Pengalaman Lasik Mata/ TransPRK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Hai saya nak cerita tentang pengalaman buat trans PRK atau orang senag kata buat lasik matalah.

    Pengalaman pakai cermin mata dari sekolah sangat membosankan bagi orang macam aku ni. bila berjalan atau keluar dari kereta mesti kelabu. Sebab apa? duduk sejuk sangat dalam kereta. Bila bersukan pon sama. Biasalah badak bila bersenam. semput je lebih.  Bila bernafas tercungap-cungap lepas tu abis spek mata penuh kabus. hahahaha. mana lah bawa kain lap mata ni selalu. tenyeh jela pakai apa ada. lama-lama cermin pada cermin mata kita pon dok calar balar.

    Masa zaman IPG sebab dah minor Pendidikan Jasmani. Tak tahan punya pasal aku jadi pemakai tegar contact lens. Apa yang aku rasa bila pakai spek ni kan mata aku jadi cepat kering. Bila drive menghadap aircond kereta atau tempat yang berangin mata aku keluaq ayat mata cm orang menangis tu. lagi satu bila dok amik gambaq tengah panas tu (mestilah fefeling cantikkan kasi putih sebab dah hitam) mata jadi silau yaaa amat. last2 gambar jadi mata sepet.

    Bila nak beli contact lens tu kan pakai duit elaun. Biasa amik pakej yang sebulan tu. Belum mampu nak beli yang pakai sehari satu buang tu. So pakai jela yang sedia ada tu. Zaman tu kalau pakai tu kira bergaya lah. mata fefeling retis. Padahal dok kampung jela. macam2 pesyen. ada hat biru, kelabu, coklat hijau, semua warna favourite lah. lepas tu ada pulak macam2 size. lagi besar lagi hebat. time tu tengah pemes2 giyomi2 tu tak silap. awek2 korea comel2 mata besar cam kucing tu.  ahahahahahaha

    Tragedi yang menginsafkan (sekejap) bila bangkit dari tidur tetiba mata ni dok merelip pasaipa pedih semacam. macam orang duk buh cili dalam mata. taik mata pon berselepat tang mata. Mata jadi merah. Masa tu rasa petang kot dah habis kelas tu p bantai tidoq tak ingat dunia. sekali bangun amik hang. mata sakit. nasib baik lah klinik depan IPG tu je. so sejak dari itu insof sekejap jela berhenti pakai atas nasihat doktor.

    Sekarang bila dah kerja ada duit masih cuba-cuba pakai contact lens ni. Tapi tak tahan jugak. ada cuba pakai sekali terus buang tu. tapi hasil tetap sama. mata sudah tidak menerima anasir-anasir dari luar. Memandangkan sejenis perempuan yang berkaca mata yang xreti pakai tudung bila ada spek. ya allah aku p sekolah tudung paling selekeh herot bengot. lagi2 bila pakai tudunh sarung tu. orang duk panggil makcik. OMG. 

    masalah bertambah bila ada dua hero, yang paling membantu of course lah yang no dua.  hang tengah syok2 tengok tv, satg dia mai dia cabut hang punya spek. bila hang nk landing mula2 tido satg dia mai dia p buat spek tu jadi lori lah kheta lah. macam2 lah ikut imaginasi dia.. siap ada bunyi.. srott.. srott. tapi yang paling risau, bila dia selalu tengak mak dia dok pakai spek dia pon nak jugak. kalau spek tu tetiba hilang tawu lah sapa yang dok rembat. satg dia buh kat mata dia lah.




Apa beza lasik dengan trans PRK?

PRK (keratektomi fotorefractive) adalah ejeni pembedahan refraktori untuk membetulkan myopia (nearightedne), hyperopia (ight ightedne) dan atigmatime.PRK adalah jeni pertama pembedahan mata laer untuk PRK (keratektomi fotorefractive) adalah sejenis pembedahan refraktori untuk membetulkan myopia (nearsightedness), hyperopia (sight sightedness) dan astigmatisme.

PRK adalah jenis pertama pembedahan mata laser untuk pembetulan penglihatan dan merupakan pendahulu kepada prosedur LASIK yang popular. Walaupun pemulihan PRK sedikit lebih lama daripada pemulihan dari pembedahan mata LASIK, PRK masih sering dilakukan dan menawarkan kelebihan terhadap LASIK untuk sesetengah pesakit.

Seperti LASIK dan lain-lain jenis pembedahan mata laser, PRK berfungsi dengan membina semula kornea dengan menggunakan laser excimer, yang membolehkan cahaya memasuki mata supaya betul terfokus ke retina untuk penglihatan yang jelas.

Calon Terbaik
myopia, hyperopia dan / atau astigmatisme, tidak layak untuk LASIK

Masa prosedur: kira-kira 10 minit setiap mata
Keputusan biasa: 20/20 tanpa penglihatan atau kanta lekap
Masa pemulihan: beberapa hari hingga beberapa minggu
Kos: kira-kira $ 1, 500 hingga $ 2, 500 setiap mata
Perbezaan utama antara PRK dan LASIK adalah langkah pertama prosedur.

Di LASIK, kepak nipis dicipta di kornea dengan mikrokeratom atau laser femtosecond. Flap ini diangkat untuk mendedahkan tisu kornea yang mendasar dan digantikan selepas kornea diperbentuk semula dengan laser excimer.

Di PRK, lapisan luar kornea (epitel) dikeluarkan dan dibuang sebelum membentuk semula tisu kornea yang mendasari dengan laser excimer. Epithelium membaiki dirinya sendiri (tumbuh semula di permukaan kornea) dalam masa beberapa hari selepas pembedahan.

Satu variasi PRK, yang dipanggil LASEK, juga tersedia. Daripada mengeluarkan epitelium kornea luar seperti PRK, LASEK melibatkan mengangkat lapisan epitelium (menggunakan instrumen bedah yang dipanggil trefine), memeliharanya semasa pembedahan dan kemudian menggantikannya pada permukaan mata pada akhir prosedur.

LASEK telah menurun dalam populariti kerana pemulihan visi yang lebih perlahan berbanding dengan PRK, kerana lapisan epitelium yang digantikan mengambil masa lebih lama untuk pulih dalam LASEK daripada pertumbuhan lapisan epitelium baru di PRK.

Rujukan : https://ms.drderamus.com/71651-prk-laser-eye-surgery


Boleh tonton video di bawah ni macam mana proses TransPRK ini berjalan.



















ujian covid sebelum transprk dilakukan di tingkat atas. ni dia cucuk kat hujung jari je amik darah untuk test. kalau ok baru procrd ke step seterusnya.


keadaan klinik semasa musim covid. amatlah lapang.

ubat yang dibekalkan sehari sebelum pembedahan. ubat tahan sakit, ubat tido

alas penutup mata masa tido supaya hang tak garu2 mata. lepas operate kan.


ni OCT  test yang diambil untuk memastikan mata2 betul2 ok untuk teruskan. doktor terang berapa ketebalan lapisan yang ada apa semua tu. kalau transprk balance yang tinggal gitulah. benda ni tak semua orang buat. kes tertentu sahaja. memadangakan macam doktor xberapa nak yakin. tu yang p buat. harga test ni RM150.00 . Result hang dapat time tu jugak. sebab mesin di cangih bakhang.

ni bilik dok cek mata. macam2 jenis mesin ada. ni salah satu. dia ada hak bulat lah hat petak lah.. mcm2 gaya. maklumlah kampung kan. perghak sikit.wakakkaak








keadaan dalam klinik. kalau hang nak p bawak sorg teman je. kalau bawak ramai2 bkn depa boleh masuk pon. dan membosankan. yang boleh masuk pesakit yang ingin mendapatkan rawatan sahaja.

memandangkan masa PKP ada abam polis dan askar ni surat yang aku p balai buat. senang malas banyak cerita. padahai klu ada roadblock hang p tunjuk ja kad appointment.

dok depan bilik doktor sementara menunggu nama dipanggil. mata xtaw nk buat apa. dok tengok kain dalam frame ni jela. cantik. nk tengok telefon mata dok pedih2. jadi xdak mood.


ni bilik test baca2 macam p kedai spek tu.


kat hujung situ tandas. memandangkan klinik ni sejuk dok ulang alik p tandas jela. dekat situ jgk ada lif nak p naik tingkat atas.









4 Ulasan

Terbaru Lebih lama