SURAT PELANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT KELAB

Puan Noor Afifah binti Azizan,                                                            Ruj. Tuan :
Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya,                                           Ruj. Kami :  
Jalan Seruling 56,                                                                                         Tarikh       :  
Off Jalan Langat ,                                           
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan                                 


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya,
Jalan Seruling 56,
Off Jalan Langat ,                                           
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan 

Tuan,

Pelantikan Sebagai Guru Penasihat Kelab Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya


Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas berdasarkan surat tuan bertarikh 25 Januari 2015 yang berkaitan.

2.         Terlebih dahulu saya  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Penasihat Kelab Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehingga 19 November 2017.

3.         Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan berikrar akan menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.

4.         Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,




…………………….................
(NOOR AFIFAH BINTI AZIZAN)
Guru Penasihat,
Kelab Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK),
SK. Taman Klang Jaya.

s.k.       1.         Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

2.         Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Terbaru Lebih lama