TEKS PENGACARAAN MAJLIS TRANSFORMASI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN MODAL INSAN CEMERLANG SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN


TEKS PENGACARAAN MAJLIS TRANSFORMASI PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN MODAL INSAN CEMERLANG
SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

TARIKH                         : 3 APRIL 2010
MASA                             : 8.30 PAGI
TEMPAT                        : DEWAN DATO’ RAZALI
PENGACARA              :  NOOR AFIFAH AZIZAN
                            

Sebelum ketibaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Salam hormat dan Selamat datang ke karnival pendidikan anjuran jabatan Pendidikan Seni Visual Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Osman. Perhatian kepada sidang dewan, apabila majlis mengumumkan ketibaan ketua pengarah, diminta kerjasama hadirin, untuk berdiri ketika pengarah diiringi masuk.


Mengumumkan Ketibaan tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Osman diiringi Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit dan para pensyarah masuk ke dalam dewan.

Megah berarak indah berlari,
Dipuput baju ke pohon ara
Pemanis kalam selamat pagi
Awal bismillah pembuka bicara.

Bissmillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Serta sahabat dan keluarga baginda.

Yang berHormat tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Osman
Yang Berusaha puan Rohana Kamaruddin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua unit,
Para Pensyarah,
Barisan Ahli jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Barisan Ahli Jawatankuasa Kerja Perhimpunan dan Upacara Khas,
Guru-guru pelatih sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untuk berkumpul bagi mengikuti Majlis Tranformasi Pendidikan Sempena Karnival Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,Kuala Lumpur.

Sidang hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Muhamad fauzan bin mohd Khalid dari Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda  Pendidikan Seni Visual Semester 3. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

BACAAN DOA

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muhamad fauzan bin mohd Khalid  atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku Hadirin diminta berdiri.

NYANYIAN LAGU

Para hadirin dipersilakan duduk.
Majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan oleh tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Osman. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

UCAPAN ALU-ALUAN

Terima kasih kepada tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Osman atas ucapan  sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya majlis akan diteruskan dengan ucapan bertemakan Transformasi Pendidikan Ke Arah Pembentunkan Modal Insan Cemerlang dengan memberikan fokus kepada pembentukan modal insan berkualiti ke arah mencapai wawasan 2020  yang akan di sampaikan oleh ketua jabatan pendidikan seni visual, puan Azizah Sulaiman. Tanpa membuang masa lagi, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PENERANGAN

Terima kasih kepada puan Puan Azizah Sulaiman , Ketua Jabatan Pendidikan Seni Visual atas kesudian beliau menyampaikan ucapan  sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Agenda majlis berikutnya ialah majlis penyampaian cenderamata. Majlis menjemput ketua jabatan pendidikan seni visual, puan  Azizah Sulaiman untuk mempersilakan dan mengiringi timbalan pengarah, puan rohana  kamarudin untuk menyampaikan cenderamata kepada tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Osman.  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Kini majlis akan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada nyanyian dan tarian daripada pelajar PPISMP semester 3. Dipersilakan. Begitulah tadi bakat menarik yang telah disajikan buat hadirin sekalian sebentar tadi.

Bermain air di pinggiran pantai,
singgah di kuala berehat bersantai,
Permainan dan acara sudahlah selesai,
tiba masa penutup tirai
PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Memadangkan semua acara telah selesai dijalankan mengikut perancangan, majlis kini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pemenang kepada setiap acara.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah, encik shaari osman atas kesudian beliau menyampaikan cenderamata sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

 Majlis kita pada pagi ini diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia, dan  IPG KAMPUS ILMU KHAS  

Para hadirin diminta berdiri,

NYANYIAN LAGU

Dengan nyanyian lagu tersebut  sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Tranformasi Pendidikan Ke Arah Pembentukan Modal Insan Cemerlang Sempena Karnival Pendidikan  Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas . Bagi pihak majlis saya ingin menyusun 10 jari memohon jutaan kemaafan andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat kesilapan dan kelemahan yang disedari ataupun tidak.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Majlis menjemput Tuan Timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah kanan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit dan para pensyarah mengiringi tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Encik Shaari Osman untuk meninggalkan dewan dan menikmati jamuan di bilik bunga raya.

Sekian  sahaja dari saya ,
Wabilahitaufik walhidayah wassalam mualikum warahmatullahiwabarakatuh


Terbaru Lebih lama