INTERGRITI


INTEGRITI adalah berpandukan etika atau merupakan pencerminan etika. Integriti juga mempunyai kaitan dengan perasaan ‘boleh dipercayai’ & ‘boleh diharap’ serta terjelma semasa berinteraksi secara sosial atau profesional semasa berurusan atau berkerjasama antara individu yang bertindak mematuhi nilai & standard yang telah diterima pakai. 


  • ·         Seorang yang berintegriti mempunyai peribadi yang utuh, berakhlak mulia, tulus, telus, jujur, ikhlas, sabar, berani, berilmu, berakal, beriman, beramal, berhemah, tekun & bertanggungjawab.
  • ·         Di tempat kerja, integriti berkaitan dengan  menjalankan tugas & tanggungjawab mengikut nilai & prinsip yg telah ditetapkan dalam PERINTAH AM & termasuk kawalan terhadap perbuatan rasuah, penipuan serta salah guna kuasa.
  • ·         Asas kepada  masalah yang terdapat dalam masyarakat masa kini yang melibatkan integriti ialah rasuah, pecah amanah, memandu secara tak berhemah,  kanak-kanak & pelanggaran undang-undang & peraturan yang berpunca daripada kurang mantapnya nilai etika & integriti individu malah melibatkan soal mengkhianati amanah & kepercayaan negara & rakyat
  • ·         Institusi & organisasi perlu telus, accountable, cekap & berkesan malah individu dalam masyarakat juga perlu diperkukuh & dimantapkan lagi dengan nilai-nilai murni, moraliti & etika.
  • ·         Semua anggota komuniti harus menggembeleng tenaga untuk sama-sama membina sebuah masyarakat yang beretika,  berintegriti tinggi & bebas daripada amalan rasuah serta amalan negatif yang lain.
  • ·         Dari segi organisasi pula, perkembangan & perubahan yang berlaku dalam sektor awam akan membawa bersama perubahan nilai integriti yang memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kualiti & imej organisasi
  • ·         Berasaskan apa yang terdapat dalam budaya & nilai   masyarakat, perlembagaan negara & perintah am danterdapat  jangkaan tertentu terhadap etika & integriti pekerja awam.
  • ·         Maka, etika & integriti merupakan prasyarat untuk sektor awam peroleh keyakinan orang ramai
  • ·         Meningkatan risiko pencabulan integriti dan memerlukan tatacara & sikap kerja yang baru.


Kenapa Etika & Integriti ???
Terbaru Lebih lama