Pasu Bunga


Seorang wanita Cina mempunyai 2 bekas pasu air yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok & selalu dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.



Keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Disebaliknya pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.



Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. “Aku rasa sangat malu dengan diriku kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu”.



Wanita tua itu tersenyum, “ sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang satu lagi? Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu oleh itu aku menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari  kamu telah menyiram benih-benih bunga itu. Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.”



Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri tetapi keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat. Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kepada kebaikan dalam diri mereka.
Terbaru Lebih lama