Definisi
Ikatan dan Celupan ( Tie and Dye)
Berdasarkan Wikipedia, Teknik ikat celup ialah sejenis teknik
untuk menghasilkan corak pada tekstil. Teknik ini
digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini sudah wujud sejak 618-906 SM lagi, yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina.
Menurut modul OUM, HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini
merupakan satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan
kemudian dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa
cara mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan.
Di antara jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan,
lipatan, dan juga jahitan. Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis
mengembang. Besar atau kecil corak yang akan terhasil adalah bergantung pada
celupan dan cara lipatan kain tersebut. Teknik celupan juga menentukan
penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat terlalu dalam corak yang
terhasil adalah besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang akan
terhasil adalah kecil.
Sejarah corak ikatan dan celupan
Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam
bentuk primitive diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara
China dan Jepun, kain bercorak begini mula digunakan sejak abad ke-tujuh dan
ke-lapan lagi. Di Tanah Melayu, kain bercorak sebegini mula diperkenalkan sejak
abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada
tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah
tekstil Malaysia mula diketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi
memulakan perusahaan kain batik di Terengganu. Dalam tahun 1911, Haji Che Su B.
Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan.
Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup
dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi”. Pada masa itu kain diimport dari Thailand
jenis “ Kain Pereir” sementara itu warna dibuat sendiri menggunakan pewarna
buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah biru dan hitam sahaja.
Tokoh
Haji Che Su B. Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri
Kelantan. Beliau dilahirkan dalm tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik
pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau
adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang
menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.
Teknik corak ikatan dan celupan
Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali
sebagai batik pelangi. Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya
membuat ikatan pada kain mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke
dalam pewarna. Corak yang dihasilakan adalah menarik dan kos penghasilan adalah
lebih rendah. Teknik ini masih banyak diaplikasi diseluruh dunia. Bagi
menghasilkan corak yang menarik, kreativiti pembuatnya haruslah pelbagai dan
imaginasinya haruslah tinggi.
Contoh Corak ikatan dan Celupan
Jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan denga pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan
Jenis Ikatan yang digunakan
Bahan dan alatan
Bahan-bahan yang selalu
digunakan untuk menghasilkan teknik ikatan dan celupan ialah:
1. Kain sebaiknya kain kapas
2. Tali, benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu dan sebagainya
4. Warna, dye
5. Garam,
6. Sudu, kayu pengacau
7. Apron
8. Sarung tangan
9. Lain lap
10. Bekas untuk pewarnaan
11. Sodium silikat
Kepelbagian teknik ikatan dan celupan
Kepelbagian teknik ini telah digunakan dalam bentuk perniagaan.
Maksudnya teknik ini telah digunakan di kain-kain, baju dengan corak yang
menarik dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Antara contoh-contoh penggunaan teknik ini dalam perniagaan ialah
:
Contoh-contoh
baju yang menggunakan teknik ikatan dan celupan