinsip-Kewajipan
Sudarsono,
D. S. (1985). Pendidikan, moral dan ilmu jiwa Jawa. Departemen
Pendidikan dan Kebudayaan.
Ukhwahfillah82.
(2009, Ogos 19). Mencari Redha Ilahi. Didapatkan Februari 28, 2014,
daripada Membazir Amalan Syaitan:
http://mencariredhailahi.blogspot.com/2009/08/membazir-amalan-syaitan.html
zuri3389.
(2010, Februari 1). Selaut Kasih Insan Istimewa. Didapatkan Februari
28, 2014, daripada Kisah Pelacur dan Anjing:
http://zuri3389.blogspot.com/2010/01/kisah-pelacur-dan-anjing.html