Apresiasi Kraf Tradisional



Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun temurun dengan adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses, dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di sesebuah kawasan tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan reka corak hiasan atau pengemasannya.
Rajah 2 Teknik pembuatan tembikar
Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup masyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar.
Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur. Hiasan panai iaitu jaluran timbul yang disusun secara menyerong atau tegak. Hiasan gelugur pula ialah jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan cembung. Hiasan jaluran cekung ini juga dikenali sebagai bekas tali air. Dua garis timbul atau turis yang melingkar di bahagian badan labu disebut gelang puyoh. 



Rajah 3 teknik pembuatan tembikar
Terbaru Lebih lama