CONTOH
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Standard Kandungan
2.5 Membaca dan memahami, menaakul untuk
memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul
Standard Pembelajaran
1.1. Membaca
dan memahami bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul
1.2. Membaca,
memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan betul
1.3. Membaca,
memahami dan menaaakul bahan bukan grafik untuk memindahkan maklumat kepada
bentuk grafik serta ayat dengan betul
Tajuk
: Pemuliharaan Alam Sekitar
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Membaca
Poster
1. Murid
diminta untuk membaca perkataan pada poster mengenai Pemuliharaan Alam Sekitar’ yang
diberi.
2.
Murid membaca perkataan yang terdapat di dalam
poster dengan sebutan yang betul
Membaca
teks
1. Murid membaca teks “Pemuliharaan Alam
Sekitar” pada poster yang ditayangkan oleh guru secara
beramai-ramai.
2. Murid dibimbing oleh guru membaca teks
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Beberapa orang murid diminta membaca
teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
4. Murid dibimbing membaca dan memahami
berkaitan dengan
‘Pemuliharaan
Alam Sekitar’
Membaca
catatan perbincangan
1. Murid diagihkan dalam beberapa
kumpulan. Guru memberikan tugasan di dalam kumpulan untuk murid membezakan kain
songket dahulu dan sekarang berdasarkan teks.
2. Murid mencatat hasil perbincangan pada
lembaran kerja yang diberi.
3. Murid membaca hasil perbincangan
kumpulan tentang perbezaan kain songket dahulu dan sekarang.
4. Murid diminta menyenaraikan 2 barangan yang boleh dihasilkan menggunakan
kain songket.
Membaca
maklumat daripada iklan
1. Secara kumpulan, murid berbincang dan
menulis pengumuman berbentuk iklan.
2. Murid mempamerkan dan membacakan
maklumat yang tercatat pada iklan yang telah dihasilkan