PENDIDIKAN SENI VISUAL

2.0 Pengenalan
Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.

Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.







2.0 Kepentingan Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Seni Visual adalah sangat penting Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif danaktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatanpemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalamanini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuatpenilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
2.1 Alat Komunikasi
Pendidikan seni visual sangat membantu sebagai alat komunikasi. Alat komunikasi yang dimaksudkan adalah darisegi lukisan atau reka bentuk grafik.
Lukisan Dan Catan

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu setiap lukisan yang dihasilkan oleh pengkarya mempunyai makna yang tersendiri iaitu sebagai komunikasi antara pengkarya dan penonton.
·         Identiti korporat
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHNsO1SajmI2HbZvb08fSJb8OuNRvl0m4vMlnbrPnm0Zx06_1wA_Nffp_57zA82Z27-1T9qXQ2hdNRvll0VloSAODo-fqAUDiHW5C80pa8WB8zemwlV8UuL6dhkfn_L8YXOQSv0Da1hGtc/s1600/contoh++pakej+logo.jpg
Merupakan penghasilkan rekaan yang boleh dijandikan lambang kepada sesuatu organisasi atau  badan korporat. Pegenalan atau identiti korporat dizahirkan melalui logo, simbol, tanda dagang, kepala surat, rekaan bahagian luar kenderaan, penciptaan baju korporat dan sebagainya. Melalui rekaan identiti korporat ia sangat berkesan sebagai pengenalan dan imej organisasi.
·         Bahan penerbitan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaWl0JVn9gOCXbTqSxDjqZ2DYgb9I6GuU9nvJ0BlNKLMqSHInJ-ARoIH7-X4GcpBkaefb6FsoxSBMRVIipIG9MpiIMN7QzeccX6OEClgU1uWns8H6KBn9ai7FBOFunK0Fu1uMFW9pxgvpf/s1600/CONTOH+KOMUNITI+NEWS.jpg
Merupakan proses menghasilkan bahan penerbitan seperti kulit buku, rekaan halaman buku dan majalah, akhbar, kalender, poster,komik dan sebagainya. Melalui rekaan bahan penerbitan yang baik ia akan memberi kesan yang lebih bermakna kepada pembaca untuk menikmati sesuatu bahan terbitan yang dihasilkan  atau diterbitkan.
2.2 Ekspresi
Ekspresi merupakan pernyataan diri. Pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran.Aktiviti seni dalam pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan, menajamkan persepsi dan meningkatkan kreativiti serta nilai estetik. Ekspresi membantu :
  • Menggambarkan Perasaan
http://2.bp.blogspot.com/_dNAiGzelapw/TRVNbQJ1h1I/AAAAAAAAI1c/WH4lu4QCL4I/s320/KARTUNLESSONS265E.jpg
  • Menghasilkan Pengucapan Lisan
  • Menghasilkan/Memaparkan Reaksi
  • Menggambarkan Emosi
  • Menghasilkan Ekspresi Bukan Lisan
  • Menyampaikan Idea






2.3 Kemahiran
Kemahiran  dalam pendidikan seni visual sangat penting kerana ianya membantu  seseorang untuk mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Pelajar mempunyai kemahiran  seperti bekerjasama antara satu sama lain, menjelaskan wawasan diri, dan berfikir dengan lebih meluas iaitu, kanak-kanak dapat membangunkan keupayaan untuk membayangkan  apa yang tidak difikir oleh orang lain sekaligus mewujudkan penyelesaian baru kepada masalah-masalah lama, untuk menghadapi pelbagai cabaran masa depan.
·         Pelajar juga dapat  berfikir secara kreatif dan kritis meningkatkan kemahiran bahasa pelajar melalui seni dan kebolehan untuk menyiasat dan membincangkan visual seni dengan guru-guru dan rakan-rakan.
·         Kemahiran seni visual juga membantu pelajar memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.




2.4 Pengetahuan dan kefahaman

Kepentingan pengetahuan  dan kefahaman seni visual ialah
·         Membantu mewujudkan penggabungjalinan  bidang seni dengan pelajaran lain bagi  melengkapkan lagi  perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan.
·         Mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri.
·         Pengalaman yang diperoleh melalui pembelajaran seni boleh membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.Selaras dengan sains dan teknologi,PSV dapat membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita.
·         Wujudnya pengetahuan dan kefahaman membolehkan seseorang itu tahu menghargai dan memberikan apresiasi terhadap seni.

2.5 Menajamkan kepekaan pengamatan

Seni visual mampu menajamkan kepekaan dan pengamatan seseorang individu. Antara kepentingan nya ialah
·         Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti.
·         Seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan senivisual.
·         Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.
·         peningkatan ilmu dalam membuat gubahan
·         peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
·         peningkatan ilmu dalam estetika dan laras bahasa seni (mengenal gubahan yang baik)peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni
·         pengamatan terhadap sesuatu gubahan dalam ruang dua dimensi semakin berkembang


2.6 Kreativiti
Kreativiti dalam seni visual ialah mempunyai daya dan kemampuan untuk membina/mencipta idea sendiri ataupun menggubah sesuatu idea/benda yang asal kepada sesuatu yang baru atau berbeza dari yang asal.  Kepentingan seni visual ialah

·                     Kanak-kanak dapat meneroka dan mencuba dengan pelbagai dan pendekatan dengan cara tersendiri bagi menyelesaikan permasalahan sesuatu idea/ciptaan tersebut

·                     Membantu kanak-kanak  mengkaji dan menyelidik serta dapat memberi makna dan pengertian terhadap sesuatu ciptaan/idea juga antara ciri-ciri seorang yang kreatif.
·                     Kanak-kanak akan lebih lebih tertarik terhadap nilai keindahan, kecantikkan, keunikkan, kelainan, dan keharmonian terhadap sesuatu objek, alam dan kehidupan. Individu tersebut juga dapat merasakan nilai rentak, irama, dan harmoni terhadap apa yang dilihat dan dihasilkan.
·                     Memberi keyakinan diri. Seseorang yang kreatif dapat menggunakan pendekatan yang fleksibel mengikut situasi dan keperluan. Ia juga boleh berdikari dan mempunyai kekuatan perasaan dan emosi serta dapat membuat pernyataan diri.

  
2.7 Pertimbangan dan kesedaran estetik
Pertimbangan dan kesedaran estetik adalah berhubungkait dengan keindahan seni. Antara kepentingannya ialah

·         Aktiviti dan apresiasi dapat memantapkan kepekaan, kebolehan  untuk merasa dan menghayati seni
·         Seseorang individu mampu memperbaiki sesuatu karya seni lebih ke arah estetik dan mempunyai nilai yang tersendiri
·         Sesuatu karya akan dapat ditonjolkan dengan mewujudkan pameran seni bagi memberi kesedaran mengenai sesuatu keindahan seni.


2.8  Pembangunan manusia

Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat.  Sumbangan seni visual dalam pembangunan manusia ialah

·         Memupuk kreativiti kanak-kanak . Sifat semulajadi kanak-kanak yang sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan-contengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat.
·         Membangunkan modal insan. Melalui kegiatan seni, ianya mampu menyedarkan orang ramai terhadap nilai yang terdapat dalam sesuatu karya seni, setiap karya seni mempunyai maksud tersendiri maka seni boleh dijadikan sebagai medium pengantara pengkarya dan penonton sebagai contohnya gambar yang dihasilkan oleh pengkarya dibawah mengenai kesan peperangan di Gaza.

2.9 Artifak sejarah (Seni Visual)
Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia  (terutama alat perkakas dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Kepentingan mempelajari sejarah artifak di Malaysia ialah
·         Mengetahui mengenai sejarah seni pribumi, kaum Jah-Hut, Kaum Mah-Meri dan mengenai alatan tradisional zaman dahulu.  Melalui pengetahuan ini, penggiat seni mampu mengekalkan tradisi pembuatan alatan tradisional seperti keris dan tembikar.

·         Mewujudkan industiri pembuatan seni tanah air hasil daripada sejarah artifak di Malaysia.
·         Wujudnya Pendidikan Seni Visual mengenai Kraf Tradisional.
·         Mempelajari teknik, cara penghasilan dan jenis-jenis corak asli yang digunakan

Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia KPM(2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Pendidikan Seni Visual.
Kerry Freedman (2001) Pennyslvania Art Education Association Conference. Teaching Visual Culture: Understanding Art Inside and Outside of School.
Robert W.Ott (1991): Advocating Art: The Arts Subject of the Future. The Pennsylvania Art Educator.

Diakses pada 17 April 2013, dari http://goaymeyhooi.blogspot.com/p/kurikulum-pendidikan-seni-visual.html
Cikgu Jahani, diakses pada 17 April 2013 dari http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html














Terbaru Lebih lama